Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Mamapp

Saturday, May 11, 2019

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna

Assalamualaikum wbt..
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada awak suma, selamat berbuka puasa dan selamat bersahur diucapkan pada awak semua.. Mintak maaf kerana minggu nie saya memang sibuk sangat dengan tugasan hakiki, dan tak sempat nak buat entri mingguan saya nie.. Maaf sangat-sangat.. Okey, kali nie kita berkenal-kenal dengan sahabat saya minggu nie..

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Mamapp

Blog Mamapipie... Nama di sebalik nama pena ini adalah kak Suhada Binti Ahmad atau lebih saya kenal sebagai Kak Adda, berumur dalam lingkungan awal 40-an, berasal daripada Muar dan kini dia tinggal di Shah Alam.. Kak Adda telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang cahayamata yang sangat hensem.. 

Persahabatan antara kami macam biasa melalui segmen dan GA anjuran rakan-rakan blogger dan saya pun selalu jugak join GA ataupun segmen anjuran daripada Kak Adda sendiri.. Kak Adda adalah salah sorang rakan blogger saya yang paling paling paling supportive dalam perjalanan jurnal saya.. Dia selalu singgah ke jurnal dan memberi komen yang membuatkan saya makin bersemangat untuk teruskan penulisan blog.. Ada masanya kalau saya ada masa, saya akan drop down komen saya dalam blog kak Adda tapi selalunya saya akan menjadi silent reader aktif dalam blog kak Adda.. Kak Adda jugak selalu menjadi salah sorang Top Commentator dalam jurnal saya, jadi memang dia seorang yang aktif dalam jurnal saya.. Apa yang menariknya dalam blog kak Adda adalah ada pelbagai cerita yang menarik yang diceritakan, termasuklah pelbagai review, pelbagai resipi, pelbagai info keibubapaan dan macam-macam lagi.. 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah  :-

Tips Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan ;
Resipi Siakap Kengsom Mudah Dan Sedap ;
Senaman Ibu Mengandung Untuk Mudahkan Bersalin (Bergambar) ;
Cara Pulangkan Barang Rosak Lazada ;

dan banyak lagi entri yang menarik dalam blog beliau...


notesKepada Kak Adda, terima kasih banyak-banyak kerana akak menjadi rakan blogger saya yang paling supportive, paling aktif dalam jurnal saya, walaupun saya adakalanya kurang drop down memberi komen dalam blog akak.. Terima kasih kerana akak selalu memberikan komen yang membuat saya lebih bersemangat untuk meneruskan penulisan saya dalam jurnal, sebab adakalanya akak selalu tanya khabar jika saya tak menulis pada minggu tertentu.. Saya berharap satu hari nanti kita akan bertemu sebab kita tinggal berdekatan jugak.. hihihi.. Saya doakan agar akak lebih bersemangat dalam dunia blogging dan teruskan memberi ilmu yang bermanfaat kepada pembaca-pembaca blog akak.. Saya doakan agar kehidupan akak sekeluarga diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT.. Saya juga doakan agar akak terus sukses dalam dunia blogging.. Terima kasih atas segala-galanya.. 

blogwalking

Jom kita kenal dan singgah ke blog Mamapp dan salam perkenalan pada semua.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



6 comments

  1. TahnIah mamapp dia pun selalu singgah blog cik ash..

    ReplyDelete
  2. selalu singgah kat blog mamapp..

    ReplyDelete
  3. Alahai terharunya.. TQ Shikin sudi review blog akak..Bila Shikin sunyi tu yg bertanya kabar tu hihi.. TQ tau semoga ukhuwafillah kita berterusan. Walaupun x pernah jumpa tapi mcm dah kenal lama kan.. TQ Cik Ash dan Sha yg rajin singgah blog juga

    ReplyDelete
  4. kenal kak adda dari giveaway pastu menang pulak tu. Dari situ memang rajin menyinggah ke blog kak adda

    ReplyDelete
  5. Kak adda ni memang supporter and suka bagi komen di blog Rabia. Dah banyak hadiah dia dapat from Rabia. Rabia bagi header blog

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧