Dunia Lelaki : 8 ujian kesihatan mesti buat

Tuesday, July 25, 2017


Assalamualaikum wbt..
Umumnya kita tahu ujian kesihatan amat penting bagi kita semua, baik wanita mahupun lelaki. Usia yang semakin bertambah akan membuatkan fizikal tubuh kita turut berubah dan kalau tak dijaga dengan baik, kesihatan kita akan merosot. 

Bagi kaum lelaki terutama untuk yang berumur 30 tahun ke atas, ada beberapa risiko kesihatan yang perlu diperhatikan dan mungkin akan membahayakan kesihatan awak seperti kanser prostat, masalah otot, penyakit jantung testosteron menurun dan perut buncit. Bagi memastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik, pemeriksaan kesihatan nie amat penting supaya awak dapat mengesan penyakit di peringkat awal lagi. Antara ujian kesihatan yang perlu awak buat adalah :

1. Ujian tahap kolestrol 
Kolestrol adalah sejenis lemak protein di dalam darah yang boleh menimbulkan masalah penyumbatan saluran darah. Maklumat tentang tahap kolestrol ini dapat membantu awak dalam usaha mengetahui tahap kesihatan jantung dan risikonya. Paras LDL (low density lipoprotein) yang tinggi boleh mengundang kepada risiko penyakit jantung. Lakukan ujian ini seawal umur 20 tahun dengan kekerapan 2.5 tahun sekali (jika paras normal). Jika tak normal, ujian ini perlu berulang setiap 6 bulan atau atas arahan doktor.

2. Tekanan darah
Pemeriksaan ini amat penting bagi mengelakkan penyakit seperti angin ahmar dan jantung koronari. Apabila tekanan darah melebihi 140/90 mmhg, ia boleh menimbulkan ketegangan pada jantung dan dalam jangka masa panjang, ia membahayakan. Walaupun pemeriksaan ini tak mengira peringkat umur, tetapi ia perlu bermula dari remaja lagi dengan kekerapan setahun sekali ataupun mengikut atas arahan doktor.

3. Pemeriksaan darah
Jika keputusan dalam pemeriksaan ini menunjukkan tahap yang tinggi, awak disarankan menjalani ujian 'glucose tolerance test' untuk mengesahkan simptom  penyakit kencing manis. Jika awak mempunyai berat badan yang berlebihan dan mempunyai sejarah keluarga atau mengalami tanda-tanda kencing manis, awak perlu menjalani ujian darah ini lebih awal.

4. Ujian untuk osteoporosis
Sebenarnya, lelaki juga berpotensi untuk mengalami masalah kesihatan osteoporosis terutama selepas umur 50  tahun. Apabila umur semakin meningkat, bahan mineral dalam badan seperti kalsium akan berkurangan. Selain itu, lelaki yang mempunyai risiko mendapat osteoporosis juga boleh dialami oleh sesiapa yang mengambil ubat 'corticosteroid'  atau mereka yang pernah mengalami tulang patah harus menjalani  ujian ini lebih awal.

5. Pemeriksaan colonoscopy
Kanser kolorektal adalah kanser yang melibatkan usus besar dan usus bawah (rectum) jika tak dirawat daripada awal. Ujian ini melibatkan tiub yang mempunyai kamera dimasukkan dalam dubur dan seterusnya ke dalam usus besar. Melalui pemeriksaan ini, seluruh bahagian usus besar boleh diperiksa dan sebarang ketumbuhan atau tanda kanser usus besar dapat dikesan.

Image result for health


6. Ujian mata
Pemeriksaan mata secara berkala boleh mengesan masalah buta atau glaucoma. Pemeriksaan ini boleh dilakukan pada usia 18 tahun dengan kekerapan 1-3 tahun sekali, Bagi awak yang mengalami diabetes pula, risiko untuk mendapat masalah penglihatan adalah lebih tinggi dan perlu menjalani pemeriksaan lebih kerap.


7. Pemeriksaan alat kelamin
Kanser buah zakar sering melanda lelaki yang berusia antara 15 hingga 34 tahun. 90% dari pesakit ini boleh disembuhkan, jika dikesan lebih awal. Awak juga boleh melakukan pemeriksaan sendiri dengan merasai benjolan, kawasan yang keras atau pembesaran alat kelamin. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lebih lanjut.

8. Ujian kanser prostat
Pemeriksaan darah yang dikenali sebagai ujian 'Prostate Specific Antigen' (PSA), biasanya perlu mendapat nasihat doktor dan ia boleh dilakukan pada usia 50 tahun. Tetapi, pemeriksaan ini perlu diawalkan 5 tahun, jika ada keluarga ataupun saudara mara yang mengalami kanser ini.

Jadi, berjumpalah dengan doktor untuk memastikan kesihatan kita dalam keadaan yang baik. Jangan takut tau..!

8 comments

  1. Tapi laki ni ego skit. Dh kne bru nyesal 😴

    ReplyDelete
  2. wahh kena inform dekat kawan kawan lelaki nie hikhik. thanks for sharing kak :*

    ReplyDelete
  3. Bagusnya info ni. Kebetulan ayah Syafi pun dah 2 hari buat pemeriksaan kesihatan

    ReplyDelete
  4. nice info! saya datang blogwalking..done follow blog awak yang comel ni..follow back ye! blog saya masih baru lagi hehe

    ReplyDelete
  5. Ergh!! rasa macam lembik la pulak bdan ni

    ReplyDelete
  6. Sukarnya nak request mr.husband buat semua ujian ni 😧😧😧

    ReplyDelete
  7. Alamak..SA dah lama x buat check up..

    ReplyDelete
  8. lama dah nk buat pemeriksaan kolestrol.. tp x terbuat lagik. huk.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧