Assalamualaikum wbt..
Setiap orang yang mempunyai masalah mesti akan rasa buntu untuk mencari penyelesaian terutama bagi masalah besar. Bila fikiran dah berserabut, emosi dan daya pemikiran kita akan terjejas dan meningkatkan risiko mengalami kemurungan akibat perasaan sedih yang berpanjangan.
Awak tau tak menurut kajian, nisbah rakyat Malaysia yang mempunyai masalah kemurungan adalah 1 : 10 iaitu dalam sepuluh orang nie, ada seorang yang akan mengalami masalah kesihatan mental manakala dekat dalam dunia nie pulak seramai 450 juta manusia berdepan dengan masalah yang sama.. Ramai yang mengganggap kemurungan bukan satu penyakit tapi jika ianya tak ditangani dengan baik, keadaan seseorang tue boleh menjadi serius.. Ada yang sanggup bertindak agresif dengan cuba membunuh diri akibat terlalu tertekan dan perbuatan nie memang jelas diharamkan oleh agama.
Memang tak dinafikan dalam kehidupan kita memang akan ada masalah yang timbul tapi kita perlu tangani dengan baik dan sentiasa berfikiran positif, masalah akan dapat diselesaikan.. Saya nak kongsi dengan awak 11 panduan hidup tanpa kemurungan dan diharapkan ianya dapat membantu awak suma untuk menjalani kehidupan dengan penuh kegembiraan...Anggap saja masalah yang awak alami ini adalah untuk menjadikan kita matang dalam kehidupan..
Minta bantuan
Awak jangan berasa malu untuk mendapatkan bantuan bagi menangani situasi dalam kehidupan. Takde siapa pun yang dapat menjangka untuk menghadapi beban hidup yang sukar. Mencari bantuan daripada pasangan hidup, rakan sekerja atau keluarga dapat melegakan sikit bebanan emosi kita.
Bersenam
Senaman adalah salah satu cara yang sempurna untuk kalahkan lamunan. Senaman nie bukan saja dapat membantu membina bentuk tubuh yang baik, tapi ianya juga dapat meningkatkan tenaga positif dalam sistem badan. Bersenam juga membantu badan kita merembeskan hormon serotonin dan testosteron yang boleh menstabilkan perasaan serta memendamkan kemurungan.
Diet seimbang
Pengambilan diet seimbang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging, kekacang dan karbohidrat akan membantu dalam pengawalan emosi. Diet yang seimbang bukan saja mengekalkan kesihatan fizikal tapi ianya dapat memulihkan perasaan kecewa.
Bercakap dengan psikiatri
Cara yang paling mudah dan berkesan untuk mengatasi kemurungan adalah dengan bantuan psikiatri. Perunding psikologi nie akan membantu awak untuk mendapatkan punca kemurungan dan membantu mengurangkan masalah. Jangan kita menganggap berjumpa dengan psikiatri nie hanya untuk orang-orang gila saja dan bukan orang normal seperti kita, buang anggapan negatif tue..
Memelihara haiwan
Sebenarnya kalau kita bela haiwan nie, ia ada perhubungan yang unik dengan tuannya. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang mempunyai haiwan kesayangan mampu menangani kesan kemurungan, berbanding dengan mereka yang tinggal bersendirian. Perhubungan ini akan membantu kita menghindari perasaan negatif.
Tidur
Tidur malam yang berkualiti adalah satu keperluan untuk kembali kepada positif. Penyelidikan menunjukkan bahawa tidur selama 7 sehingga 8 jam setiap malam menunjukkan kurang gejala kemurungan berbanding mereka yang kurang tidur. Tidur jugak membantu mengurangkan beban emosi dan ianya akan memulihkan kita daripada kemurungan.
Mendengar muzik
Apabila tertekan, mendengar muzik boleh menjadi rangsangan yang cepat untuk fikiran yang tertekan. Muzik mempunyai keupayaan untuk mengubah pasangan, meningkatkan semangat dan emosi. Tapi, awak kena elak dari mendengar lagu-lagu berusurkan kesedihan kerana ianya boleh memberi kesan negatif ke atas emosi awak.
Membaca buku motivasi
Ramai pengarang terkenal telah menulis buku tentang panduan bagaimana untuk berfikir secara positif. Buku-buku seperti ini dapat membantu memberi nasihat yang mudah bagaimana seseorang itu boleh menangani kemurungan mereka. Ia juga akan memberikan motivasi yang diperlukan dalam mengharungi kekecewaan.
Jadi positif
Mengekalkan pandangan yang positif dalam kehidupan adalah cara terbaik untuk menyimpang kepada pemikiran yang negatif. Apabila minda kita menjadi negatif, kita perlu menyalurkan pemikiran itu ke arah yang positif, kita pasti dapat merungkai kesan kemurungan.
Sinaran matahari
Kehangatan sinar mentari terutama di waktu pagi amat sesuai dalam menghindari fikiran negatif. Vitamin D oleh sumber cahaya matahari dapat membantu kita dalam mengukuhkan perasaan. Apabila kita berasa sugul, pergilah keluar untuk mendapatkan sinar mentari bagi mendapatkan emosi yang lebih baik.
Air wuduk dapat melegakan perasaan
Sebenarnya banyak manfaat bila kita mengambil air wuduk nie.. Selain daripada mengurangkan perasaan marah membara dalam hati, air wuduk jugak dapat melegakan perasaan sedih kita. Bila anggota badan kita dibasahi dengan air wuduk secara tak langsung, perasaan negatif akan luntur dari dalam diri kita dan solatlah untuk mengadu pada Allah..
kenali diri apa yg bleh dielak dr murung!..stress..
ReplyDeleteSetuju dengan kaedah yang sis senaraikan.... bahaya orang dilanda kemurungan terlebih ni...
ReplyDeletethanks sharing.
ReplyDeleteMrs pip hampir dilanda masalah ni after bersalin 1st baby ... selalu rasa mcm nak sedih dan pendam rasa, nasib baik mr.Husband prihatin .. kalau tak maybe I am not what I am today ..and thanks to all kawan2 bloggers yang rajin up entry info2 best mcm ni ....
perkongsian yang bagus ni. bolehlah amalkannya
ReplyDeletenice sharing kak... senaman tu x blh lagi amalkn , bab memelihara haiwan tu best...
ReplyDeleteKena pandai handle emosi supaya jgn sampai murung. Bila dh murung susah nanti
ReplyDeleteTips yang ohsem.. semuanya bergantung pada kekuatan diri dan semangat.. Kalau tak boleh memang digalakkan untuk dapatkan bantuan..
ReplyDeleteterima kasih share kak. elsa kena semat dalam hati nie sebab elsa selalu sangat nak murung je huhu
ReplyDeletekena selalu be positif & jangan pressure diri.
ReplyDeleteSemangat kena kuat...kena selalu bersyukur dan ingat kita masih diperlukan..hehe
ReplyDeleteterima kasih atas tips2 ni.. kadang2 TB pun selalu je murung n stress kalau terkejar2 something yang tak dapat..
ReplyDeleteSinggah isnin dari nieyl
ReplyDeleteHanya kita dapat ubah diri kita....Kalau rasa macam hampir kearah yg kemurungan begini, lebih baik buat sesuatu..
ReplyDeletedan orang sekeliling, tengok2 sama kot2 ada org terdekat kita dilanda masalah sampai depression macam ni. Bantu setakat mana mampu. hihi.
tq for sharing kak
ReplyDeleteterima kasih pengkongsian yang ini
ReplyDeleteTq atas perkongsian... Banyakkan membaca Al-Quran... In shaa Allah hati sentiasa tenang... Ingatkan diri sendiri jugak sebab slalu stress... Kikiki...
ReplyDeletesy pernah mengalamai kemurungan yang teruk. Alhamdulillah sy dah berjaya atasi kemurungan dgn mendekatkan diri kpd perkara2 yg lebih positif & sentiasa bergantung harap kpd ALLAH SWT.. thanks for sharing :)
ReplyDeleteNice sharing, cara SA plak..kalau rasa stress pi window shopping, bercuti atau buat apa je yang SA minat..pernah gak murung kejap masa di awal perceraian dulu...tp la ni dah ok..dah semakin bersemnagat..life must go on kan
ReplyDeletekena relax...
ReplyDeletesolat...
makan.
masalah ni takkan abis.
jgn dilayan sgt kemurungan.
Kalau murung, kita yang kena berubah sendiri. Jangan harapkan orang nak ubah kemurungan kita. Good tips kak :)
ReplyDeleteSaya salah seorang daripadanya. Dulu saya memang mengalami kemurungan. Hampir-hampir kena ambil ubat. Mujur jumpa kawan yang sangat memahami dan positif. Sentiasa bagi sokongan. Alhamdulillah, kini saya dah mampu hadapi tekanan. Tips-tips diatas sangat membantu tau. Cubalah...
ReplyDeleteNice tipss.. Kengkadang dtg jugak kemurungan tu pd diri.. hurmm
ReplyDelete