Review | Aiskrim Wall RM1

Thursday, March 30, 2017

Assalamualaikum wbt... 
Haii.. Lama saya tak muncul kan.. Maaflah sebab dah lama saya tak muncul,  minggu nie saya sibuk sangat kerana tahun nie JBPM nak memperbaharui persijilan 5S dan bermulalah episod kemas mengemas semula,  tapi takdelah masa mula2 nak buat 5S dulu... 

So,  lari tajuk kejap.. Nak citer kat awak,  petang tadi kat opis saya kecoh2 pasal aiskrim yang dijual murah.. Pada mulanya saya ingatkan aiskrim nie dijual kat mana2 tempat booth tapi sebaliknya berlaku..  Lori aiskrim datang sendiri ke opis dan membuat jualan aiskrim... Nak tahu berapa harganya?  RM1 atas jenama Wall's..!! Biar betul Shikin..?  Betullah awak..!! 😊

Nielah aiskrim dia... 

Starlavenderluna's Journal Of Life

Haa.. Perisa mango lagi... Sedap tau... Rasa pun tak sama macam aiskrim biasa sebab aiskrim nie macam rasa jeli sikit2 dan pati buah mangga pun memang terasa sangat.. Dan itulah pembuka puasa saya pada hari nie.. Hihi... Oleh kerana aiskrim nie dijual dengan begitu murah,  saya pun membelinya sebanyak 10 batang dan saya kongsikan aiskrim nie pada 2 orang anak jiran saya... Jadi dengan saya cuma tinggal nie saja.. 

Starlavenderluna's Journal Of Life

Saya gembira kerana dapat berkongsi dengan anak jiran tue.. Bukan apa,  mereka selalu sambut saya balik dari kerja.. Dengar saja bunyi enjin kereta saya, mereka akan meluru menuju ke pintu dan bertanya kabar,  "Cik Shikin dah balik keja ke..? " hihi nie mak dia la yang cakap pada saya,  walaupun mereka tengah makan nasi sekalipun,  bila dengar bunyi enjin kereta,  mereka pasti akan berlari2 ke pintu.. Mereka lah yang menjadi peneman saya di kala sunyi..  Eh.. Eh.. Melalut pulak kan.. 

Harga sebenar aiskrim nie adalah dalam RM2.50 satu,  tapi tak tahu kenapa mereka buat promosi kat JBPM..  Petang tadi memang ramailah staf yang turun ke lobi untuk membeli aiskrim,  ada yang beli banyak,  ada yang beli terus makan sampaikan abang2 security pun tak ketinggalan membeli aiskrim nie..  Wall's tue.. Hihi jangan jeles yea... 


24 comments

  1. Syafi suka sgt aiskrim ni. Sedap. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea kak Ana, memang sedap aiskrim nie.. Kiranya x rugilah belinya..

      Delete
  2. Waah saya jarang makan aiskrim dalam plastik macam ini. Biasanya makan dalam bekas. Nampak sedap! aduhh terliurnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun selalu beli aiskrim dlm bekas jugak.. Td terliur tgk staf mkn tue yg beli tue.. Hihi

      Delete
  3. ishh tetiba teringin nak makan aiskrim pulak...sabar..sabar dh malam nii..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi nak bagi pada kak Umi pun jauh sgt.. Kalu dekat bleh kongsi...

      Delete
  4. Hai kak hikhik. Tak pernah rasa pulak elsa aiskrim nie haha sedih je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Elsa.. Rasanya flavor nie baru lagi.. Nnt try la mkn..

      Delete
  5. Sedapnya aiskrim tapi apakan daya batuk dah mari. Pantangla aiskrim

    ReplyDelete
  6. lama dah x mkn aiskrim wall ni.. Lime punye sodap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan penggemar aiskrim walls nie sgt tp terliur tgk staf mkn td.. Hihi

      Delete
  7. sedapnya! terliur tanpa sedar

    ReplyDelete
  8. Hrga sebenar 2.50 ..tpi diskaun jadi rm1..murah2 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg murah CCL, tadi pun ramai staf yang serbu lori aiskrim nie..

      Delete
  9. Saya memang suka ice cream ni, tapi yang strawberry punya. Baiknyaa anak jiran akak... Happy kan dapat gembirakan budak2.

    ReplyDelete
  10. uihh..sedapnya..murah pulak tu..boleh beli banyak2 buat stock kan

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  11. Banyaknya stock dalam peti. Hehehe murah murah harus borong yedak kak

    ReplyDelete
  12. Wahh promo kot kan ?? Alhamdulillah rezeki kena pula aiskrim time murah2=D

    ReplyDelete
  13. sedapnya, saya suka juga aiskrim ni.

    ReplyDelete
  14. eskrim favouriteee!!!murahnayaaa klau dkt mesti dh borong

    ReplyDelete
  15. selalu beli aiskrim dalam bekas tu ja sebab murah. tapi kalau aiskrim macam ni ada promo, confirm beli banyak2 :D

    ReplyDelete
  16. My fevret.. nape dia tak datang sini?? Nak juga..
    alhamdulillah semoga Allah murahkan lagi rezeki shikin..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧