Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Diari harian

Tuesday, January 31, 2012


Al-Hamdulillah, aku dan hubby selamat sampai di rumah Sepang pada hari semalam dan hari ini aku sudah mulai kerja, tetapi pada 5hb Februari ini aku perlu pulang semula ke kampung halaman kerana aku mempunyai satu lagi appointment dengan doktor pada 6hb Februari... Jadi petang tadi aku sudah mengisi borang cuti dan nasib baik pegawai aku membenarkan aku bercuti... Hubby pun sudah mengisi borang cuti tetapi dia kepilkan sekali dengan surat rujukan doktor dan Al-Hamdulillah pegawai dia pun sudah meluluskan cuti tersebut... Untuk pengetahuan, kami balik ke rumah sekarang ini dengan adik perempuan aku... hehehehe... Entah apa di dalam fikirannya hingga dia mahu mengikut aku pulang... Dan hari ini dia mengikut aku pergi ke tempat kerja... Macam hari biasa, aku akan menjemput sahabat aku di rumah dia untuk pergi ke tempat kerja... Adik perempuan aku berkata wajah sahabat aku ini agak muda jika dibandingkan dengan usia dia... Aku tergelak seorang diri dan mengatakan bahawa usia sahabat aku ini sebaya dengan abang ipar adik perempuan aku ini, iaitu hubby tersayang....

Insya Allah, kita akan berjumpa lagi... Tata...




read more

Diari harian

Saturday, January 28, 2012

Al-Hamdulillah, kami akhirnya selamat sampai di Kuala Terengganu pada pukul 4.10 petang, itupun kami banyak berhenti rehat... Aku minta maaf kerana dua hari lepas aku tidak dapat mengemaskini blog ini kerana aku terlalu sibuk untuk menguruskan kerja-kerja di pejabat.. Esok aku dan hubby akan pergi ke hospital dan kami membuat keputusan untuk pergi awal ke sana lantaran jalan raya akan sibuk dan jammed di waktu pagi...  Opss lupa, sebenarnya hari Jumaat aku mengambil cuti sakit kerana senggugut telah kembali menyerang aku... Hmmm, jadi aku tidak pasti samada aku dapat diperiksa oleh doktor atau tidak.. Apapun yang berlaku, aku akan tetap ingin pergi ke sana.... Berbalik kepada cerita hari lepas, doktor pakar yang merawat aku semasa di hospital terakhir itu menyatakan yang dia tidak mahu melakukan apa-apa kecuali aku menurunkan berat badan aku terlebih dahulu... Hati aku terasa amat geram sekali tetapi aku diamkan sahaja... sebab itu aku mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan di hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pula...

---------> okey, setakat ini dulu coretan aku..Insya Allah kita akan jumpa lagi...




read more

Diari harian

Wednesday, January 25, 2012

Seronok betul rasa di hati kerana ummie dan adik perempuan aku ada di rumah dan kami akan sama-sama balik ke kampung halaman pada hari Sabtu ini... Aku berasa sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah biarpun hanya sekejap...Apapun kerja di pejabat harus aku selesaikan dengan seberapa segera agar aku tidak ketinggalan apa-apa... Sebenarnya pada hari Ahad ini bersamaan 29hb  Januari, aku mempunyai appointment dengan doktor pakar O & G di hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu berkenaan dengan rawatan kesuburan aku... Aku pernah juga untuk berubat dengan hospital lain tetapi aku menjadi bosan kerana doktor-doktor di sana semua menyuruh aku kuruskan badan, padahal sememangnya aku sudah berusaha untuk menguruskan berat badan aku tetapi malangnya tidak berjaya... Aku menjadi bosan dan tidak suka dengan sikap doktor yang menengking dan tidak profesional dalam menjalankan tugas... Adakah berbaloi dengan memberi ubat kencing manis membolehkan berat badan aku menurun dengan mendadak sekali, padahal aku cuma disyaki menghidap kencing manis... Itu sememangnya mungkin akan terjadi kerana di dalam keturunan aku memang ada menghidap kencing manis dan tidak mustahil aku akan mengalami juga... Tetapi bila doktor hendak memberi ubat kencing manis yang pada tahap kritikal, aku menjadi cuak, kerana suatu ketika dahulu semasa doktor di hospital satu lagi yang membuat rawatan kesuburan turut memberi ubat kencing manis, aku memakan dalam masa sehari dan akhirnya keputusan selera makan aku naik secara mendadak... Sebab itu aku menjadi cuak bila doktor berkata dia akan memberi ubat yang sama kepada aku....

--------------> kita sambung esok yea.... Tata...



read more

GONG XI FA CAI

Monday, January 23, 2012



Sempena dengan hari cuti, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya. Semoga Tahun Naga ini akan membawa sinar harapan, kebahagiaan dan kemakmuran kepada anda semua. GONG XI FA CAI...
read more

Diari harian

Tuesday, January 17, 2012


Assalamualaikum,
Semalam banyak betul kerja aku sehingga tidak sedar bahawa masa bekerja telah tamat, sama juga pada hari ini, memang tidak sedar kerana aku perlu menyiapkan kerja yang tidak sudah-sudah... Memang letih dan nasib baik hari ini ada pasar malam, aku memang tidak larat untuk memasak lalu aku membeli makanan kegemaran hubby.... Tadi kami pergi membeli barang-barang dapur untuk kegunaan sebulan...Pasaraya Giant tidak ramai orang kerana jarak masa perayaan jauh lagi untuk di buat promosi... Nasib baik juga kami tidak perlu beratur panjang dan menunggu troli untuk membeli belah... Banyak juga barang-barang yang kami beli dan yang paling kelakar adalah hubby terkentut dengan begitu kuat, terkejut aku dibuatnya, nasib baik tidak ada orang di belakang kami mahupun di depan kami...hehehe memang kelakar dan tidak senonoh dibuatnya... Pada mulanya aku memandu kereta menuju ke pasaraya Giant dan kemudian untuk balik ke rumah, hubby pula memandu kereta... Semalam aku ternampak restoran Tutti Frutti Frozen Yogurt berdekatan dengan pasaraya Giant... aku mengagak restoran itu baru dibuka dan Insya Allah suatu hari nanti aku akan ke sana....

Minta maaf yea, aku sudah mengantuk dan Insya Allah kita akan jumpa lagi... Selamat malam semua dan semoga anda bermimpi yang disenangi....



read more

Diari harian

Sunday, January 15, 2012

Assalamualaikum, 
Al-Hamdulillah, syukur aku kepada Allah kerana masih dapat bersama-sama menulis entri blog ini...Lagi seminggu sahaja lagi ummie dan adik perempuan aku akan tiba di sini... Rindu betul aku pada mereka, Insya Allah, aku akan cuba menggunakan kebolehan baru aku untuk hidangan mereka... Ikan bakar... hehehe sekarang ini, hubby semakin suka dengan masakan aku, Al-Hamdulillah... Cuma hari ini hanya hubby sahaja yang aku masak nasi dan aku pula membuat salad ubi kentang, digaul dengan epal dan anggur, serta udang goreng tanpa minyak... Hubby pula sukakan kentang digoreng bersama-sama dengan telur dan marjerin... Sebenarnya aku juga yang mengajar hubby memakan benda-benda yang agak pelik juga, tidak aku sangka yang dia pun gemarkan ubi kentang tapi tidak terlalu fanatik seperti aku....

Hari ini aku terasa amat penat sangat kerana sebelum aku menulis entri ini, aku baru sahaja selesai melipat baju dan selepas ini aku mahu menggosok pakaian kerja aku untuk esok hari... Alamak!! Esok sudah kerja, perasaaan malas 'Monday Blues' datang bertandang di hati... huhuhu... Okey, cukup setakai ini, Insya Allah, jumpa lagi...

read more

Diari harian

Saturday, January 14, 2012

























Assalamualaikum... Minta maaf yea rakan-rakan sebab aku tidak dapat mengemaskini entri aku semalam... Kebetulan semalam aku sibuk sangat mengalahkan hari bekerja pula... Aku bangun dari tidur macam biasa kerana aku perlu menyiapkan minuman pagi untuk hubby dan kemudian aku mencuci pakaian, Al-Hamdulillah, cuaca pada hari itu agak cerah dan semua pakaian aku kering sepenuhnya.... Pada pukul 10.00 pagi aku bertolak ke Hospital Seremban dan aku selamat sampai di sana dalam pukul 10.35 pagi... Doktor yang aku perlu temui hari ini tiada di pejabat dan aku terpaksa menunggu doktor tersebut, akhirnya dalam pukul 11.30 pagi aku mendapat report kesihatan aku itu... Aku singgah sebentarke pasaraya Giant untuk membeli sedikit barang dan aku selamat sampai di rumah dalam pukul 1.30 petang... Dalam 25 minit kemudian, hubby pulang ke rumah dan aku bergegas ke dapur untuk memasak, dan menu aku pada hari ini adalah ikan selar bakar,kerabu taugeh dan sotong masak lemak kuning... Hubby sememangnya gemar pada masakan ikan bakar dan itu adalah kali kedua aku memasak ikan bakar, hubby kata memang sedap dan kita tidak perlu lagi ke restoran ikan bakar, cukup dengan beli apa-apa jenis ikan dan kemudian membuat masakan ikan bakar.... Hari ini cuaca agak redup dan aku bernasib baik kerana tidak perlu mencuci pakaian dan aku ingat pada hari esok, aku mahu mencuci pakaian aku kerana pakaian kerja hubby turut berada di dalam bakul pakaian... Nasib baik juga pakaian itu agak sedikit sahaja kandungannya....

Okey, setakat ini dulu... Insya Allah, jumpa lagi... Wa'salam....
read more

Diari harian

Thursday, January 12, 2012



















Assalamualaikum, 
Hari ini adalah hari terakhir aku bekerja kerana esok aku akan bercuti untuk pergi ke hospital Seremban, ambil report kesihatan aku berkaitan dengan IUI.... Cuaca pada hari ini agak cerah dan aku harap esoka cuaca akan menjadi cerah kerana aku terfikir untuk mencuci pakaian aku dan hubby, supaya senang pada hari Sabtu ini, tidak banyak pakaian yang perlu aku basuh.... Malam ii hubby tidak bekerja malam dan katanya esok mungkin dia akan mengambil half day bagi menyiapkan kerja-kerja sampingan dia di rumah jiran... Aku akan sentiasa menyokong segala tindakan baik hubby dan kalau bukan aku yang sokong, siapa lagi... Oh ya... Minggu depan ummie dan adik perempuan aku akan datang ke rumah dan mereka akan tinggal di rumah aku selama satu minggu... Mereka akan menaiki bas ekspress menuju ke Putrajaya pada jam 10 pagi 20hb Januari ini... Aku berasa amat seronok sangat dengan kehadiran mereka... 2 minggu lagi kaum Cina akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina....


Hurmmm... Sebelum aku terlupa, pada rakan-rakan yang menyambut hari lahir pada hari ini, aku hendak mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat kalian... Semoga Allah lindungi kamu semua, semoga dimurahkan rezeki, dirahmati da mendapat keredhaan Allah.... Okey, setakat ini dulu coretan aku pada malam ini... Insya Allah kita jumpa lagi...



read more

Review : Heyy Babyy (2007)

Wednesday, January 11, 2012

Assalamualaikum... Aku minta maaf kerana aku terpaksa menulis blog ini pada awal malam ini kerana terdapat rancangan menarik yang akan ditayangkan di tv... Malam ini akan ditayangkan filem Hindi yang menarik perhatian aku, iaitu filem Heyy Babyy dan Diwale Dulhania Le Jayenge... Filem-filem ini mampu membuatkan airmata aku mengalir dengan derasnya tetapi yang paling menyentuh hati aku adalah filem Heyy Babyy.... Ini adalah intipai filem Heyy Babyy...

Okey, Insya Allah, aku akan kembali pada hari esok, yea.... Jaga diri kamu semua dan sentiasa ingat dan zikir kepada Allah, Insya Allah, DIA akan bantu kamu dalam menyelesaikan masalah....Selamat malam dan semoga kamu semua mendapat kebahagiaan dalam kehidupan ini... Wa'salam.....

Heyy Babyy (2007)

Heyy Babyy

Mengisahkan 3 orang sahabat iaitu Arush Mehra (Akshay Kumar), Tanmay Joglekar (Ritesh Deshmukh) dan Ali Haider (Fardeen Khan) yang tinggal di Australia.. Satu hari mereka menerima kejutan dalam kehidupan mereka..

Kejutan yang dimaksudkan adalah kedatangan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di hadapan pintu rumah mereka..!!!

Pada mulanya mereka menyalahkan antara satu sama kerana bayi itu telah mendatangkan masalah dalam kehidupan mereka.. Mereka mula mencari wanita-wanita yang pernah mereka keluar dan bertanyakan sama ada wanita itu meninggalkan anak mereka.. Ternyata wanita-wanita itu tak mengaku yang anak itu adalah anak mereka..

Maka bermulalah episod yang huru hara takala mereka bertiga menjaga bayi perempuan yang comel ini.. Tapi disebabkan kehidupan mereka yang terlalu bebas, mereka tak dapat menerima dengan kehidupan baru mereka.. Hari demi hari, mereka melalui kehidupan baru itu dengan penuh penyeksaan dan disebabkan mereka tak sanggup lagi untuk menjaga anak itu, mereka pun membuat keputusan untuk tinggalkan bayi itu di salah sebuah gereja pada malam Krismas...

Semasa mereka nak sambut Krismas, Tanmay bertanya pada dua orang rakannya itu, adakah ada orang yang akan menyambut bayi itu di gereja tersebut kerana pada masa tue hujan turun dengan lebat.. Selepas berfikir mereka bertiga membuat keputusan untuk melihat keadaan bayi itu dan apabila mereka sampai di gereja, alangkah terkejutnya mereka bayi yang malang itu didapati tidak bernyawa dan hampir tenggelam di dalam bakul...

Kemudian mereka bergegas pergi ke hospital untuk menyelamat bayi yang malang itu.. Dengan kepantasan pihak hospital yang berusaha untuk menyelamat nyawa bayi itu, akhirnya bayi berkenaan dapat diselamatkan..

Itulah permulaan kehidupan tiga orang sahabat tadi, yang pada mulanya menjalani kehidupan yang terlalu sosial dan bebas, kini mereka menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab. Mereka mula menjaga bayi perempuan itu dan dinamakan sebagai Angel kerana kehadirannya yang mengubah kehidupan mereka 360 darjah...

Satu hari, mereka menerima kedatangan seorang lelaki yang didakwa sebagai seorang pegawai kebajikan yang memeriksa keadaaan Angel... Arush, Tanmay dan Ali dapat menjawab semua soalan yang diajukan oleh pegawai berkenaan.. Sebenarnya lelaki itu adalah datuk kepada Angel dan dia cuma ingin melihat keadaan cucunya itu...

Di situlah bermulanya siapa bapa sebenar Angel dan rahsia di sebalik kelahirannya... Tambahan pada jalan cerita ini adalah seorang wanita yang bernama Isha Bharat (Vidya Balan) hadir untuk menuntut kembali anaknya yang telah hilang... Wanita itu merupakan salah seorang bekas teman wanita kepada tiga orang pemuda ini..

Di antara Arush, Tanmay dan Ali, siapakah di antara mereka bertiga nie merupakan bapa kepada Angel..?

Kisah nie memang memaparkan betapa dalamnya kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.. Walaupun mereka bertiga tak tahu nak jaga seorang bayi, malah pernah bertindak di luar kawalan manusia, tapi dengan kehadiran bayi comel itu telah mengubah seratus peratus kehidupan mereka yang sebelum nie dikatakan agak liar... Walaupun kisah ini merupakan kisah kasih sayang seorang ayah pada anaknya, tapi ada jugak diselitkan kisah komedi di dalam penceritaan ini.. Aku lebih suka dengan watak Tanmay daripada watak yang lain, selain daripada watak Angel yang comel itu... 
read more

Diari harian

Tuesday, January 10, 2012


Aduh... Penat betul rasa hari ini disebabkan pekerjaan yang aku jalankan, tetapi aku terasa seronok sangat dengan kerja aku... Walaupun kerja aku agak banyak jika dibandingkan dengan hari semalam tetapi aku tidak kisah tenatng itu semua sebab aku sememangnya sayangkan pekerjaan aku ini dan tidak akan sesekali untuk berhenti kerja walau apa yang terjadi.... Lagipun aku mencari rezeki yang halal dan diredhai oleh Allah jadi untuk apa aku menolak rezeki yang Allah bagi ini, bukankah begitu? Aku bersyukur kerana aku masih dapat bertahan hingga ke hari ini dan Insya Allah aku akan cuba mempertahankan pendirian aku ini... Hari ini aku tidak masak sebaliknya aku membeli makanan sahaja kerana hari ini ada pasar malam sedang diadakan berdekatan dengan perumahan aku... Macam biasa aku akan belikan hubby tercinta nasi ambang kesukaan dia, dan aku pula membeli nasi kerabu untuk hidangan makan malam kami... Cuaca pada petang ini hujan telah turun dengan begitu lebat, Al-Hamdulillah... Setelah beberapa hari hujan tidak turun, hari ini Allah memakbulkan doa hamba-Nya.... Tumbuh-tumbuhan dan tanaman akan hidup semula, kasihan juga bila melihat tanah kering dan merekah... Hubby sekarang ini telah pergi kerja semula untuk membuat sedikit kerja dan dia akan balik tidak lama lagi... Sekarang ini adalah masa untuk aku melayari internet walaupun kadang kala lembap semacam... Sebelum aku menulis dalam blog ini, aku terlebih dahulu melayari facebook dan twitter milik aku dan aku dapati memang banyak pesanan 'junk' atau lebih dikenali dengan pesanan sampah yang disimpan di wall aku... Letih betul rasanya untuk menghapuskan semua pesanan 'junk' ini..... 

Okey, aku ingin menutup cerita untuk hari ini kerana aku baru teringat yang aku masih belum solat Isya' lagi... Insya Allah kita akan berjumpa lagi esok... Selamat malam...Jumpa lagi....
read more

Diari harian

Monday, January 09, 2012


Assalamualaikum,
Hari ini hari pertama dalam minggu kedua bulan Januari dan hari ini juga aku menumpangkan sahabat aku pergi ke tempat kerja... Aku sudah mendapat kebenaran daripada hubby untuk menumpangkan sahabat aku ini... Lagipun hubby sahabat aku ini tiada di sini kerana dia bekerja di Lanchang, Pahang dan sahabat aku ini tidak ada lesen kereta... Kasihan pula rasa di hati bila dia meminta bantuan daripada aku, dan aku dengan rela hati membantu dia, mungkin hari ini hari dia, hari aku susah nanti mungkin dia akan tolong... Sahabat aku ini bakal menduduki rumah baru yang dijangka siap sepenuhnya bulan Mei ini dan rumah dia tidak jauh dari kawasan perumahan aku... hehehe kiranya kami ini berjiran sahaja... Aku keluar dari rumah pada pukul 6.45 pagi dan terus ke rumah dia untuk menjemput dia... Kami masuk kerja pada waktu anjal yang sama iaitu WP2 yang bermula kerja pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang... Al-Hamdulillah setelah hantar dia balik, aku sampai di rumah dalam pukul 6.15 petang dan aku sempat menunaikan solat Asar... Hari ini rezeki makanan dan minuman yang aku dapat, air cendol dan kek coklat pemberian sahabat office aku... Al-Hamdulillah, aku memberikan minuman cendol itu kepada hubby dan aku terus ke dapur untuk memasak... Hari ini kerja di office memang banyak, maklum sahaja awal tahun, sememangnya banyak kerja... Tapi komputer aku pula buat hal, tidak berfungsi sepenuhnya... Nasib baik juga banyak surat-surat yang belum dimasukkan di dalam fail, ada juga kerja aku untuk hari ini, pagi tadi aku sudah menghantar memo pada unit ICT untuk membetulkan maslah aku ini dan semoga ianya tidak menjadi terlalu serius kerosakannya... 

Okey, setakat ini dulu kerana jam sudah menunjukkan pukul 11.25 malam dan aku perlu tidur awal untuk bekerja... Insya Allah kita jumpa lagi esok... Wa'salam...
read more

Diari harian

Sunday, January 08, 2012


Assalamualaikum,
Syukur aku kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan bernyawa.. Syukur Al-Hamdulillah kerana Allah telah memberi cuaca yang baik dan aku dapat melaksanakan satu lagi tugas mingguan aku... Al-Hamdulillah... Hubby pula sejak dari pagi tadi sehingga sekarang agak sibuk kerana dia mendapat satu projek membuat wiring rumah jiran, syukur ada rezeki masuk... Pagi tadi aku membuat sarapan roti canai dan nasi goreng untuk hubby tercinta agar dia berasa semanagat untuk membuat kerja... Lagipun aku memang tahu kerja wiring rumah sememangnya memenatkan dan aku hanya dapat membantu dari segi makanan agar tidak kelaparan....Tadi hubby aku bercerita tentang kucing-kucing kami yang sememangnya manja dan sanggup pergi ke mana sahaja dia pergi... Waktu dia hendak membuat kerja, mereka akan mengikut sehingga hampir-hampir terpijak ekor mereka... hehehe bila mendengar cerita hubby, aku ketawa kerana sememangnya aku tahu tentang perangai kucing-kucing aku ini, mereka ini memang pantang kalau kita bergerak, mesti mereka akan ikut dan menggesel  badan mereka pada kaki kita sehingga kita tidak sedar akan terpijak sama ada ekor mereka atau melanggar mereka... Satu lagi mereka ini sekarang sudah ketagih keropok keping, mungkin keropok kali ini rasa ikan lebih daripada kebiasaannya dan mereka memang suka makan keropok walaupun pada masa itu mereka baru selesai makan Freskies...

Okey, aku rasa setakat ini dulu contengan diari aku untuk hari ini... Insya Allah kita jumpa lagi esok...Selamat malam...
read more

Diari harian

Saturday, January 07, 2012


Assalamualaikum,
Al-Hamdulillah, cuaca hari ini agak baik dan semua pakaian aku sudah siap dicuci dan dilipat..Cuma tinggal pakaian kerja sahaja yang belum aku basuh lagi dan aku fikir hendak mencuci pada esok hari, jikalau cuaca baik berlaku pada hari esok... Rutin mingguan aku sentiasa padat dengan tugasan dan hanya di waktu malam sahaja aku mempunyai masa untuk menulis blog ini, itu pun jikalau hubby tidak mengambil broadband ini kerana biasanya dia akan menonton Youtube dan melayari Facebook...hehehe bila agaknya aku mendapat talian UniFi ini yea? Sudah jemu rasanya untuk menunggu... Hati aku ini sentiasa berdebar-debar, tetapi aku tidak tahu puncanya..Apa mungkin aku berdebar-debar tanda kegembiraan atau kesedihan? jawapan : AKU TIDAK TAHU..... Mungkin juga aku gembira dan mungkin juga aku sedih... Gembira kerana aku bakal membuat umrah bersama-sama dengan hubby dan ummie... sedih kerana kehidupan sekarang yang semakin berliku dan manusia semakin tenggelam dalam kemungkaran dan tidak kembali ke pangkal jalan... Aku sentiasa berdoa agar semua umat Islam tidak terpesong dengan akidah dan iman dalam diri masing-masing, sentiasa memohon keampunan dari Allah dan sentiasa mendoakan setiap manusia yang aku sayang, termasuk umat Islam... Walaupun aku akui, ibadat aku masih tidak sempurna tetapi aku tidak akan sesekali berpaling tadah dengan agama aku... Insya Allah, aku akan cuba berusaha untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang taat kepada Allah dan Rasul... Bila teringat pada kematian, aku membayangkan keseksaan di sana... Nauzubillah... Semoga Allah mengampuni dosa-dosa aku dan semua umat Islam....

Okey, aku rasa setakat ini dulu coretan aku, Insya Allah kita akan jumpa lagi esok... Selamat Malam dan Assalamualaikum...
read more

Amalan 8P- Uztazah Siti Nur Bahyah

Friday, January 06, 2012

Amalan suami isteri sepanjang masa. Insya Allah mendapat keredhaan Allah dan membina keluarga bahagia.



Amalan 8P- Uztazah Siti Nur Bahyah
1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji
      antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan
      atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
 
 2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah
      selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada
      setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

  3. P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh
      menambah kasih sayang.
 
 4. Perhatian adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan
      perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan
  
5. P seterusnya mewakili 'persefahaman' kerana kerjaya memerlukan
      pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
  
6. satu lagi P adalah 'percutian' di mana perlu merancang percutian
      berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada
      kesibukan dan kehidupan rutin
  
7. P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri
      mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi
      mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu
      seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
  
8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya
      merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi
      daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
 
   Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri
   dengan Allah. Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap
   agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
 
   "Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai
   berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab
   terhadap keluarga"
 
 
 
 Doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih
   sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau
   membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
 
   [31] Al-Imran
   Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka
   ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa
   kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
 
   [200] Al-Imran
   Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
   kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
   kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
   perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
   daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
   berjaya (mencapai kemenangan).
read more

Diari harian

Thursday, January 05, 2012

Assalamualaikum,
Al-Hamdulillah, Allah masih lagi memberi peluang kepada aku untuk terus bernafas di bumi-Nya ini... Kini akan berakhir minggu pertama tahun baru, terasa amat sekejap sahaja masa berlalu sama ada kita sedar atau tidak... Kelahiran dan kematian sentiasa bergerak di sekeliling kita, begitu juga dengan kehidupan kita, apatah lagi kita bakal menginjak usia dewasa sekarang dan pengalaman kehidupan kita yang mengajar erti kehidupan agar kita menjadi manusia yang lebih baik lagi.... Bila melihat kanak-kanak memasuki alam persekolahan, aku teringat pada zaman persekolahan aku dahulu, alangkah indahnya ketika itu, walaupun memang mustahil untuk kita undurkan masa... Masa itu, kita cuma berfikir tentang kerja rumah yang diberi oleh guru-guru sahaja tanpa memikirkan masalah lain... Pada masa itu, yang kita tahu adalah minta duit pada ibu bapa kita untuk membeli peralatan sekolah ataupun hendak membayar yuran, serta duit poket kita tanpa kita memikirkan perasaan ibu bapa kita pada masa itu.... Kita tidak mengetahui betapa perit dan pedihnya ibu bapa kita membanting tulang mencari rezeki dan mencari duit untuk diberikan kepada kita.... Bila sudah memasuki alam pekerjaan, barulah kita menyedari semua itu.... Setakat ini, Al-Hamdulillah rezeki tetap ada di mana-mana dan kita perlu berusaha untuk mencarinya... Ahaks... Apa yang aku merepek pada malam ini yea?!! Mungkin aku teringat pada zaman sekolah dan sebab itu tulis dalam entri ini tentang persekolahan.... Walaupun aku akui aku tidak cemerlang sangat di alam persekolahan tetapi sekurang-kurangnya aku dapat pekerjaan yang agak bagus juga, Al-Hamdulillah rezeki yang Allah bagi pada aku, syukur yang amat sangat.... Insya Allah, kalau ada rezeki lebih, aku bakal berangkat ke Mekah Al-Mukarammah tahun depan untuk menunaikan umrah bersama-sama dengan hubby dan ummie aku... 

Okey, setakat ini dulu coretan aku... Insya Allah kita jumpa lagi esok.... Selamat malam... Sweet dreams..
read more

Diari harian

Wednesday, January 04, 2012

Assalamualaikum,
Hari ini aku keseorangan kerana sahabat aku cuti rehat untuk membawa anak-anak dia ke sekolah, anak yang sulung telah memasuki darjah 1 manakala anak kedua dia memasuki tadika.... Kebanyakan para ibu bapa sibuk menguruskan anak-anak mereka yang mula bersekolah pada hari ini...  Petang tadi aku membeli ikan untuk dimasak pada malam nanti, aku pun tidak tahu apa jenis ikan yang aku beli tapi apa yang pasti salah satu ikan yang aku kenal, iaitu ikan selar untuk dimasak, sebab aku terasa amat jemu untuk memasak ayam... Jenis ikan yang satu lagi aku tidak pasti namanya, kerana pada asalnya aku ingin membeli ikan kerapu untuk dibuat ikan bakar tapi nampaknya ikan itu tidak segar dan matanya merah serta nampak lembik saja isinya.... Jadi aku ambil keputusan untuk membeli ikan lain dan Al-Hamdulillah aku berjaya memasak ikan bakar special untuk hubby tercinta serta aku membuat sup sayur untuk hidangan malam kami... Ini adalah kali pertama aku memasak ikan bakar dan ternyata hubby menyukai masakan aku sampaikan dia menambah nasi sebanyak 2 kali... Dalam hati aku terasa gembira dan bangga melihat selera hubby bertambah kerana aku sememangnya ingin memasak lain daripada yang lain.... Al-Hamdulillah cuaca pada hari ini agak cerah dan hujan tidak turun dalam 2 ke 3 hari ini... Tetapi ada negeri lain sedang dilanda banjir, aku harap mereka yang terlibat akan menjaga keselamatan mereka kerana malang tidak berbau... Sekarang ini terdapat filem Hindi sedang ditayangkan, tajuk filem tersebut Dil To Pagal Hai lakonan Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit, Karisma Kapoor... Pada mulanya aku ingin melihat filem ini tetapi malangnya mata aku sudah mengantuk... 

Okey, Insya Allah kita jumpa lagi esok.... Selamat malam... Sweet dreams....
read more

Diari harian

Tuesday, January 03, 2012


Assalamualaikum,
Hari ini adalah permulaan hari bekerja, memang sibuk sekali hari ini kerana hari ini bermula tugasan baru yang perlu aku lakukan... Aku perlu menyiapkan fail meja dan senarai tugas aku untuk penilaian tahun lepas... Nasib baik aku sudah mencapai sasaran kerja tahunan aku dan sekarang ini aku perlu menumpu perhatian untuk membuat cataloging buku yang sebelum ini sudah kehilangan data di dalam sistem library... Akan tetapi setiap berita baik mesti akan ada berita buruk... Berita buruk adalah hari ini di office aku tiada air dan bekalan penyaman udara dihentikan sementara, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana peritnya kehidupan kami hari ini... Jika ketiadaan penyaman udara tidak mengapa, tetapi kami tidak boleh tahan sekiranya air juga tidak dibekalkan... Memang gamat suasana pada hari ini sehingga ramai yang terpaksa keluar masuk untuk ke tandas berhampiran dan aku juga tidak ketinggalan turut terpaksa keluar masuk office... Al-Hamdulillah, cuaca pada hari ini agak cerah walaupun kadang kala mendung datang sesekali... Petang tadi aku singgah ke pasar malam untuk membeli makanan kegemaran hubby, iaitu nasi ambang yang dikatakan berasal dari Tanah Jawa... Aku tidak gemar sangat dengan makanan itu lantaran ianya bercampur aduk dengan bihun goreng tetapi hubby aku memang menyukai makanan itu, Insya Allah aku akan mencuba resipi itu, cuma antara berani ambil risiko atau tidak sahaja.... Aku pula tengahari tadi aku menemani sahabat aku ke kedai roti dan kek untuk membeli kek hari lahir hubby dia yang jatuh pada hari semalam... Dia membeli kek coklat dan aku pula membeli roti kegemaran aku kerana aku cuma mahu makan roti sahaja untuk hidangan makanan tengahari aku... Nasib baik aku membeli banyak roti jadi malam ini aku cuma makan roti bersama-sama dengan hubby tercinta.... Hari ini adalah hari terakhir cuti sekolah dan esok para ibu bapa akan mulai sibuk menguruskan anak-anak yang akan pergi ke sekolah, sama ada tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah... Minggu depan pula para graduan kolej dan universiti akan memasuki semester baru, memang sibuk betul mereka dan mungkin anda juga terlibat dengan aktiviti ini, bukankah begitu??? 




Okey, malam semakin tua dan aku perlu masuk tidur, Insya Allah kita akan jumpa lagi esok.... Tata








read more

Bermulanya Tahun Baru 2012

Sunday, January 01, 2012


Assalamualaikum,
Selamat Tahun Baru wahai rakan-rakan....Kita sudah memasuki alam baru, dan bagi sesiapa yang menyambut hari lahir pada hari ini, Selamat Hari Lahir kepada kamu semua... Kepada sesiapa yang menyambut berita gembira, sekalung tahniah diucapkan dan kepada sesiapa yang menerima berita sedih pada hari ini, ucapan takziah diberikan.... Semoga kalian tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan... Apa azam kamu semua untuk tahun ini? Hari ini adalah cuti umum dan esok ianya akan digantikan... Memang seronok bila hanya 4 hari sahaja aku akan bekerja... Hubby pun turut sama bercuti dan kami amat gembira dengan kehidupan kami sekarang... Azam kami adalah untuk melakukan apa sahaja perkara baik yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin dan lebih baik dari tahun sebelumnya... Insya Allah kita akan berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam kehidupan... Hari ini aku mahu bercerita tentang perutusan tahun baru dari Perdana Menteri Malaysia... Sama-sama kita hayati....


Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat menyaksikan tertutupnya tirai tahun 2011 dan menyinsingnya fajar baru 2012. Sesungguhnya 2011 merupakan tahun yang amat monumental kepada negara kerana ia telah menyaksikan lengkapnya “roll out” inisiatif dasar kerajaan di bawah payung Dasar Transformasi Nasional (2011-2020) dan dengan itu juga pengenalan siri keempat Rangka Rancangan Jangka Panjang Negara (RRJP) semenjak ia mula diperkenalkan pada tahun 1971. DTN merupakan komponen terakhir dalam usaha merealisasikan Wawasan Kebangsaan untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

DTN mempunyai permulaannya dengan pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) diikuti Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta pelancaran Model Baru Ekonomi (NEM), Program Transformasi Politik (PTP)  dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP). Kesemua inisiatif dasar ini bukanlah sekadar pengumuman kosong mahupun tidak berpijak pada bumi yang nyata kerana jika dilaksanakan dengan betul dan mengikut jadual akan menyaksikan kemunculan sebuah Malaysia Baru. Sebuah negara yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi dengan kemakmuran yang dikongsi setiap strata dan segmen rakyat tetapi juga sebuah watan dengan tradisi demokrasi serta perbezaan pendapat yang membina dan membugar.

Kerajaan tetap komited dengan program islah dan pembaharuan dalam semua bidang dan aspek kehidupan bernegara kerana inilah kehendak dan aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka. Inilah usaha demi Generasi masa depan Malaysia yang berhak membesar dalam suasana harapan bukannya kemuraman. Kita tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang mahu menggagalkan matlamat mulia ini.

Di bawah PTP bagi mengimbangkan Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Negara misalnya kita telah memansuhkan tiga proklamasi darurat yang  berkuatkuasa semenjak lebih empat dekad yang lalu kerana kerajaan percaya kita tidak mampu membina sebuah Malaysia yang baru jika kita masih teperangkap dengan bebanan sejarah lampau. Dengan semangat yang sama kerajaan juga telah mengumumkan pemansuhan beberapa Akta yang  berkaitan Keselamatan dan Ketenteraman Awam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri dan  Seksyen 27 Akta Polis yang telah digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menjamin kebebasan individu untuk berhimpun secara aman seperti yang diperuntukkan undang-undang tertinggi negara Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini akan diteruskan dalam sessi Parlimen seterusnya pada tahun 2012 bagi memansuhkan ISA dan membentang rang undang-undang baru yang akan menggantikannya serta meminda AUKU serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Melalui bajet rakyat 2012 pula  yang baru diluluskan Parlimen kerajaan hari ini juga telah meneruskan tradisi negara berkebajikan yang telah menjadi amalan kerajaan yang memerintah semenjak merdeka lagi. Kita tidak pernah melupakan nasib warga luar bandar mahupun warga bandar, golongan berpendapatan rendah mahupun kelas pertengahan serta mereka yang berpendapatan tinggi, kita akan sentiasa membela untung nasib seluruh rakyat Malaysia dan akan terus prihatin terhadap denyut nadi dan aspirasi mereka.

Marilah kita bersama-sama kerajaan dan rakyat merealisasikan masa depan yang lebih baik untuk bumi tercinta ini. Ia bukannya sebuah mimpi malahan ia dalam rangkulan kita jika kita sanggup merancang dengan teliti dan bekerja keras bagi mencapainya. Tidak ada yang mustahil jika kita mampu  mengimpikannya, sesungguhnya hari-hari yang terbaik kita masih berada di hadapan kita bukannya sudah tinggal dalam lipatan sejarah. Selamat tahun Baru 2012, Dirgahayu Malaysia.

Sumber daripada :
www.1malaysia.com.my






read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    Masjid Al-Aqsa kiblat pertama umat Islam
  • SRLavender's Library
    10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita - Greg Behrendt & Liz Tuccillo
  • Jom Kita Masak-Masak
    Kebab ikan
  • Starlavenderluna's Bloglist

My Digital Shop

  • SRLavender Shop

Archive

  • ►  2025 (35)
    • ►  June (1)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2024 (80)
    • ►  December (6)
    • ►  November (15)
    • ►  October (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (14)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2023 (111)
    • ►  December (14)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ▼  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ▼  January (18)
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • GONG XI FA CAI
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Review : Heyy Babyy (2007)
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Amalan 8P- Uztazah Siti Nur Bahyah
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Bermulanya Tahun Baru 2012
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist May 2025

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: WONDERPET DATANG MEMBANTU :.
  • cikcappuccinolatte
    Rania Terkena Virus Rotavirus Atau Norovirus
  • Drawing the Words
    Kerana 20 sen.Berdosa tak buat macam ni?
  • Blogbabyshambles.. ♥
    Oh My Blog Berhabukkk!!
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Camana nak kembalikan semangat yang hilang
  • Sembang Sorang
    Rezeki Hari Raya Aidil Adha Dengan Menjadi Top Komentar Blog CCL✨
  • fairusmamat.com
    Salam Aidiladha 1446H
  • Sitiss' Journal
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Poskad Untuk Kamu
  • Serbia – D'Cat Queen
    EUROPE TRIP (PART 3) EXPLORING THE BEAUTY OF BEOGRAD, SERBIA

Top Commentators

© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.