
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, segala kenduri kahwin sahabat aku telah selamat aku pergi dan pulang ke rumah... Aku baru sahaja sampai di rumah kerana menghadiri kenduri kahwin sahabat aku di Palace Of The Golden Horses Hotel di Seri Kembangan... Buat pertama kali aku dan hubby menjejak kaki ke sini dan kami selamat sampai di situ dengan bantuan GPS aku... hehehe memang kelas tertinggi sahabat aku ini, maklum sahaja dia ini seorang peniaga emas... Perniagaan emas yang sering diperkatakan oleh kebanyakan orang... Memang betul Rasulullah SAW telah bersabda dalam satu hadis yang bermaksud "9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Tetapi untuk memulakan perniagaan adalah modal dalam bentuk wang kerana pada zaman sekarang kita memerlukan wang untuk membeli barang atau apa sahaja yang melibatkan wang.... Oh ya! Ini untuk promosi sahaja dan jikalau kamu semua minat dengan barang ini, sila layari laman blog aku yang satu lagi yea.... Produk ini berasaskan susu kambing yang diadun dengan herba Arab... Aku menjumpai satu laman web yang menceritakan tentang produk susu kambing kerana ummie aku telah meminta aku meminum susu kambing bagi membantu aku untuk hamil... Aku minum produk susu kambing ini sejak 4 bulan yang lalu... Apa yang menakjubkan Al-Hamdulillah, senggugut aku telah hilang sama sekali kerana aku sememangnya mengalami senggugut yang amat teruk hingga aku terpaksa mengambil cuti sakit.... Walaupun produk ini adalah minuman tambahan tetapi dengan berkat usaha, aku akan hamil juga dengan izin Allah SWT..... Nama produk ini SK Al-Khishbun dan keterangan lanjut, layari blog aku ini :
http://lunamoon-collections.blogspot.com

Assalamualaikum,
Astaghafirullahadzim, aku terlupa untuk berniat puasa hari ini kerana aku masih mempunyai hutang puasa 3 hari lagi... Insya Allah aku akan berpuasa pada hari Ahad ini kerana esok aku mempunyai majlis kenduri kahwin sahabat aku di Palace Hotel dekat Seri Kembangan.... Hari ini macam biasa aku dan sahabat aku akan ke Alamanda dan kali ini kami pergi agak lama sedikit kerana dia hendak membeli beberapa barang keperluan dan aku juga ingin membeli scrub muka.. Scrub muka yang aku maksudkan ialah St. Ives Apricot Scrub.... Ianya memang sesuai dengan muka aku dan hubby pun memakai scrub ini akibat terpengaruh dari aku...hehehe.... Aku sudh cuba scrub muka jenama lain tetapi ianya tidak sesuai dengan kulit muka aku dan hanya ini sahaja produk yang aku gunakan... Manakala pencuci muka pula aku gunakan jenama Safi Gamat...

Astagfirullahaladzim... Ya Allah, ampuni aku, ampuni suami aku, ampuni kedua-dua ibu bapa kami, ampuni keluarga kami, ampuni semua umat Islam Ya Allah... Berikan kami petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami.... Terima taubat aku Ya Allah... Terima taubat suami aku, terima taubat kedua-dua ibu bapa kami, terima taubat keluarga kami, terima taubat umat Islam Ya Allah.... Amin Ya Rabbal Alamin....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons