Assalamualaikum wbt...
Jom uji pengetahuan kita tentang perkhidmatan u-Pustaka. Tak tahu mengenai perkhidmatan nie..?
Layari portal u-Pustaka di www.u-pustaka.gov.my untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan u-Pustaka.
Nak menang hadiah berbentuk WANG TUNAI tak...? Rugi tau kalau tak join sebab hadiah wang tunai nie akan dapat sehingga RM500.00... huihhh sapa yang nak bagi kan...
Senang jea nak join... Awak kena jawab soalan yang diberikan dan soalan nie boleh dapat di link ini..
Atau awak imbas kod QR pada poster di atas...
Jom sertai sekarang...!
Tarikh penyertaan pertandingan telah dibuka bermula 1hb Mei sehingga 31 Mei 2025..
Join jangan tak join tau....
#u-Pustaka #UtamakanPengetahuanIngatlahu-Pustaka #JomBacaSecaraPercuma24jamSehari #shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Haa, mesej nie dikhaskan kepada peminat buku.. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bakal muncul tak lama lagi..!!!!
Jom kita simpan dan lock tarikh nie dalam kalendar masing-masing...
Tarikhnya adalah 23hb Mei sehingga 1hb Jun 2025, bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam...
Planning saya..?
Dah tentulah ada planning nak pergi.. Bak kata pepatah, "sambil menyelam minum air".. Saya telah masukkan dalam kalendar aktiviti library saya.. Hihi macam biasa saya akan jadi pemandu pelancong hujung bulan nie...
Okay, ada yang tahu tak aktiviti yang dijalankan secara serentak seluruh negara pada 22hb dan 23hb April 2025 yang lepas..? Yea betul...
Ianya adalah Program Jom Baca Bersama 10 Minit...
Tapi library saya tak buat pada hari tersebut kerana kekangan masa dan masa tuepun abang dan kakak bomba masih sibuk dengan pelbagai tugasan terutama tentang kes kebakaran yang terjadi di Putra Heights baru-baru nie... Oh ya..! Hari nie adalah hari sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia...
Jadi, team library buat keputusan untuk laksanakan program nie pada hujung bulan Mei, jangkaan tarikh 27hb sehingga 29hb Mei 2025... Planning program yang nak buat adalah kursus pengurusan sistem library (LIBRARIKA), Program Jom Baca Bersama 10 Minit (ada games) dan lawatan ke pesta buku.. Secara kebetulan, pada 29hb tue hari pertama cuti persekolahan, kan... Jadi memang ramailah staf yang nak pergi, sebab boleh bawak anak-anak...
Nanti saya share cerita tentang program library nie...
Jangan lupa tau lock tarikh untuk pergi ke pesta buku..
Assalamualaikum wbt...
Walau dah lambat nak bagi ucapan, tapi nak ucap jugak kepada semua pekerja, Selamat Hari Pekerja.. Takpe kan.. hihi
Alhamdulillah, hadiah pertama daripada giveaway pada tahun nie.. Syukur, saya antara salah sorang pemenang giveaway yang dianjurkan oleh Tot's Blog...
BACA SINI | PEMENANG GIVEAWAY PERTAMA TOT'S BLOG
Hadiah nie dah selamat sampai pada hari Jumaat lepas... Dan inilah hadiahnya...
Hadiah yang saya dapat adalah sebuah dompet syiling bercorak batik, keychain Kelantan, fridge magnet Kelantan dan biji benih bunga matahari yang siap ada arahan camne nak tanam... Insha Allah, ada masa nanti saya tanam, harap-harap menjadilah tanaman saya nie... hihi maklumlah, tangan panas, selalunya tak jadi tanaman saya...
Alhamdulillah, terima kasih pada Tot's Blog kerana memilih saya sebagai seorang pemenang.. Tak lupa jugak saya nak ucap tahniah pada rakan-rakan lain yang menjadi pemenang giveaway nie...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons