Cara atasi kulit kering

Wednesday, November 28, 2018

*sumber gambar dari Google Images
*sumber gambar dari Google Images

Assalamualaikum wbt,
Kulit kering..? Ohh tidak..!! Nampak sangat kulit terlalu kusam, mengelupas dan sekaligus proses penuaan akan berlaku dengan pantas walaupun usia masih lagi muda.. Nanti orang akan cakap, usia kita muda tapi nampak tua disebabkan kulit yang kering.. Camne nak buat yea..? Jom kita guna tips dari sumber alami ini..

*sumber gambar dari Google Images
*sumber gambar dari Google Images

Pelembap berbentuk krim - Gunakan pelembap ini dan bukannya jenis losyen untuk mengatasi masalah kulit kering. Ini kerana krim lebih mudah menyerap ke dalam kulit dan kekal lama. Lantaran kulit akan mendapat khasiat yang terkandung dalam produk tersebut.

*sumber gambar dari Google Images
*sumber gambar dari Google Images

Gel pencuci - Bagi awak yang mempunyai kulit wajah yang kering, jangan sesekali menggunakan pencuci berbentuk sabun. Sebaliknya pilihlah gel pencuci kerana ianya berasaskan air dan membantu membuatkan kulit wajah lembap sekaligus mengelakkan ianya mengelupas.

*sumber gambar dari Google Images
*sumber gambar dari Google Images

Minyak zaitun sihatkan kulit - Kita memang tahu yang minyak zaitun mempunyai pelbagai khasiat yang kaya dengan vitamin E, iaitu membantu menjadikan kulit menjadi halus, lembut dan kekal lembap. Kulit wajah dan tubuh yang kering serta kasar dapat diatasi dengan penggunaan minyak zaitun secara konsisten. Amalkan tips ini pada setiap hari, pasti awak dapat melihat perubahan yang positif pada kulit.

*sumber gambar dari Google Images
*sumber gambar dari Google Images

Masker avokado -
Kisar buah avokado sehingga benar-benar halus, campurkan dengan air suam. Kemudian gaul bahan ini sehingga sebati, kemudian awak oleskan pada seluruh wajah dan leher, biarkan selama 30 minit. Akhir sekali awak bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini dalam dua kali seminggu, Insha Allah kulit awak akan menjadi halus dan takkan menjadi kering.

*sumber gambar dari Google Images
*sumber gambar dari Google Images

Khasiat kubis - Kubis memang sedap dimakan kerana ianya membekalkan nutrien yang diperlukan dalam tubuh kita. Tapi awak tau tak yang kubis jugak mempunyai khasiat untuk merawat masalah kulit kering. Caranya, awak hancurkan kubis dengan halus dan jadikan masker. Awak sapu masker ini pada bahagian wajah dan tubuh yang bermasalah, kemudian biarkan sehingga kering. Akhir sekali awak bilas dengan air bersih. Lakukan petua ini secara konsisten iaitu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

*sumber gambar dari Google Images
*sumber gambar dari Google Images

Madu lembapkan kulit - Oles wajah dengan madu pada setiap malam sebelum tidur dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, awak bilas wajah dengan air perahan limau nipis ataupun air bersih. Hasilnya kulit akan menjadi lebih lembap, halus dan kemerahan..

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita.. 

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



5 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧