Apa itu MyPortFolio?

Monday, November 19, 2018

Assalamualaikum wbt..
First of all, saya nak mintak maaf banyak-banyak kerana tak dapat nak update jurnal nie dengan kekangan kerja yang sedia ada dan satu lagi tugasan yang perlu diselesaikan iaitu buat MyPortFolio.. Rasanya rakan-rakan yang bekerja di sektor awam dah tentu tau apa itu MyPortFolio dan rasanya ada di antaranya masih lagi membuat MyPortFolio nie kan.. Okey saya akan terangkan apa itu MyPortFolio..

www.shikinrazali.com

MyPortFolio nie adalah panduan kerja sektor awam atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja. Tujuannya adalah sebagai rujukan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungjawab yang lebih teratur di peringkat jabatan dan individu. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan supaya tidak berlaku kesilapan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan. Berdasarkan perkembangan semasa, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 8 Tahun 1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja telah dikaji dan ditambah baik. Inisiatif ini mengambil kira cabaran dan perubahan semasa sama ada di peringkat global mahupun domestik seperti gelombang teknologi digital, ekspektasi rakyat, dominasi golongan millennial dan Revolusi Perindustrian Keempat. Sehubungan itu, PKPA Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan sebagai pendekatan baharu dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara yang lebih komprehensif dan teratur di agensi Kerajaan. Ketua Jabatan juga boleh meluas guna myPortfolio sebagai radas strategik dalam pengurusan sumber manusia.

Konsep MyPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.

www.shikinrazali.com

Ciri-ciri myPortfolio adalah seperti yang berikut:

🔘 myPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan; 
🔘 Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi; 
🔘 myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan 
🔘 myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan. Panduan ini memperkenalkan satu elemen baharu, memansuhkan tiga (3) komponen dan menambah baik tujuh (7) aspek Fail Meja. Terdapat 10 komponen baharu myPortfolio meliputi maklumat yang perlu diketahui dan dirujuk oleh penjawat awam dalam melaksanakan tugas. Komponen myPortfolio adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

www.shikinrazali.com


So, pada rakan-rakan yang tengah buat MyPortFolio tue, saya ucapkan selamat berjaya kepada awak suma.. 

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



6 comments

  1. Adoi.. pening betul nak buat myportfolio nie.. huhuhuhu..

    ReplyDelete
  2. ehem.. ehem.. tak boleh cakap lebih2 kang kena band.. sy yg menjalankan amanah.. hahahaa

    ReplyDelete
  3. Baca pun dah pening hahahaha...
    Mujur tak kena buat

    ReplyDelete
  4. Owh baru taw pasal ni thank sharing shikin

    ReplyDelete
  5. Oooo, kalau mrs pip dulu kerja , ni.kitorang panggil job description , ada dalam quality manual syarikat kitorang...

    ReplyDelete
  6. Peningg kak wat ni. Kami baru siap wat dan send. Huhu

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧