Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Keyboard Retro LED | Unboxing Malaysia

Thursday, December 25, 2025


Assalamualaikum wbt..
Hari nie saya nak berkongsi sikit cerita mengenai satu barang yang terus buat meja kerja saya nampak lain daripada biasa — keyboard bentuk typewriter berwarna hijau. Sejujurnya, mula-mula saya tertarik sebab rupa dia. Warna hijau dia bukan jenis yang pucat, tapi cukup “hidup” untuk bagi vibe klasik yang tenang bila tengok lama-lama.


Masa nak buka kotak tue, perasaan memang bercampur antara teruja dan puas hati. Keycaps yang berbentuk bulat terus membuatkan saya teringat pada mesin taip lama, jenis yang selalu kita tengok dalam gambar-gambar vintage. Tapi jangan salah sangka, walaupun nampak klasik, keyboard ni sebenarnya jenis moden.

Dari segi rasa menaip, saya memang suka bunyi clicky dia. Setiap kali menekan keycaps, saya dapat merasai rasa “puas” yang buat jari jemari macam seronok nak terus menaip. Keycaps dia agak tinggi, jadi pengalaman menaip tu memang berbeza daripada keyboard biasa — lebih berkarakter, kata orang.


Satu lagi benda yang sangat best, keyboard ni guna wayar USB Type-C. Tak perlu fikir panjang dan berserabut, sambung jea dan terus kita boleh guna. Plug and play jea, jadi memang tak ada drama install macam-macam. Ringkas, kemas dan praktikal.

Bab paling mencuri perhatian saya tue mestilah lampu LED dia. Bila dihidupkan, terus rasa macam WOW.!!! Meja kerja saya kini nampak lebih hidup, terutama waktu malam. Yang bestnya, lampu LED ni boleh bertukar corak, jadi bolehlah kita pilih megikut mood. Hari ni nak tenang, esok nak meriah — semuanya boleh adjust ikut selera sendiri.

Lepas guna sekejap untuk menaip dan buat kerja harian, saya rasa keyboard ni sesuai untuk sama ada penulis, blogger, pelajar, atau jenis yang suka setup meja cantik-cantik, jadi keyboard ni memang boleh jadi satu “statement piece”.

Keyboard typewriter yang berwarna hijau dengan lampu LED ni bukan sekadar saja alat untuk menaip. Ianya dapat memberi pengalaman, vibe dan sedikit kepuasan visual setiap kali kita duduk di meja kerja. Gabungan retro dan moden yang buat saya sendiri tersenyum bila menggunakannya.


Kalau suka barang yang ada karakter dan tak terlalu biasa, keyboard ni memang boleh masuk dalam wishlist.

Awak boleh tengok dengan lebih dekat atau sekadar nak survey harga, saya tinggalkan link di bawah nie sebagai rujukan. Jadi senang untuk awak bandingkan dan tengok pilihan yang ada.

👉 Lazada:
[https://s.lazada.com.my/s.GyHeW]

👉 Shopee:
[https://s.shopee.com.my/AUnEL2flw4]

Tak wajib beli, saya cuma sekadar untuk berkongsi untuk yang mungkin sedang mencari keyboard dengan konsep retro dan ada lampu LED. Mana tahu jika ianya berkenan di hati 😊... Harga dan promosi mungkin berbeza ikut masa, jadi awak boleh semak dulu mana yang paling berbaloi. Yang penting, pastikan awak membeli dari penjual yang dipercayai supaya awak mendapat produk yang original dan berkualiti.

Kalau awak nak tengok versi video unboxing dan review dengan lebih jelas, saya ada kongsikan di YouTube. Dalam video tue awak boleh nampak sendiri rupa keyboard, lampu LED bila dihidupkan, serta bunyi menaip dia.

👉 Tonton video di YouTube


Kalau suka video tu, sudilah untuk menekan subscribe, like, share dan tinggalkan komen di video. Ia sangat membantu saya untuk terus buat review dan content yang berguna untuk semua. 😊


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #KeyboardRetro #TypewriterKeyboard #LEDKeyboard #UnboxingMalaysia #KeyboardReview #MejaKerjaCantik #SetupBilik #GadgetMalaysia #TechReview #USBTypeC #RetroVibe #KeyboardHijau #TechUnboxing

read more

Alahai… Blog Tak Boleh Follow? Ini Yang Saya Buat ...

Friday, December 19, 2025


Assalamualaikum wbt..
Pernah tak terjadi pada awak bila awak nak follow blog seseorang, tapi tiba-tiba butang follow macam tak berfungsi? Atau awak mendapat notiafikasi seperti ini...


Sebenarnya saya pun pernah alami situasi yang sama, mula-mula agak pening dan sedih jugak bila fikir tak boleh follow blog seseorang. Jenuh cari jawapan dan akhirnya masalah ini dapat diselesaikan. Rupa-rupanya mudah saja solusinya  jadi saya akan kongsikan apa yang boleh dibuat bila perkara ini berlaku.

Antara perkara yang boleh dicuba ialah semak sama ada kita sudah log masuk akaun Google, refresh semula halaman blog, atau cuba guna browser lain. Kadang-kadang masalah ini berlaku disebabkan cache, tetapan privasi blog, atau sistem Blogger sendiri.

TAPI...

Bila masalah ini masih sama seperti sebelumnya, awak kena buat checklist pada blog yang awak follow sebelum nie.. Antara sebab UTAMA blog tak boleh di follow adalah senarai bloglist yang awak follow telah melebihi 1000 buah blog. Aplikasi blogger nie telah menetapkan limit untuk kita follow iaitu dalam sekitar 1075 buah paling maksimum yang boleh kita follow.. 

Jadi, mana-mana blog yang tidak aktif ataupun laman blog tue dalam mode HIDDEN, awak perlu delete blog tersebut..


Macam saya buat sekarang nie, dan saya masih lagi mengemaskini laman blog yang tidak aktif dan ada yang masih HIDDEN mode. Tapi sebab ianya mengambil masa yang agak lama untuk saya check satu-satu, jadi agak lambat jugak nak selesaikan masalah nie.. Tapi bila had limit saya berkurangan menjadi 804 buah blog yang saya follow, barulah masalah utama saya dapat diselesaikan dan saya dapat follow blog rakan yang baru, seperti rakan yang memasuki carta bulanan jurnal saya. Jadi saya mintak maaf pada rakan-rakan yang baru menjadi rakan saya, sebab sebelum nie saya tak dapat follow blog awak.. Bukan tak sudi tapi inilah puncanya kenapa saya tak dapat nak follow.. 

Kadang-kadang masalah tue kecil saja, tapi bila tahu puncanya, semuanya jadi mudah. Harap catatan ringkas ini dapat membantu sesiapa yang alami masalah sama. Selamat mencuba!!

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Top Commentator Bulan Ogos - Disember 2025

Thursday, December 18, 2025


Assalamualaikum wbt...
Pertama sekali saya mohon maaf sangat-sangat kerana baru sekarang saya berkesempatan dapat melunaskan janji saya..

BACA DI SINI - BILA HATI BELAJAR UNTUK SEMBUH

Maaf sangat-sangat tau.. Okey, mula-mula saya akan umumkan 10 nama rakan kita yang barjaya masuk dalam carta bulanan untuk bulan Ogos 2025. Tahniah diucapkan kepada 10 orang rakan kita nie..


Kini saya umumkan nama penerima rezeki untuk bulan Ogos 2025. Tahniah diucapkan kepada....


Okey, kita beralih untuk bulan September 2025. Diumumkan 10 nama rakan yang berjaya masuk dalam carta bulan September, tahniah diucapkan pada awak semua.


Kini, diumumkan juga penerima rezeki untuk bulan September 2025. Tahniah diucapkan kepada...


Jom kita beralih kepada bulan Oktober 2025 dan inilah 10 nama rakan yang berjaya memasuki carta bulanan untuk bulan Oktober 2025. Tahniah diucapkan pada awak semua.


Kini, diumumkan juga penerima rezeki untuk bulan Oktober 2025.. Tahniah diucapkan kepada...


Sekarang kita beralih kepada carta bulanan untuk bulan November 2025 dan inilah 8 orang rakan yang berjaya memasuki carta. Tahniah diucapkan kepada 8 orang rakan kita.


Kini diumumkan pula nama penerima rezeki untuk bulan November 2025.. Tahniah diucapkan kepada...


Akhir sekali saya akan mengumumkan 9 orang rakan yang berjaya memasuki carta bulanan untuk bulan Disember 2025, tahniah diucapkan...


Dan kini siapakah agaknya penerima rezeki untuk bulan Disember 2025? Tahniah diucapkan kepada...


Tahniah kepada semua pemenang bulanan. Kepada penerima rezeki bulanan, diharapkan awak dapat memberikan details kepada saya seperti nama, alamat penghantaran dan nombor telefon untuk urusan hadiah saguhati di alamat emel saya starlavender.luna@gmail.com.

Seperti kebiasaan, setiap orang yang berjaya memasuki carta bulanan, cerita blog mereka akan dimasukkan dalam bloglist khas. Senarai ini saya buatkan daripada bulan Ogos sehinggalah bulan Disember 2025. Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog mereka, mana yang belum follow mereka, bolehlah berbuat demikian supaya senang untuk awak jejakinya lagi..


MUMMY AYU | FANNY NILA | SHA MOHAMED | MOHAMAD TAUFIK | NA | AMIIZAA@MIEJA | SEMBANG SORANG | MZNIMNWR | ABAH TITIK ASA | TOT | ETUZA | ANA JINGGA | NONA SANI | AIRENE ERAWAN | AFZAN | UJIE OTHMAN | ADNIL LINDA | RODIAH AMIR | NOTIE | JMBELOG | CUYA | RABIAHTUL ADAWIYAH | AZIAN KHALIL | SII NURUL 

Kepada yang terkeluar daripada carta, jangan susah hati, usaha lagi yea.. Tapi tuelah saya belum ada banyak cerita lagi dalam jurnal nie.. Insha Allah saya akan cuba usaha untuk bercerita dengan awak semua.. Jumpa lagi nanti yea...

Anyway, tahniah kepada semua pemenang bulanan...

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more
new entries old entries
View mobile version
Subscribe to: Comments (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    Simon Yates umum persaraan | Keratan akhbar Utusan Malaysia 9 Januari 2026
  • SRLavender's Library
    10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita - Greg Behrendt & Liz Tuccillo
  • Jom Kita Masak-Masak
    Kebab ikan
  • Starlavenderluna's Bloglist

My Digital Shop

  • SRLavender Shop

Archive

  • ►  2026 (5)
    • ►  January (5)
  • ▼  2025 (59)
    • ▼  December (3)
      • Keyboard Retro LED | Unboxing Malaysia
      • Alahai… Blog Tak Boleh Follow? Ini Yang Saya Buat ...
      • Top Commentator Bulan Ogos - Disember 2025
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2024 (80)
    • ►  December (6)
    • ►  November (15)
    • ►  October (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (14)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2023 (111)
    • ►  December (14)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist January 2026

  • KasihkuAmani
    Wonda Original
  • Drawing the Words
    Takpe Allah kan ada?
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Hari ni
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Rumah sewa Amirul
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Makan Soto Di Medan Selera Jalan Bunga Matahari Sungai Besar
  • Sii Nurul
    Infografik: Panduan Kekal Sihat Ketika Cuaca Panas
  • Aida Deq Su
    Wordless Wednesday #20
  • Daily Bliss Journal
    Hak Mangsa Buli di Tempat Kerja
  • anajingga
    Jeruk buah binjai
  • Titian Perjalanan
    Catatan Hujung Minggu | 24 - 25 Januari 2026

Top Commentators

© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.