Selamat Tahun Baru Cina

Sunday, February 10, 2013



Assalamualaikum,
Sempena cuti 3 hari ini, aku dan family ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada kaum yang merayakan perayaan ini.... Sudah agak lama aku tidak mengemaskini entri mengenai diriku dan aku mohon maaf di atas kesilapan dan kekhilafan aku... 

Sebenarnya, bulan lepas iaitu 11hb Januari yang lalu, hubby aku accident motorsikal dan mengalami patah tulang bahu...kemudian aku mengambil cuti rehat selama seminggu kerana menjaga hubby dan membawanya ke hospital untuk rawatan susulan seperti jumpa pakar orthopedik dan fisioterapi... Nasib baik hubby cuma patah tulang bahu sahaja dan tiada kecederaan yang lain, tetapi amat menyakitkan dan menyeksakan kerana dia tidak boleh tidur baring seperti biasa, jadi dia perlu tidur menegak atau ayat yang lebih ringkas, dia cuma boleh tidur secara duduk sahaja...

Sekarang ini dia sudah boleh tidur baring sedikit demi sedikit dan 18hb ini dia perlu menjalani fisioterapi lagi... Sekarang ini, dia dapat cuti sakit selama hampir 2 bulan dan masih lagi bercuti sakit sampai 7hb Mac ini...  Kawan-kawan, minta bantuan mendoakan kesihatan hubby aku agar semoga dia cepat sembuh..

 Aku masih lagi mengemaskini entri blog ini tetapi semuanya berkisar tentang kehamilan dan tips-tips... Mood untuk mengemaskini entri mengenai diri ini sebenarnya masih belum diizinkan lagi dan Inshaa Allah aku akan mengemaskini entri seterusnya... 

Semoga entri-entri berbentuk informasi dan bahan bacaan ini akan menjadi manfaat kepada kita semua... Memanglah pada mulanya aku cuma mengambil informasi tentang kehamilan, tetapi di masa akan datang nanti aku akan mencari informasi tentang keluarga, kesihatan dan macam-macam lagi... So, tunggu yea...

Okey, time to sleep...oyasumi, minna-san....

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧