Eh, Lagu Saya Dah Jadi Versi Jepun Pula! 🇯🇵

Monday, September 28, 2026


Assalamualaikum wbt...
Nampaknya cerita tentang lagu “Di Dalam Kesunyian” ni belum tamat lagi. Kalau awak masih ingat, beberapa bulan yang lalu saya pernah cerita di jurnal ini tentang satu eksperimen kecil saya menghasilkan lagu menggunakan AI.

Masa tu saya hasilkan dua versi lagu yang sama, iaitu versi Bahasa Melayu “Di Dalam Kesunyian” dan versi Bahasa Inggeris “Inside The Silence”.

Idea lagu tersebut sebenarnya bermula daripada perasaan tentang kesunyian, hati yang kadang-kadang terasa kosong walaupun dikelilingi ramai orang, serta perkara-perkara yang susah nak diluahkan melalui kata-kata. Dari beberapa cetusan idea dan bait ayat, saya kembangkan menjadi lirik dan melodi dengan bantuan AI. Untuk menghasilkan lagu dan nyanyian pula, saya menggunakan Suno AI.

Kalau nak baca cerita saya yang terdahulu, boleh singgah sini:


Tapi…

Cerita lagu ni rupanya belum habis. 🇯🇵 Tiba-tiba lagu nak pergi Jepun pula…Entah macam mana, tiba-tiba terlintas dalam kepala saya…

“Kalau lagu ni dibuat dalam bahasa Jepun pula macam mana?” 

Dan daripada satu soalan kecil itu, bermulalah satu lagi eksperimen.

Hahaha… saya ni memang macam tu. Bila dah cuba satu benda, mesti ada pula idea sambungan.

Daripada Bahasa Melayu → Bahasa Inggeris → sekarang Bahasa Jepun pula. 🇯🇵 Lagu yang asalnya saya tulis untuk meluahkan rasa kesunyian, sekarang dah macam buat international expansion pula.


Untuk versi Jepun ini, saya pilih tajuk:

「静寂の中で」
Seijaku no Naka de – Inside the Silence

Maksudnya masih sama, iaitu “Di Dalam Kesunyian”. Saya kekalkan tema dan emosi asal lagu — tentang malam yang sunyi, kenangan yang masih tersimpan, luka yang tidak terluah, hati yang mencari cahaya dan harapan untuk terus melangkah.

Cuma kali ini…

dalam bahasa Jepun. 🇯🇵

Dan saya sendiri rasa ada satu suasana yang berbeza bila liriknya dialihkan ke bahasa Jepun. Macam lebih tenang. Lebih sinematik. Lebih sesuai kalau bayangkan seorang wanita duduk seorang diri di ruang tamu pada waktu malam, hujan turun di luar tingkap, secawan kopi di atas meja dan lampu malap menyala…

Okay, dah macam tengah bagi idea untuk anime pula. 

Kali ini saya bukan guna Suno AI..  Untuk kali ini saya cuba pula menggunakan Gemini AI dalam proses penghasilan karya. Kiranya saya sedang sambung eksperimen saya dalam dunia AI.

Dulu:

“Jom cuba buat lagu.”

Sekarang:

“Eh, boleh buat versi Jepun pula tak?” 

Begitulah kalau dah mula seronok bereksperimen.

Satu benda siap, datang pula satu idea lain. Tapi bagi saya, AI hanyalah alat yang membantu proses berkarya.Cerita, tema, emosi dan mesej yang ingin disampaikan masih bermula daripada idea dan perasaan saya sendiri.

Sama juga seperti lagu versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebelum ini. Walaupun teknologi digunakan dalam proses penghasilannya, kisah dan emosi yang ingin saya sampaikan tetap datang daripada diri sendiri.

Dari dua bahasa… jadi tiga bahasa

Jadi sekarang koleksi kecil saya dah ada:

🎵 Di Dalam Kesunyian – Bahasa Melayu
🎵 Inside The Silence – English Version
🎵 静寂の中で (Seijaku no Naka de) – Japanese Version

Siapa sangka satu idea kecil tentang kesunyian boleh berkembang sampai jadi tiga versi bahasa. Lepas ni jangan terkejut kalau tiba-tiba ada versi Korea pula. hehehe

Annyeonghaseyo, kesunyian! 🇰🇷

Okay… itu gurauan sahaja. Buat masa sekarang, kita berhenti dulu di Jepun. Hahaha! Bila saya fikir balik, sebenarnya menarik juga perjalanan lagu ini.

Ia bermula daripada satu perasaan.

Kemudian menjadi beberapa bait lirik.

Kemudian menjadi lagu.

Kemudian diterjemahkan ke bahasa lain.

Dan akhirnya, ia menjadi satu karya kecil yang boleh didengar dalam beberapa versi.

Mungkin itulah salah satu perkara yang saya suka tentang menulis dan berkarya. Kadang-kadang sesuatu yang bermula daripada rasa yang susah nak dijelaskan, akhirnya boleh berubah menjadi sesuatu yang boleh dikongsi dengan orang lain.

Dan mungkin ada seseorang di luar sana yang sedang melalui kesunyian yang sama. Kalau lagu ini dapat menemani dia walaupun hanya untuk beberapa minit…

Itu pun sudah cukup bermakna bagi saya. 

Jadi…

「静寂の中で」 – Seijaku no Naka de kini sudah saya release dalam versi Jepun. 🎶🇯🇵

Kalau sebelum ini saya bawa awak menyelami “Di Dalam Kesunyian” dalam Bahasa Melayu dan “Inside The Silence” dalam Bahasa Inggeris, kali ini saya ajak awak mendengar cerita yang sama tapi dalam bahasa Jepun pula. 

🎧 Selamat mendengar.


Dan kalau tiba-tiba lepas mendengar lagu nie awak rasa nak duduk tepi tingkap sambil tengok hujan…

itu bukan salah saya ya. 

—
Edited by SRLavender Studio

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #SeijakuNoNakaDe #InsideTheSilence #DiDalamKesunyian #JapaneseSong #OriginalSong #AIMusic #GeminiAI #SunoAI #SRLavender #JurnalShikinRazali #MalaysianBlogger

3 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧