Bayangkan suasana penuh aksi dengan jentera bomba, demo menyelamat, dan paling penting—aktiviti yang confirm buat awak tak duduk diam! Nak tengok kekuatan sebenar? Jangan miss tengok aksi abang-abang bomba dalam Pertandingan Tarik Tali Antara Abang-Abang Bomba—confirm akan bergegar dengan sorakan!
![]() |
| Sumber poster : Facebook rasmi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
Awak juga boleh bawa anak-anak sekali sebab hari tue akan ada program yang menarik iaitu Jom Belajar Berenang bersama Skuad Bomba Tahfiz. Bukan sekadar dapat berseronok, tapi kita juga akan dapat ilmu yang sangat penting untuk keselamatan diri.
![]() |
| Sumber poster : Facebook rasmi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
Yang suka cabaran pula, awak boleh join Treasure Hunt Mencari & Menyelamat 2026—rasa macam masuk misi khas, cari petunjuk, selamatkan “mangsa”, memang best! Yang paling menarik adalah hadiah-hadiah yang sememangnya gah, mana tau awak dapat barangan elektrik, kan, dan awak jangan risau, kita cari pemenang sampai ke -30... Jadi jangan lepaskan peluang keemasan nie..
![]() |
| Sumber poster : Facebook rasmi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia |
" First In, Last Out "





.png)
Menarik acaranya. Wah ada anggota bomba ajar berenang.
ReplyDeleteWah, seronok ya karnival hari bomba sedunia. Siap ada program belajar berenang dan treasure hunt lagi. Rugi kalau tak pergi bawak famili, mana tahu boleh menang peti ais
ReplyDeleteBanyaknya program. Mesti jem nanti ni kawasan Angsana 😅
ReplyDeletebanyak jugak aktiviti tu. masa belajar di PG dulu selalu la pi Plaza Angsana ni.
ReplyDelete