Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Wednesday, April 21, 2021



Assalamualaikum wbt...
Awak tau tak, esok akan dijalankan satu program Jom Membaca Bersama 10 minit akan dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia. Program ini akan berlangsung selama 10 minit tepat pada jam 11.00 pagi sehingga 11.10 pagi.

Pengenalan Program

Kempen Membaca telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1995 melalui sambutan Bulan Membaca Kebangsaan dengan slogan “Mari Membaca Bersama”. Perpustakaan Negara Malaysia selaku Urus Setia Gerakan Membaca Kebangsaan telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan keilmuan di seluruh negara sepanjang bulan Ogos yang berlangsung sehingga tahun 2000. Kempen Membaca ini telah diubah kemudiannya pada bulan Julai dari tahun 2001 hingga 2005 bagi mengelakkan pertindihan dengan sambutan bulan kemerdekaan.

Mulai tahun 2006 di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya. Slogan Kempen Membaca “Bangsa Membaca Bangsa Berjaya” mula digunakan secara meluas di seluruh negara sehingga ke hari ini.

Bermula pada tahun 2018 sehingga 2020 Kempen Membaca Kebangsaan dimantapkan lagi melalui pemerkasaan persekitaran asas galakan membaca dan ketersediaan mental rakyat secara agresif, kreatif dan inklusif sebagai asas kukuh bagi merealisasikan pelaksanaan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2021-2030. Dengan slogan #MalaysiaMembaca, DMK bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membaca menjelang tahun 2030 dan melahirkan masyarakat berilmu bertaraf dunia dan akhirnya dapat meningkatkan peratusan rakyat yang membaca.

Bagi mencapai hasrat ini, pelbagai program galakan membaca dilaksanakan di seluruh negara meliputi pelbagai kumpulan sasar antaranya:

1. KOMUNITI DAN INSTITUSI KELUARGA
  • Perpustakaan Keluarga / Sudut Membaca di rumah (‘1 Keluarga, 1 Perpustakaan’)
  • Sudut Bacaan di Kawasan Kejiranan Rukun Tetangga
  • Perkhidmatan Perpustakaan Pintu ke Pintu
  • Apresiasi Kesusasteraan
  • Kelas Literasi Dewasa
  • Sejarah Tempatan
  • Library In the Box
  • Makerspace
  • Sukarelawan Sahabat Perpustakaan / Rakan Buku
  • Program Semarak Jawi Tulisan Jawi – Klinik Jawi dan Kaligrafi Jawi (Cina, Jawi dan India)

2. BAYI & PRASEKOLAH
  • Program “Reading Seeds“
  • Sesi Bercerita (Storytelling)
  • “Read Aloud”
  • Sudut Membaca Taska / Tabika

3. SEKOLAH RENDAH & MENENGAH
  • Program Literasi Media dan Maklumat
  • Program Bacaan Kegemaran Saya
  • Kem Tulisan Jawi

4. BELIA
  • Program Literasi Media dan Maklumat
  • Program Bacaan Kegemaran saya
  • Forum Belia
  • Kem Belia Membaca
  • Karnival Generasi Muda Membaca
  • Kem Tulisan Jawi

5. PENJAWAT AWAM
  • Jom Baca Bersama 10 Minit
  • WORLD #QuranHour
  • Perkhidmatan Perpustakaan Meja ke Meja
  • Program Literasi Media dan Maklumat
  • Explorasi Digital
  • Sudut Bacaan@Lanai Baca
  • Bual Bicara dan Ulasan Buku
  • Program Bacaan Kegemaran Saya
  • Pinjaman Berkelompok (dari PNM)
  • Hari Terbuka Perpustakaan
  • Anugerah (Peminjam Terbanyak & Pengguna Aktif)
  • Penyusunan Karya Ilmiah
  • Mengarang Karya dalam Buletin
  • Membaca dan Ulasan Buku sebagai SKT
  • Ikon Membaca Penjawat Awam

6. GOLONGAN BERKEPERLUAN KHAS
  • Bacalah Kamu Masih Di Hati (Penghuni Penjara)
  • Bacalah Kamu Sinar Hidupku (OKU Penglihatan)
  • Sudut Bacaan OKU
  • Aktiviti Bersama-sama Warga Emas
  • Aktiviti Bersama-sama Anak Yatim
  • Pusat Aktiviti Warga Emas
  • Program Bersama-sama Ibu Tunggal

7. INDUSTRI PERBUKUAN
  • Anugerah Penerbit
  • Anugerah Penulis Muda
  • Anugerah Pembaca Terbaik Peringkat Negeri & Kebangsaan
  • Peruntukan Dana Penulis (Pembelian Terus dan Mengikut Bidang)
  • Projek Terjemahan Buku Karya Tersohor oleh Penterjemah
  • Perhimpunan Penulis
  • Insentif Khas dari Segi Pengecualian Cukai kepada Pengeluar Buku
  • Bengkel Penulis & Pelukis Muda
  • Pesta Buku (Negeri)
  • Jom semarakkan budaya membaca dengan menyertai 'Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2021'
*Sumber daripada laman web Perpustakaan Negara Malaysia

Awak juga boleh menonton siaran langsung program ini menerusi saluran PNM TV Channel di https://youtube.com/user/pnmytube. Jangan lupa subcribe tau channel nie!

So, Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, JBPM pun akan mengadakan program ini, dan kami buat program ini secara dalam talian... Ianya dibuka kepada semua kakitangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia di seluruh negara.. 



Cantik tak banner kami...? hihihi

So, jom kita sama-sama memeriahkan program ini dan sesuai dengan slogan pada tahun ini, membaca adalah satu terapi.. Tak lama pun, hanya 10 minit jea masa yang perlu diambil untuk sertai program ini.. 



#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



4 comments

  1. Baru akak tahu ada Program Baca Untuk 10 minit.

    ReplyDelete
  2. Saya juga dijemput mewakili jabatan ke program ini di perpustakaan negeri Melaka minggu lalu.

    ReplyDelete
  3. Kami buat secara digital sahaja.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Ada juga rupanya program mcm nie huhu

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧