Madinah tersenarai sebagai bandar paling sihat di dunia

Friday, February 05, 2021


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, tempat idaman semua umat Islam, Madinah telah mendapat pengiktirafan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai antara bandar paling sihat di dunia.

Menurut laporan daripada Arab News, bandar suci ini menerima pengiktirafan selepas dikunjungi oleh pasukan WHO yang memenuhi semua piawaian global untuk menjadi bandar paling sihat. Bandar ini juga menjadi bandar pertama yang mempunyai penduduk seramai lebih dua juta orang untuk diiktiraf di bawah organisasi program bandar sihat.

Bagi penyediaan akreditasi WHO, sebanyak 22 kerajaan, komuniti, badan kebajikan dan agensi sukarelawan turut membantu merealisasikan pengiktirafan ini. 

Madinah turut melakukan program integrasi dengan rakan strategik, Universiti Taibah bagi merekod keperluan kerajaan terhadap platform elektronik bagi ulasan organisasi.  WHO turut mengesyorkan universiti itu membekalkan latihan kepada agensi bandar negara lain yang berminat untuk mengambil bahagian dalam program bandar sihat. Kriteria yang diperlukan untuk program ini termasuklah memenuhi matlamat yang ditetapkan Program Strategi Madinah dan pelancaran program Bandar Kemanusiaan.

Mengikut spesifikasi WHO, bandar sihat adalah merujuk kepada bandar yang berterusan meningkatkan aktiviti sosial alam sekitar dan fizikal yang membolehkan orang ramai memberi sokongan antara satu sama lain dalam melaksanakan semua aktiviti kehidupan dan membangunkan potensi ke tahap maksimum.

Alhamdulillah...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



3 comments

  1. Moga kita semua direzekikan Allah untuk ke sana satu hari nanti. :)

    ReplyDelete
  2. Harap kita pun akan ikut jejak langkah Madinah. Insya Allah.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧