Khasiat terung untuk kesihatan

Sunday, September 23, 2018

Related image


Assalamualaikum wbt..
Sapa yang kat sini suka makan terung..? Masakan terung yang camne yang awak suka..? Bakar ke..? Masak sambal ke..? Ataupun awak buat ulam..? Terung nie adalah satu sayuran yang amat kaya dengan pelbagai vitamin dan bahan mineral.. Tapi awak tau tak, sebenarnya khasiat terung nie bukan saja ada pada buahnya, tapi jugak daripada tangkai hinggalah ke akarnya ada khasiatnya tersendiri.. 

Selain memberikan bekalan vitamin C, vitamin B dan bahan mineral pada kesihatan kita, buah terung nie dikatakan boleh jadi penawar jika kita termakan cendawan beracun dengan makan terung nie.. Daun terung pula awak boleh gunakan untuk merawat dan membantu memulihkan penyakit seperti diabetes, asma, kolera, bronkitis, sakit ketika membuang air kecil dan menurunkan tahap kolesterol dalam darah dengan cara merebus dan dijadikan teh..

Untuk akar dan tangkai buah terung pun ada khasiatnya tersendiri, dikatakan dapat membantu menghentikan pendarahan, masalah bengkak telinga dan sakit gigi... Caranya akar ataupun tangkai buah terung tue awak boleh rebus dan minum airnya untuk merawat kencing berdarah dan pendarahan usus.. Untuk pendarahan hidung pulak, awak boleh buat cara nie, tumbuk lumat akar buah terung dan kemudian sumbatkan ke dalam hidung untuk menghentikan pendarahan, tapi janganlah sumbat terlalu dalam pulak yea.. Untuk masalah bengkak telinga dan sakit gigi pulak, cara alami yang boleh awak buat adalah, tumbuk akar dan diperah airnya sebelum dititikkan ke dalam telinga ataupun disapu pada gigi.. 

So, camne.? Banyak kan khasiat buah terung nie kan, bukan saja sedap malah dapat merawat pelbagai penyakit...

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu

10 comments

  1. lama dah tak makan terung..hehe..terung rabia suka terung goreng.

    ReplyDelete
  2. Kak Sha suka makan terung masak sambal.. pergh.. sedap..

    ReplyDelete
  3. banyak khasiat terung ni rupanya.
    Goreng masak sambal sedap.

    ReplyDelete
  4. syaza suka terung tu buat sambal.. sedap.. tq akak atas perkongsiannya ^^

    ReplyDelete
  5. Suka terung sambal. Tak pun pajeri terung. Sedapnya. Tapi terung banyak angin kan?

    ReplyDelete
  6. tak kisah masak apa semua makan sebab fav!

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing this useful information....

    ReplyDelete
  8. sya suka makan sambal terung bilis tak pun terung goreng tepung :)

    ReplyDelete
  9. aida suka terung!
    kerap sgt masak terung.
    anak2 pun layan jer bila aida masak. alhamdulillah...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧