Hebahan kemasyarakatan..

Wednesday, July 04, 2018


Assalamualaikum wbt..
Wah, dah lama betul rasanya saya tak kemas-kemas jurnal nie, dah berhabuk kot.. hihi maaflah sebab lama tak bagi informasi kat awak suma.. Ini kerana kerja hakiki saya tak mengizinkan saya untuk bermesra-mesra dengan jurnal nie.. 

Oleh kerana unit kami telah menaik taraf sistem library, jadi kesemua buku yang berada dalam library, iaitu hampir 9000 pelbagai koleksi buku dan bahan bacaan lain, perlu dikemaskini dalam sistem tue.. Jadi dengan sebab tuelah saya tak dapat nak kemas-kemas untuk buang habuk dalam jurnal nie.. Apapun saya nak ucapkan terima kasih pada awak yang tak putus-putus untuk memberikan saya semangat dalam dunia blogging nie.. 

Hahahaha dah lari tajuk sebenarnya nie.. Saya nak buat hebahan masyarakat.. Setiap tahun, anggota bomba akan meraikan Hari Anggota Bomba Sedunia pada setiap bulan Mei. Tapi oleh disebabkan tahun nie kita sambut bulan Ramadhan sekaligus menyambut bulan Syawal, maka hari yang bersejarah tue terpaksa ditangguhkan dan pada 14 Julai ini nanti, akan diadakan Hari Anggota Bomba Sedunia.. Kali nie kami berkampung di Negeri Sembilan pulak, tahun lepas kami berkampung di negeri Perak.. 

So, pada awak-awak yang berada di Negeri Sembilan dan kawasan sekitarnya, bolehlah datang beramai-ramai untuk melihat pelbagai aktiviti menarik mengenai bomba, nak berkenalan dengan akak dan abang bomba pun boleh, hihihihi... Manalah tau kot-kot boleh jumpa dengan abang bomba yang tengah femes sekarang iaitu Syafiq Farhain.. 


3 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧