Review : Haunted Office (2002)

Monday, May 21, 2018



Assalamualaikum wbt...
Dah lama rasanya saya tak buat review filem.. Okey, kali nie saya nak beralih angin kejap, kita ke Hong Kong.. Sebenarnya filem nie filem lama iaitu pada tahun 2002 tapi mungkin ada di antaranya yang masih belum tonton lagi.. Tajuk filem nie adalah 'Haunted Office' dan filem nie ada tiga cerita utama yang berlaku di dalam bangunan yang sama..


https://www.shikinrazali.com

Kisah pertama adalah Pat (lakonan Karen Mok), seorang pelabur yang baru saja bertukar tempat kerja. Sewaktu dia sedang menunggu untuk masuk kerja, dia mendengar cerita daripada beberapa orang wanita yang sedang minum pagi. Mereka bersembang pasal bangunan yang mereka duduki ini amat menakutkan sekali, kerana setiap bulan Julai, pasti ada 9 orang yang akan mati dalam pelbagai situasi.. Kemudian Pat terus naik lif untuk ke tempat kerjanya dan di situ dia bertemu seorang wanita misteri yang berambut putih, malah baju yang dipakainya pun putih, menangis teresak-esak sambil meminta maaf kepada Pat. Pat yang tak mengerti apa yang berlaku, terus berlalu ke ofisnya dan dia bercerita pada rakan ofisnya. Menurut kata rakan Pat, bangunan ini sememangnya menyeramkan dan pada mulanya Pat tak mempercayainya hinggalah satu ketika dia nak ke tandas, dia bertemu dengan seorang wanita misteri yang tergelak sorang-sorang di penghujung bilik tandas. Pada mulanya Pat tak hiraukan sangat dengan wanita itu walaupun dia perasan yang kaki wanita itu terjinjit sedikit, seolah-olah ianya tak jejak tanah. Sekembalinya Pat di dalam ofis, tetiba aras dia bekerja kecoh dengan jeritan seorang wanita meminta tolong. Bila Pat pergi ke arah jeritan wanita itu, dia terpaku kerana wanita misteri yang ditemui di dalam tandas, menggantung diri dan pada dinding tertulis perkataan no. 1 dalam bahasa Cina. 

https://www.shikinrazali.com

https://www.shikinrazali.com

https://www.shikinrazali.com

https://www.shikinrazali..com

https://www.shikinrazali.com



Ini telah menyebabkan Pat ketakutan dan ketakutannya kian kuat takala rakan ofisnya yang bernama Karen pulak ditemui mati. Kisah Karen hampir sama dengan wanita misteri yang ditemui oleh Pat, iaitu gelak sorang-sorang kat penghujung bilik tandas. Akhirnya Karen mati akibat terhantuk kepala pada mesin fotostat dan sekali lagi pada dinding tertulis perkataan no. 2 dalam bentuk tulisan Cina. Yang paling tragis, Pat jugak menjadi mangsa korban yang ke-lapan dengan terjun bangunan sambil tersenyum. 

https://www.shikinrazali.com


Kisah kedua pulak adalah seorang lelaki yang bernama Richard (lakonan Jordan Chan), seorang bos syarikat peminjam wang yang sombong, angkuh dan pemalas untuk bekerja kerana baginya bos tak perlu bekerja dengan kuat..Dia mempunyai lima orang pekerja yang bernama Ching Wong, Madam Mary Ho, Fong Chan, Lulu Ko dan Man Ng. Sewaktu Richard pegi bercuti Koh Samui, kesemua lima pekerjanya mati dalam kemalangan jalanraya tapi mereka menjelma kembali dan bekerja seperti biasa. Richard yang pada mulanya tak tahu kesemua pekerja mati, akhirnya dia mendapat tahu kematian mereka, itupun setelah rakan Richard memberi keratan akhbar tentang kemalangan yang melibatkan pekerjanya melalui emel. Apabila Richard sedar yang pekerjanya mati, dia cuba untuk meminta pertolongan daripada seorang tabib penghalau hantu. 

https://www.shikinrazali.com

https://www.shikinrazali.com


Menurut kata tabib tue, roh pekerjanya takkan beredar daripada ofis sehinggalah mereka dapat apa yang mereka hajatkan, iaitu mereka mahu Richard menjadi seorang yang kuat bekerja dan bersopan santun. Setelah Richard berjanji akan berubah sikap, barulah kesemua pekerjanya kembali ke alam roh. 

https://www.shikinrazali.com


Kisah ketiga adalah seorang lelaki yang bernama Ken (lakonan Stephen Fung), designer mainan yang baru saja mendapat kerja di bangunan itu. Di awal cerita nie, Ken berkejar untuk pegi ke lif dan di situ dia bertemu dengan seorang wanita misteri yang berpakaian serta berambut putih, iaitu wanita yang sama ditemui oleh Pat.. Kemudian muncul pulak seorang wanita misteri yang berpakaian merah, lalu berdiri di sebelah Ken. Kemudian, dua pintu lif terbuka secara serentak dan pada mulanya Ken teragak-agak untuk membuat keputusan untuk menaiki lif, kerana lif pertama dinaiki oleh wanita berpakaian putih, dan lif satu lagi dinaiki oleh wanita berpakaian merah. Akhirnya Ken memilih untuk menaiki lif yang sama dengan wanita berpakaian merah yang bernama Shan (lakonan Shu Qi). Ken dan Shan menjadi rapat, satu hari Shan berkata pada Ken yang dia seorang wanita yang boleh nampak hantu dan hantu itu sedang memburu Shan untuk dijadikan korban bangunan itu. 

https://www.shikinrazali.com

https://www.shikinrazali.com

https://www.shikinrazali.com


Ken pada mulanya hendak menolong Shan tapi akhirnya Ken menjadi korban yang ke-sembilan kerana Shan sebenarnya adalah hantu. Wanita misteri yang berpakaian putih sebenarnya manusia biasa yang mempunyai penyakit genetik Albinisme serta mempunyai kebolehan nampak hantu. Wanita itu bercerita yang Shan sebenarnya dah lama meninggal dunia dan dia kembali pada bulan Julai setiap tahun untuk mencari mangsa korban, dan kini Ken telah melengkapkan senarai korban.. Di akhir cerita nie, roh Ken pulak menjelma untuk mencari mangsa korban. 


Overall, memang best filem nie apatah lagi saya memang minat dengan genre seram.. 

10 comments

  1. okay, nnti nak cari & tgok citer ni... saya mmg peminat citer2 seram

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  2. huiihh. tk layan ni. ahhaa. mau takot nk tido

    ReplyDelete
  3. pelakon dia best, dulu kalau tgk drama hong kong mesti muka ni je selalu muncul.

    ReplyDelete
  4. tengok poster dah seram 😂👻👻

    ReplyDelete
  5. Ada tertengok rasanya filem ini.. Memang kesianlah dekat ken tu..

    ReplyDelete
  6. baca review akak tak payah dah tengok movie haha pengajarannya dont judge a book by its cover. Sangkanya hantu rupanya manusia albino. Kalau dia ikut perempuan rambut putih mesti dia selamat dah

    ReplyDelete
  7. waaaa.. mcm best jer cerita ni..

    ReplyDelete
  8. aida mcm pernah tgk.familiar tajuk nyer,shikin.
    aida pun suka filem hantu gini.
    tgk dgn anak2, dok rapat2 :) seronok!

    ReplyDelete
  9. seram lak cite..dah semuanya mati...ish3

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧