Doa di hari Khamis..

Thursday, December 31, 2015

Assalamualaikum wbt..

Semoga ALLAH swt hari ini beri kita kekuatan memelihara agamaNya dan menyebarkannya dan tidak jadikan kita sebagai penentang dan meruntuhkan agamanya. Harap harap ALLAH swt jadikan kita asbab agamaNya tertegak dan juga di usahakan kepada muslim yang lain agar mereka juga memelihara dan menegakkan agama. Moga moga kita yang berharta tidak terlampau kedekut atau kikir dalam gunakan harta kita wang ringgit kita dan kediaman kita untuk dijadikan menafaat kepada agama ALLAH swt ini. Harap harap kita tidak tidak berkira dan menangguh dalam perkara agamanya. Ya Rabb ikhlaskan lah kami ya Rabb ku.

Semoga ALLAH swt dorongkan diri kita orang awam sentiasa damping ulama dan ziarahi ulama mohon doa dan keberkatannya agar ulama ulama kita berterusan menyampaikan ilmunya kepada kita dan secara tak langsung.wujud satu amal sebagai waris bagi menafaat kita jua agar dapat kita fahami melalui.kata kata ulama, dan melalui, amal amal istiqmahnya. Moga moga dengan amalan amalan ulama ulama kita penyebab kita dapat amal bersama dan pertanda tertegaknya agama ALLAH swt.


Semoga ALLAH swt pelihara sikap dan adab golongan meskin dan faqir yang memang kebanyakan mereka jauh pada agama disebabkan kedaifan hidup hingga mereka berada di pinggir kekufuran menyalahi takdir mohon agar ALLAH swt beri kita keinginan dan kesungguhan ziarahi mereka bersama hadiah hadiah untuk mereka agar mereka tidak menjual akhirat dengan dunianya dan tidak jadikan akhirat sebagai sandaran perutnya. Moga moga orang orang yang bodoh tidak takabbur terhadap apa apa yang tidak ia ketahui dan seolah seolah mengetahui dan bijak dalam segala bidang sedangkan dia bukan bidangnya. Kita harap dengan ALLAH swt agar diri kita dan keturunan kita jauh dari golongan yang bodoh ini yang susah nak terima nasihat.

Semoga ALLAH swt maafkan segala perkara keatas kedua ibubapa kita. mertua kita. Keluarga kita.jiran jiran kita. Sanak saudara kita. Sahabat andai dan ummat seluruh alam.

Ya Rabb tanpa segan silu kami. Sentiasa harap kasihMu agar permudahkanlah segala kebelengguan dalam urusan kami dan berkati setiap.sumber rezeki kami melalui rahmatMu.

Aamiin
Aamiin
Aamiin
Aamiin Ya Rabbal Alamin...



Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧