Cerita tentang tomato

Tuesday, November 25, 2014



Assalamualaikum wbt...
Mungkin ada di kalangan kita yang tak suka tomato dan ada yang suka makan tapi dalam
kuantiti yang sikit, yea tak? Saya salah seorang penggemar tomato yang tegar sehingga saya boleh makan begitu saja, atau lebih sedap dicicah dengan mayonis...Saya pun tak tahu bila saya menyukai tomato tapi apa yang pasti sejak kecik lagi saya suka merembat tomato bila ummie saya masak nasi ayam...Sambil potong sambil makan sampaikan jenuh ummie saya membebel sebab makan tomato saja...hehehe sekarang nie bila dah bekerja semakin ligat saya membeli buah tomato...Member kat opis pun memang tahu saya nie 'hantu' tomato... Awak dah tahu ke khasiat makan tomato nie? Jom sama-sama kita baca...


1. Pengawalan Berat Badan

Tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol menjadikan ianya berkhasiat untuk dimakan. Ia turut mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut. Tambahkan tomato dalam menu harian. Tingkatkan kreativiti dengan masak menu berlainan agar tidak bosan. Jika anda sedang dalam pelan menguruskan badan, ambil tomato sebagai snack jika terasa lapar.

 
2. Membantu Masalah Susah Tidur
Tomato mengandungi sumber nutrisi lycopene yang kebiasaanya hanya terdapat di sayuran atau buah-buahan berwarna merah. Kajian menunjukkan lycopene mempunyai banyak khasiat antaranya membantu kepada masalah tidur. Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia, cuba hidangan seperti salad atau sup tomato untuk makan malam.

 
3. Mengurang Kerosakan Kulit
Selain diketahui sebagai ejen mencantikkan kulit, sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. Sebuah kajian membuktikan bahawa dengan memakan sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%.

 
4. Membantu Penglihatan Mata
Kebiasannya lobak sering dikaitkan dengan kesihatan mata, tetapi tahukah anda bahawa tomato juga turut mempunyai khasiat yang sama? Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degeneration yang menyebabkan kesukaran untuk melihat.

 
5. Merawat Batu Karang
Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.


Well, camne? Saya rasa yang paling ketara berlaku dengan diri saya adalah perkara nombor 3, takyah nak pakai botox bagai tue, just makan tomato saja, Insha Allah, masalah kulit dapat diselesaikan....


Jaa mata nee.... 


1 comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧