Diari harian

Sunday, December 25, 2011


Assalamualaikum... Hari ini adalah hari kelepasan am dan umum iaitu cuti krismas jadi di kesempatan ini, aku hendak mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada rakan-rakan yang beragama Kristian... Hari ini dan esok kami semua akan bercuti, kerana pada kebiasaan di Malaysia, jikalau cuti kelepasan umum jatuh pada hari Ahad, ianya akan digantikan dengan hari Isnin, tetapi jika hari kelepasan umum jatuh pada hari Sabtu, ianya tidak akan berganti... Berbeza pula dengan negeri pantai timur seperti Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis, jika cuti kelepasan umum jatuh pada hari Jumaat, maka tidak ada cuti gantian pada hari esok, manakala jika cuti kelepasan umum jatuh pada hari Sabtu, maka cuti gantian akan diberi pada keesokan harinya.... Ini adalah kerana hari Jumaat adalah hari kelepasan am bagi negeri pantai Timur dan negeri-negeri lain mengambil hari Ahad sebagai hari kelepasan am.... hmmm... Biasanya cuti sebegini ke mana arahnya kamu semua? Aku pula terpaksa mencuci pakaian pad hari ini kerana semalam hujan turun dari pagi sampai ke petang tanpa berhenti... Nasib baik hari ini cuaca agak cerah dan aku dapat mencuci semua pakaian aku dan hubby, kalau tidak jenuh juga hendak mencuci dan menjemur di dalam rumah, maklum sahaja, rumah tidak begitu besar dan di laman belakang rumah aku tidak mempunyai bumbung... 

Alamak, aku rasa kedengaran bunyi guruh dan aku perlu menutup komputer ini.. Insya Allah kita akan berjumpa lagi....Salam sayang buat semua...Selamat malam dan have a sweet dreams....

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧