Diari harian

Tuesday, October 25, 2011



Assalamualaikum,
Sudah dua hari aku tidak mengemaskini blog, semalam aku sibuk dengan kerja-kerja mengkatalog buku dan kelmarin aku tidak dapat membuka talian internet di rumah kerana Celcom membuat kemaskini perkhidmatan... Tiba-tiba aku teringat pada seorang sahabat aku yang berada di Pasir Gudang, Johor... Aku telah kehilangan khabar berita daripada dia dan aku harap agar dia akan sentiasa sihat dan ceria... Aku tidak tahu sama ada dia masih hidup ataupun telah meninggal dunia, walau apapun aku berdoa tentang kesejahteraan dia di samping keluarga tersayang... Minggu ini hujan akan turun dengan lebat di waktu petang... Jadi cuaca agak sejuk sedikit di sebelah petang jika dibandingkan pada waktu pagi... Pagi tadi aku menerima berita sedih dari boss... Kereta hubby boss aku kena curi pada pukul 4.30 pagi tadi... Kasihan pada keluarga boss kerana terpaksa menanggung beban sedih ini... Apapun aku ucap takziah pada keluarga boss aku, semoga mereka akan tabah menghadapi segala dugaan ini... Okey, setakat ini dulu coretan aku.. Sebelum terlupa, aku ingin berpesan pada kawan-kawan agar sentiasa ceria walau apapun situasi anda kerana hanya keceriaan akan meredakan kesakitan dalam diri kita ini... Tata...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧