Diari harian

Saturday, August 27, 2011


Al-Hamdulillah, akhirnya kami selamat sampai di kampung kelahiran aku, Kuala Terengganu... Kami bertolak dari rumah pada pukul 6.30 pagi tadi dan kami sampai di kampung halaman pada pukul 3.30 petang... Pagi tadi berlaku kejadian yang agak menyedihkan iaitu kucing aku bernama Panjang telah tersepit di kotak perkakasan hubby... Gerak hati aku untuk melihat kucing aku telah menyelamat kucing dari terseksa... Aku pun tidak pasti bagaimana kucing aku boleh tersepit di bahagian kotak itu, adik perempuan aku bercerita yang dia memang terdengar seakan bunyi kucing menangis dan bunyi kucing bergaduh...Nasib baik aku tidak menelefon pihak bomba untuk menyelamatkan kucing aku... huhuhu... Kesian pada Panjang kerana telah terperangkap selama 5 jam di celah kotak perkakasan hubby sampai Panjang menangis bercampur dengan air kencing dia... Kata hubby dia jatuh terlentang dengan kepalanya di bawah dan kakinya di atas... huhuhu... Setelah itu Panjang telah dapat diselamatkan dan aku keberatan untuk meninggalkan kucing aku... Tetapi hendak buat macam mana, aku perlu pulang ke kampung untuk menyambut bulan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.... Pada hari ini, kami sempat membuka puasa di rumah kesayangan aku.... Setelah itu ummie memberitahu aku dan hubby tidak perlu pergi solat terawih kerana ummie nampak kami kepenatan setelah seharian membawa kereta walhal aku tidak memandu bergantian dengan hubby semasa pulang ke kampung... hehehehe sepatutnya kami bergilir memandu kenderaan tetapi hubby kata dia boleh memandu sampai ke Terengganu jadi aku tidak menjadi sukarelawan untuk memandu... Kami berhenti rehat di beberapa perhentian R&R bagi menghilangkan rasa keletihan dan ada sekali hubby berhenti untuk melelapkan mata sekejap di perhentian R&R... Pengalaman semasa balik kampung? Jalanraya tidak begitu sesak melainkan jalan menuju ke Tol Gombak dan Tol Karak... Selain itu, jalanraya untuk menghala ke Pahang dan Terengganu tidak begitu sesak... Jalan menghala ke Gua Musang agak sesak kerana itulah satu-satunya jalan menuju ke Kelantan... Kami melalui jalan ke Jabor dan tidak menghala ke jalan pantai kerana melalui jalan Jabor amat dekat dengan kampung aku jika dibandingkan dengan jalan pantai.... Akhirnya sampai juga ke kampung halaman aku.... WELCOME HOME!!!



1 comment

  1. Nasib baik berjalan lancar perjalanan ke Terengganu.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧