Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Rindu dan kasih yang kekal

Tuesday, November 18, 2025


Assalamualaikum wbt..
Hari demi hari berlalu, namun kenangan bersama arwah adik tetap segar dalam ingatan. Kini, saya semakin faham bahawa yang paling terkesan dengan pemergiannya adalah ummie saya. Arwah bukan sekadar seorang anak, tetapi juga merupakan tulang belakang dalam kehidupan ummie. Sebagai seorang yang hidup  membujang, arwah dengan rela hati mengalas tanggungjawab untuk menjaga ummie,  dan akan bergilir dengan kami adik-beradik yang lain. Dalam diam, arwah menjadi penguat semangat ummie, menjadi peneman setia di kala sepi.Kehilangan arwah ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam di hati kami semua. 

Tiada siapa menyangka, apatah lagi tiada tanda-tanda yang menunjukkan arwah akan pergi meninggalkan kami. Malah, sehari sebelum kejadian malang itu berlaku, ummie berkata arwah kelihatan seperti biasa. Tiada tingkah laku ganjil, malah tiada kata-kata yang mencurigakan daripada arwah. Semuanya berlaku begitu tiba-tiba, bagaikan mimpi yang masih sukar untuk kami terima. Arwah seorang yang penyayang dan mudah didekati. Setiap kali pulang dari kerja, arwah tidak pernah lupa untuk duduk bersama ummie atau kami adik-beradik, bercerita tentang hari-harinya, berkongsi pengalaman, sambil mengisi ruang rumah dengan gelak tawa. Sifatnya yang ringan tulang membuatkan kami semua selesa meminta pertolongannya — apa saja diminta, tidak pernah sekali pun arwah menolak kecuali bila arwah terlalu sibuk dengan tugasan kerja atau tidak sihat...

Jika ada rancangan untuk keluar bersama, arwahlah orang pertama yang sedia mengikut. Arwah juga sangat sukakan aktiviti keluarga. Antara kenangan paling indah ialah apabila kami semua berkumpul dan mengadakan BBQ. Jika ada masa terluang, atau semasa hari raya, arwahlah yang paling bersemangat menyediakan arang, mengipas api, dan memastikan semua orang menikmati suasana riang itu. Senyumannya ketika bersama keluarga menjadi memori paling manis yang akan terus kami simpan.

Arwah juga saya sifatkan seorang anak yang begitu taat pada ummie. Tidak pernah sekalipun arwah menolak permintaan jika ummie ingin ke mana-mana. Masakan ummie, walau sesederhana apa pun, arwah sentiasa terima dengan penuh syukur. Bahkan, tidak pernah keluar daripada bibirnya perkataan "tidak" setiap kali ummie meminta pertolongan. Saya rasa bersyukur kerana sepanjang hayatnya, arwah benar-benar menjadi anak yang taat dan patuh kepada ummie. 

Kini, giliran kami adik-beradik yang lain untuk menyambung amanah itu — menjaga ummie hingga ke akhir hayatnya. Setiap kali mengingatkan wajah arwah yang sentiasa tersenyum, hati terasa sebak. Rutin ummie yang dahulu berteman kini berubah menjadi sepi. Kami adik-beradik cuba mengisi kekosongan itu, namun kami tahu tiada siapa dapat menggantikan kasih dan kehadiran arwah di sisi ummie. Pemergian arwah mengajar kami bahawa hidup ini penuh rahsia, dan kehilangan boleh datang bila-bila masa tanpa amaran. Hanya doa yang mampu kami kirimkan.

“Ya Allah, tempatkanlah arwah adik kami dalam kalangan hamba-Mu yang beriman. Luaskanlah kuburnya, limpahkanlah rahmat-Mu, dan jadikanlah dia tenang di sisi-Mu. Kurniakanlah juga kekuatan dan ketabahan kepada ummie serta kami sekeluarga untuk terus redha menerima takdir-Mu.”

LUAHAN JURNAL = CATATAN 24 JULAI 2025 - KENANGAN TERAKHIR

LUAHAN JURNAL = HADIAH TERAKHIR YANG ABADI DALAM INGATAN

LUAHAN JURNAL = MONOLOG HATI BUAT ARWAH ADIK TERSAYANG

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Monolog hati buat arwah adik tersayang


Assalamualaikum wbt...
Saya masih terbayang semasa kami lima beradik berkumpul. Dari kecil lagi, kami berenam termasuk ummie sentiasa makan bersama-sama, dan tradisi itu terus kekal hinggalah masing-masing sudah berumah tangga. Tidak kira waktu makan pagi, tengah hari ataupun malam, kami akan duduk mengelilingi meja, menikmati makanan sambil bersembang. Kadang kala cerita kami meleret hingga lupa pada masa, sampailah ummie terpaksa menegur kami supaya cepat solat atau mandi. Di bahagian dapur rumah itulah saksi betapa rapatnya hubungan kami adik-beradik.

Seperti kebanyakan adik beradik yang lain, di waktu kecil ada kalanya kami bergaduh. Namun pertelingkahan itu tidak pernah berpanjangan. Hanya beberapa jam sahaja kami bermasam muka, selebihnya kembali ketawa bersama. Itulah indahnya ikatan kami berlima—seakan tidak mampu berjauhan hati walaupun seketika. Mungkin sebab kami semua selalu bersama, jadi pertelingkahan antara adik beradik memang tak pernah berpanjangan.. 

Setelah kami semua meningkat dewasa, suasana  tetap tidak banyak berubah. Kami tetap mencari ruang untuk makan bersama dan berbual panjang hingga melewati waktu. Walaupun arwah merupakan seorang bujang dengan dunianya sendiri, dia tetap mengutamakan keluarga, tetap mendahulukan kami adik-beradik dan ummie.

Ada satu memori yang selalu menjengah setiap kali saaya menatap bilik ketiga di rumah saya nie. Bilik itu pernah menjadi permintaan arwah. Dia sering menyebut mahu ada privasi jika bertandang ke sini. Salah satu sebab saya membuat renovation rumah adalah semata-mata untuk menunaikan permintaan arwah dan akhirnya saya dapat menunaikan permintaan arwah..  Dan setiap kali arwah datang ke sini bersama ummie dan yang lain, tidak pernah gagal dia mengajak saya untuk berjalan-jalan, kebiasaannya saya hanya menemani mereka shopping ke Nilai 3.. Tetapi detik kecil itulah yang kini menjadi besar dalam kenangan.

Saya selalu bergurau dengan adik-beradik, malah di status WhatsApp pun sering saya tulis: “Inilah dua bodyguard saya dunia akhirat.” Mereka inilah tempat saya bersandar, tempat untuk saya merasa selamat. Namun kini, hanya tinggal seorang bodyguard yang masih ada. Rasa kehilangan itu begitu mendalam, seperti sebahagian dari diri saya telah tercabut pergi.

Setiap hari Jumaat, abang arwah yang merupakan adik lelaki kedua tidak pernah lupa untuk menziarahi pusara. Bersama dengan anak-anaknya, mereka akan membaca Surah Yassin dan mendoakan kesejahteraan roh arwah. Saat melihat perkongsian gambar ziarah dalam group Whatsapp, hati saya tersentuh. Saya tahu, abangmya itu menyimpan duka yang sama. Kehilangan itu bukan hanya dirasakan oleh saya, tetapi juga oleh dia dan seluruh keluarga kami..

Kini, saya, ummie, abah, serta adik-beradik yang lain masih berusaha menerima takdir ini dengan hati yang redha. Ada masanya kami kuat, ada masanya air mata tumpah tanpa disedari. Kehilangan seorang insan yang begitu rapat tidak pernah mudah, apatah lagi bila setiap kenangan masih segar di ingatan.

Kenangan waktu kecil bersama arwah sentiasa bermain di fikiran. Walaupun kami adik-beradik sering bergaduh kecil, namun arwah selalu menjadi orang yang cepat mengalah. Dia jenis yang tak suka memanjangkan cerita, cukup sekadar melihat kami kembali ketawa bersama. Kadang-kadang, dialah yang jadi pencetus suasana riuh dalam rumah. Dengan gurauan spontan dan tingkah nakalnya, rumah kami tidak pernah sunyi.

Saya masih ingat, setiap kali cuti sekolah, kami adik-beradik akan berkumpul di dapur, sama-sama membantu ummie menyiapkan makanan dan makan bersama-sama. Tapi sama seperti kebanyakan adik beradik, kadang kala keletah nakal yang ingin terus bermain dan tak mahu makan membuatkan timbul rasa geram... Tapi bila dipanggil ummie, dia akan tersenyum, tunduk dan akur. Kenangan sekecil itu kini terasa besar nilainya, kerana semuanya hanya tinggal dalam ingatan.

Malah, masa kecil dulu, bila kami terlalu leka bermain dan bersembang, ummie selalu menegur supaya segera mandi dan solat. Saat itu, arwah antara yang paling lambat bergerak, membuatkan kami semua ketawa. Gelagatnya sering jadi bahan usikan, tetapi itulah yang membuatkan zaman kecil kami penuh warna.

Kini, setelah arwah tiada, setiap memori lama itu bagaikan harta yang tidak ternilai. Walaupun air mata kadang tumpah saat mengenangnya, saya tetap bersyukur kerana diberi peluang melalui detik-detik indah itu bersama arwah. Semoga kenangan ini menjadi penguat semangat untuk saya dan adik-beradik lain dalam meredakan rasa rindu yang tidak pernah hilang.

"Ya Allah, rahmatilah roh adikku sejak dari kecil hingga ke akhir hayatnya. Ampunilah segala khilafnya, terimalah amalnya, dan tempatkanlah dia di syurga yang abadi. Kurniakanlah kekuatan kepada kami yang masih hidup agar tabah menerima takdir-Mu, serta jadikanlah kenangan indah ini sebagai pengikat hati yang menguatkan kami sekeluarga. Amin Ya Rabbal ‘Alamin."

LUAHAN JURNAL = CATATAN 24 JULAI 2025 -KENANGAN TERAKHIR

LUAHAN JURNAL = HADIAH TERAKHIR YANG ABADI DALAM INGATAN


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Hadiah terakhir yang abadi dalam ingatan


Assalamualaikum wbt...
Hari-hari yang saya lalui sekarang masih terasa asing tanpa kehadiran arwah adik. Kadang-kadang saya masih terbayang apabila saya balik ke kampung tanpa ditemani suami, selalunya saya akan menaiki bas ekspress.. Dan arwahlah yang akan menunggu saya di stesen bas. Wajahnya yang nampak keletihan selepas pulang kerja tetap arwah sembunyikan dengan senyuman, semata-mata kerana mahu menjemput saya. Dari situ, hidup saya mula terasa sedikit sunyi – tiada lagi dia yang menyambut, tiada lagi suara yang menenangkan perjalanan pulang.

Bagi saya arwah bukan sekadar seorang adik. Cara dia melayan saya lebih kepada seorang abang sulung. Ada masanya arwah sanggup mengambil cuti rehat hanya semata-mata untuk membawa saya berjalan-jalan dan menemani saya seolah-olah dunia ini tak pernah sibuk untuknya. Arwah tahu bagaimana caranya untuk membuat saya rasa dijaga, meskipun pada hakikatnya dialah yang lebih muda.

Saya masih boleh dengar tawa kecilnya setiap kali dia mengusik saya. Bila saya merajuk, bukannya dipujuk dengan kata-kata, tapi dengan gelak nakalnya yang akhirnya buat saya tersenyum kembali. Dan bila kakinya sakit selepas banyak berjalan, dia tak perlu bercakap apa-apa – cukup hulurkan kakinya kepada saya kerana dia tahu, dengan urutan saya, sakitnya akan reda. Itu bahasa tanpa suara antara kami, satu keakraban yang hanya kami berdua faham.

Kenangan yang manis adalah bila tibanya musim mencandat sotong. Arwah yang sememangnya seorang yang suka memancing di tengah lautan Laut China Selatan dan bila arwah mempunyai masa yang terluang, arwah pasti akan turun ke laut untuk menangkap hasil lautan segar, jadi ummie kami yang berada di kampung takkan putus-putus untuk menerima bekalan ikan segar dari laut kerana pasti akan ada hasil tangkapan yang arwah bawa balik... Bila musim mencandat sotong tiba, boleh dikatakan hampir setiap minggu arwah turun ke laut untuk mencandat, dan sudah pastinya ada bekas sotong segar untuk dibawa balik. Jika saya mengambil cuti balik kampung, pastinya saya akan dapat makan sotong segar. Tapi kalau tiada hasil tangkapan, arwah tetap mahu gembirakan kami. Arwah selalunya akan ajak saya dan ummie pergi ke kedai untuk makan sotong celup tepung di tepi pantai. Saat-saat sederhana itu kini jadi memori paling berharga, kerana ia penuh dengan kasih sayang yang dia selalu tunjukkan tanpa bersyarat. Gambar tue adalah gambar terakhir arwah serahkan sotong segar kepada saya pada bulan Jun lalu, yang secara kebetulan arwah menghantar ummie ke sini.. Ummie saya sememangnya akan datang ke sini untuk bermalam sama ada di rumah saya atau di rumah adik-adik perempuan yang tinggal di Hulu Langat dan Setiawangsa. 

Dan paling saya takkan lupa tentang sesuatu yang berharga – smartwatch ini. Satu hari semasa arwah mengambil saya di stesen bas, saya bertanya pada arwah dekat mana saya boleh dapatkan smartwatch yang harga mampu milik. Arwah kata dia ada belinya tapi tak pernah pakai...  Bila kami sampai di rumah, arwah terus naik ke biliknya dan kembali turun untuk menyerahkan smartwatch itu kepada saya. Katanya, “Tak payah nak  membazir duit untuk beli jam. Ambik jea yang nie dan pakailah”.. Satu lagi hdiah yang arwah serahkan iaitu sebuah speaker kecil yang menurut kata arwah speaker tue adalah hadiah semasa dia mendaftar line telefon.. Itulah hadiah terakhirnya, yang bukan sekadar jam dan speaker, tapi simbol betapa dalamnya kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya.

Kini, setiap kali saya pandang jam itu, hati saya jadi sebak. Masa seolah-olah berhenti seketika, mengingatkan saya pada detik-detik yang takkan kembali. Saya masih belajar untuk menerima kenyataan, tetapi kehilangan ini terlalu besar untuk saya hadam sepenuhnya.

Ya Allah, tempatkanlah arwah adikku di kalangan hamba-Mu yang soleh. Lapangkanlah kuburnya, terangkanlah dengan cahaya kasih-Mu, ampunilah segala dosa-dosanya, dan terimalah segala amal kebaikannya. Jadikanlah setiap kebaikan yang pernah dia lakukan sebagai pahala yang terus mengalir, dan satukanlah kami semula di syurga-Mu nanti. Aamiin.
LUAHAN JURNAL = CATATAN 24 JULAI 2025 - KENANGAN TERAKHIR

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more
new entries old entries
View mobile version
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    𝑷𝑶𝑫𝑪𝑨𝑺𝑻 𝑴𝑨𝑵𝑼𝑺𝑲𝑹𝑰𝑷 𝑴𝑬𝑳𝑨𝒀𝑼: 𝑲𝑨𝑹𝒀𝑨-𝑲𝑨𝑹𝒀𝑨 𝑯𝑨𝑴𝒁𝑨𝑯 𝑭𝑨𝑵𝑺𝑼𝑹𝑰: 𝑴𝑬𝑵𝒀𝑰𝑵𝑮𝑲𝑨𝑷 𝑷𝑬𝑴𝑰𝑲𝑰𝑹𝑨𝑵 𝑺𝑼𝑭𝑰 𝑨𝑮𝑼𝑵𝑮 𝑵𝑼𝑺𝑨𝑵𝑻𝑨𝑹𝑨 𝑴𝑬𝑳𝑨𝑳𝑼𝑰 𝑲𝑯𝑨𝒁𝑨𝑵𝑨𝑯 𝑴𝑨𝑵𝑼𝑺𝑲𝑹𝑰𝑷 𝑴𝑬𝑳𝑨𝒀𝑼
  • Jom Kita Masak-Masak
    Rojak Buah Stor Versi Terengganu
  • SRLavender's Library
    10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita - Greg Behrendt & Liz Tuccillo
  • Starlavenderluna's Bloglist

My Digital Shop

  • SRLavender Shop

Archive

  • ▼  2026 (36)
    • ▼  September (4)
      • Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke 3 ...
      • SEGMEN REFRESH BLOGLIST SEPTEMBER 2026
      • 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐕𝐢𝐝𝐞𝐨 𝐍𝐚𝐫𝐚𝐭𝐢𝐟...
      • 𝐃𝐈𝐒𝐊𝐔𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 : 𝐄-𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧: 𝐇...
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (14)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (5)
  • ►  2025 (59)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2024 (80)
    • ►  December (6)
    • ►  November (15)
    • ►  October (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (14)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2023 (111)
    • ►  December (14)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (133)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (20)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (268)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (27)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (271)
    • ►  December (59)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist February - July 2026

  • Blog Cik Renex
    Bento Merdeka untuk Program Merdeka Tabika Mikhail
  • ABAM KIE : The Man of The House
    9 Punca Anak Muda Tidak Banyak Simpanan
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: LAST DAY SELAYANG :.
  • Warisan Petani
    Kenangan Sepanjang Hayat
  • Blog Rabia Adawiyah
    Zus coffee
  • Titian Perjalanan
    Hira Cultural District, Mekah
  • aizamia3
    Jaga Jarak. Jaga Emosi. Jaga Periuk Nasi.
  • Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini!
    Cantas Pokok Mulberry Dan Tukar Pasu Baru
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Melawati Mall: 29 Ogos 2026
  • Camdandusler
    Isana Papatya ve Adaçayı Şampuan İncelemesi
  • Manis Strawberi
    Tersilap Buka Kereta Orang
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Tiffin & bekal hari ni
  • Aida Deq Su
    Wordless Wednesday #28
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Coretan Minggu Maulidur Rasul
  • anajingga
    Resepi sotong kicap berempah
  • Syurga Untuk Sofie🖊️
    Open Box Sale by Sofie Adie
  • Yusuf Baradar
    Setiap Orang Tidak Akan Terlepas Daripada Penilaian Dan Kritikan Manusia
  • Drawing the Words
    Styling Tudung zaman dolu dolu
  • KasihkuAmani
    Perginya Tak Kembali
  • ~ Blog Diari Famili Kami ~
    27/12/2025 | Hallstatt, Austria
  • Sii Nurul
    Cadangan Homestay di Melaka?
  • Daily Bliss Journal
    Trip Kerja ke Miri, Sarawak
Show 10 Show All

Top Commentators

© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.