Assalamualaikum wbt..
Rasanya saya belum cerita kat awak lagi kan.. Nak cerita nie, saya kan ada bukak kedai digital yang menjual produk digital seperti planner, kalendar dan macam-macam lagi..
Kini, saya mengambil langkah baharu dengan membuat e-book genre kanak-kanak... Dengan mengambil nasihat daripada bos baru saya yang merupakan seorang cataloguer buku, jadi atas nasihat beliau, maka terhasillah e-book English saya yang pertama..
"Discover the Heartwarming Tale of The Tiger and the Deer!
Looking for a fun and meaningful story for kids aged 7 to 9? Dive into The Tiger and the Deer, a charming e-book that teaches the power of friendship, kindness, and understanding.
Join Max, a mighty tiger with a gentle heart, and Luna, a kind deer with a curious spirit, as they embark on a journey to overcome fears and form an unlikely bond. Through beautiful illustrations and an engaging storyline, young readers will learn that true strength comes from kindness, and even the most unexpected friendships can change the world.
Perfect for bedtime reading or classroom stories, this e-book is filled with valuable lessons about empathy, bravery, and the importance of trusting others."
Harga e-book ini adalah RM12.00 sahaja..
Cara pembeliannya adalah melalui dua cara, iaitu sama ada awak boleh pergi ke akaun Beacon.ai saya atau akaun ToyyibPay.. Tujuan saya buat dua akaun nie adalah dekat akaun Beacon.ai tue, cara bayarannya melalui PayPal ataupun Stripe, manakala untuk akaun ToyyibPay pula menggunakan kaedah FPX Online Banking...
BEACON.AI | https://beacons.ai/shikinrazali
TOYYIBPAY | https://toyyibpay.com/The-Tiger-N-The-Deer
Dan saya ada lagi satu digital store Etsy.com. Kat sini ada banyak produk digital saya yang telah saya senaraikan.. Untuk dua akaun lagi yang di atas nie, saya baru buatkan.. Insha Allah akan ada lagi produk digital lain yang akan menyusul... Kat Etsy.com nie saya sasarkan pembeli daripada luar negara, jadi harga di situ ada yang berlainan sikit daripada dua akaun yang di atas nie sebab dua akaun tue saya sasarkan untuk pasaran dalam negara..
ETSY.COM | https://srlavendershop.etsy.com
Jemputlah singgah di kedai saya yea..
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, hadiah giveaway daripada Mummy Ayu dah sampai...
Terima kasih diucapkan pada Mummy Ayu kerana bagi hadiah yang sangat-sangat kreatif dan comey lotey sangat-sangat...
Sebetulnya saya sendiri dah lupa tentang giveaway nie, maklumlah dah nak hujung tahun nie, banyak perkara kerja yang perlu diselesaikan.. Lepas tue, Mummy Ayu ada tinggalkan komen berserta dengan link cerita dia..
BACA SINI | CONGRATULATION!!! THE WINNER IS...
BACA SINI JUGA | HADIAH... SIAP UTK DIPOS!
Alhamdulillah, saya merupakan antara pemenang giveaway tue.. Tahniah jugak diucapkan pada Cik Cappuccino Latte..
Masa berlalu hinggalah pada hari Sabtu lepas, saya mendapat panggilan daripada abang kurier.. Masa tue agak pelik jugak sebab tertera nama 'Rider TikTok'.. Masa tue saya tanya jugak pada suami ada ke dia beli apa-apa barang kat TikTok... Oh ya..! Nak bagitau rahsia, jangan terperanjat yang suami saya nie memang kaki shopping TikTok yang tegar, ada jea parcel sampai ke rumah, kalah isteri dia nie... hihihi
Okey, berbalik pada cerita tadi, bila saya tanya dia jawab dia takde beli apa-apa barang.. Saya lagi la rasa pelik tapi saya suruh jugak suami keluar untuk tanyakan rider tue.. Ternyata parcel tue ditulis atas nama saya....
Pelik jugak bila tengok nama si pengirim.. Jenuh lah otak nie proses cari folder, siapakah gerangan nama si pengirim... Kemudian... Tingggg.... Barulah teringat akan nama Mummy Ayu... Maafkan kami... maafkan kami sebab terlupa nama awak yea Mummy Ayu...
Apa lagi, masa untuk unboxing parcel...
Wahh.... Ada bungkusan warna pink dengan notanya sekali... Masa tue la baru saya teringat akan giveaway yang lalu...
Inilah hadiahnya...
Cantikkan.. Ada buku nota yang dicetak khas atas nama jurnal saya, lepas tue ada keychain penyu/kura-kura yang dikait cantik ( berseni betul tangan si pembuat nie), lepas tue ada keychain rantai berbentuk Usagi atau dalam bahasa Melayu, arnab (comel) dan ada acylic art berbentuk hati yang begitu comey sekali...
Tadaaa... acylic art nie saya letakkan kat meja kerja saya.. Comey kan...
Terima kasih sekali lagi pada Mummy Ayu kerana beri hadiah yang cukup istimewa ini.. Jangan serik tau buat giveaway pada kami semua nie ya... hihihi
Assalamualaikum wbt..
Subscribe to:
Posts (Atom)





Social Icons