Assalamualaikum wbt...
Okey, tak tau lah sama ada kena dengan tajuk entri nie.. Rasa macam kena kot... Hihihi apalah yang saya merepek nie, kan...
Baru-baru nie, ada persoalan daripada salah sorang daripada rakan kita.. Dia bagi soalan, di mana saya dapatkan semua keratan akhbar tentang sejarah yang berlaku dalam negara kita.. Maksud saya, entri yang nie...
Baca sini : Hari ini dalam sejarah - 17 Ogos 2023
Baca sini juga : Hari ini dalam sejarah - 7 Ogos 2023
Dan ini juga : Hari ini dalam sejarah - 4 Ogos 2023
Okey, untuk menjawab persoalan nie.., mungkin ada yang tak tahu saya bekerja sebagai pembantu pustakawan..
Baca sini : Kerja hakiki sebagai Pembantu Pustakawan
Jadi sebahagian daripada tugasan saya, adalah buat keratan akhbar secara digital.. Memandangkan kisah sejarah itu ada terpampang kat surat khabar, saya dapati ianya agak menarik kerana di zaman yang penuh kemodenan dan kecanggihan, surat khabar dalam bentuk fizikal tidak lagi menjadi pilihan untuk dibaca, sebaliknya baca dalam bentuk digital...
Keratan akhbar itu saya akan update dalam blog library pada setiap minggu.. Kalau awak nak baca, boleh lah singgah kat blog library yang saya telah letakkan kat kolum 'my other blogs'...
Keratan itu mengingatkan kita tentang sejarah yang pernah berlaku dalam negara kita, yang mungkin ada di antara kita yang masih belum dilahirkan lagi.. Oh ya.. Jika awak nak baca keseluruhan kisah yang berlaku dalam negara kita tue, awak boleh hubungi pihak berkenaan (nama serta cara hubungi ada tertera pada keratan tue)...
Harap ianya dapat menjawab persoalan awak...
Assalamualaikum wbt..
Okey, mukadimah cerita, mohon maaf kerana lambat untuk umum nama-nama yang bertuah pada bulan nie.. Macam biasa, kerja hakiki terlalu cemburu pada diri ini.. hihihi
Okey, jom kita tengok carta bulanan...
Hmmm, kali nie tak banyak perubahan pada carta.. Saya nak ucapkan 'Selamat Kembali' kepada Kak Sha Mohamed, Nieyla Nadia, Warisan Petani dan Nurin Irsalina...
Memandangkan setiap nama yang dalam carta nie pernah menjadi pemenang, seperti biasa saya akan buat cabutan undi.. Jom kita tengok video yang saya buatkan khas untuk awak...
ps..ps.. Pada awak yang belum subscribe channel saya, sudi-sudikanlah dan jangan lupa komen.. Nak saya follow channel awak pun boleh, just bagitau saja di dalam komen.. Insha Allah saya akan subscribe..
Okey, jom kita tengok video ini..
Tahniah diucapkan pada yang terpilih.. Harap awak dapat memberikan details awak seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon kepada saya [Pengeposan.wasap.my] untuk tujuan pengeposan hadiah.. Sebab satu lagi saya perlu details adalah mana tau jika awak berpindah alamat...
Seperti kebiasaan, kesemua 10 orang Top Commentator pada bulan ini akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 31 Ogos 2023... Awak pun boleh juga singgah ke blog mereka, kenali mereka dan follow mereka kerana mereka semuanya blogger yang hebat belaka.. Memang tak rugi kenal dengan mereka.. Jom kita singgah...
NA | Sha Mohamed | Mummy Ayu | Sii Nurul | Nieyla Nadia | Cik Nor | Cuya | Warisan Petani| Camdandusler | Nurin Irsalina
Tahniah pada yang bertuah.. Pada yang lain, jangan berputus asa, teruskan komen, mana tau bulan depan nama awak pula yang naik dalam carta bulanan...
Terima kasih daun keladi..
Assalamualaikum wbt...
Okey, bersesuaian dengan bulan kemerdekaan, jom kita baca sejarah terdahulu...
Subscribe to:
Posts (Atom)










Social Icons