Assalamualaikum wbt..
Jom kita tukar-tukar link blog dengan sahabat baru saya nie.. Dia masih lagi baru dalam dunia blog dan sama-sama kita sokong anjuran beliau..
Klik pada banner untuk join..
Best of luck...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Macam biasa, setiap bulan saya akan mengumumkan siapakah yang menduduki carta dalam jurnal saya... Pada nama yang bertuah untuk bulan Mac, April, Mei, Jun dan Julai saya akan himpun dan akan saya pos serentak, okey..!
Apapun, saya nak ucap TAHNIAH kepada 10 orang nama yang bertuah yang menduduki carta bulanan saya... Inilah nama-nama yang berjaya menduduki carta bulanan...
Saya nak ucapkan 'SELAMAT KEMBALI' kepada Kak Sha KasihkuAmani, Kak Azian Khalil dan Cik Nor kerana berjaya menduduki carta ini semula serta senarai di bawah ini adalah nama yang berrtuah untuk menerima sedikit hadiah kecil daripada saya..Jadi pada yang tersenarai kat bawah nie, saya berharap agar awak memberikan details awak kepada saya seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon kepada saya [Pengeposan.wassap.my] untuk tujuan pengeposan hadiah...
Seperti biasa jugak, blog 10 orang yang berjaya menduduki carta bulanan akan dimasukkan di dalam bloglist khas sehingga 31 Julai 2020.. Tahniah diucapkan dan terima kasih banyak-banyak kerana terus menerus sokong jurnal ini...
Pada yang tak berjaya untuk masuk carta saya, jangan bersedih.. Insha Allah mana tau satu hari nanti nama awak pulak yang masuk dalam carta saya.. Insha Allah, kita akan jumpa lagi...
Tahniah sekali lagi pada yang tersenarai...
Assalamualaikum wbt...
Dah lama sebenarnya saya nak buat tuna wrap nie, tapi oleh kerana selalu lupa beli wrap, jadinya memang tak jadi nak buat.. Tapi satu hari tue, tekak nie teringin nak makan wrap dan sememangnya saya memang obses dengan tuna...
So, saya nak berkongsi cara saya buat tuna wrap dengan bahan-bahan yang cukup mudah...
Bahan-bahan
Roti wrap
Hirisan tomato
Beberapa helai daun salad (ikut kesesuaian roti wrap)
Tuna mayonis (saya guna jenama Marina)
Cara penyediaan
Mula-mula susun beberapa helai daun salad di atas roti wrap mengikut kesesuaian saiz wrap tue, kemudian susun beberapa hirisan tomato dan selepas itu, letakkan tuna mayonis di atasnya... Akhir sekali, lipat roti tuna mengikut citarasa sendiri dan senang dimakan... Sedia dimakan..
Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)







Social Icons