Assalamualaikum wbt..
Saya nak berkongsi satu doa pemanis wajah yang dipetik daripada surah Yusuf... Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah Nabi Yusuf.
Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Doa Penyeri, Pemanis dan Pengasih Surah Yusuf
Setelah membaca ayat 4 surah Yusuf, teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.

Caranya:
1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Peringatan
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
3. Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih
wajah surah Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri
yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua, Insha Allah....

Sesungguhnya amal manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya” Jika solatnya baik, maka baik pula seluruh amalnya; dan kalau buruk, maka buruklah seluruh amalnya. Bagaimana mungkin seorang yang beriman mengharapkan kebaikan di akhirat, sedang pada hari kiamat bukunya kosong dari solat Subuh tepat pada masanya?
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya ‘dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya (berjemaah di masjid) sekalipun dengan merangkak" [HR Al-Bukhari dan Muslim]
Solat Subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah rakaatnya, hanya dua rakaat saja. Namun, ia menjadi standard keimanan seseorang dan ujian terhadap kejujuran, kerana waktunya sangat sempit (sampai matahari terbit)
Ada hukuman khusus bagi yang meninggalkan solat Subuh. Rasulullah saw telah menyebutkan hukuman berat bagi yang tidur dan meninggalkan solat wajib, rata-rata punca utama seorang muslim meninggalkan solat Subuh adalah tidur.
“Syaitan melilit leher seorang di antara kamu dengan tiga lilitan ketika dia tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan, ‘Nikmatilah malam yang panjang ini’. Apabila dia bangun lalu mengingat Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila dia berwudhu, lepaslah lilitan yang kedua. Kemudian apabila dia solat, lepaslah lilitan yang ketiga, sehingga ia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia akan terbawa-bawa perlahan dan malas ".
“Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan (waktu Isya ‘dan Subuh) menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat” [HR. Abu Daud, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]
Allah akan memberi cahaya yang sangat terang pada hari kiamat nantinya kepada mereka yang menjaga Solat Subuh berjemaah (bagi kaum lelaki di masjid), cahaya itu ada dimana sahaja, dan tidak mengambilnya ketika melewati Sirath Al-Mustaqim, dan akan tetap bersama mereka sampai mereka masuk syurga, Insya Allah.
“Solat berjemaah (bagi kaum lelaki) lebih utama dari solat salah seorang kamu yang sendirian, berbanding dua puluh tujuh kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat Subuh “. “Kemudian naiklah para Malaikat yang menyertai kamu, pada malam harinya, lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka padahal Dia lebih mengetahui keadaan mereka – ‘Bagaimana hamba-2ku ketika kamu tinggalkan?’ Mereka menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami dapati mereka dalam keadaan solat juga ‘. “[HR Al-Bukhari]
Sedangkan bagi wanita walaupun solat di masjid dibenarkan, solat di rumah adalah lebih baik dan lebih banyak pahalanya, iaitu yang mengerjakan solat Subuh pada saat para lelaki sedang solat di masjid. Ujian yang membezakan antara wanita munafik dan wanita mukminah adalah solat pada permulaan waktu.
“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah. Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan, dan perlindungan Allah sepanjang hari. Barang siapa membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutnya, sehingga Dia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka “[HR Muslim, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]
Banyak permasalahan, yang bila diurut, berpunca dari pelaksanaan solat Subuh yang dipandang ringan. Banyak peristiwa petaka yang terjadi pada kaum penderhaka berlaku di waktu Subuh, yang menandakan berakhirnya dominasi jahiliyah dan munculnya cahaya tauhid. “Sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu Subuh; bukankah Subuh itu sudah dekat?” (Surah Hud: 81)
Rutin harian permulaan bergantung pada pelaksanaan solat Subuh. Seluruh urusan dunia seiring dengan waktu solat, bukan waktu solat yang perlu mengikuti urusan dunia.
“Jika kamu menolong (agama) Allah, maka ia pasti akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad: 7)
“Sungguh Allah akan menolong orang yang menolong agamanya, sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Kuasa,” (Surah Al-Hajj: 40)

Kita kembali lagi dengan tutorial.. Saya pun baru saja mengetahui ilmu nie dan tak salah saya nak kongsikan dengan awak semua..
Okey, kalau awak perasan dengan
segmen
saya yang sedang berlangsung nie, kan.. Dalam syarat saya tue saya ada minta 'Blog ID' .. Apa benda tue..? Okey, 'Blog ID' nie adalah tanda pengenalan pada blog kita, sama macam kad pengenalan setiap blog yang kita hasilkan, dan setiap blog mempunyai nombor ID yang berlainan...
Okey, dah tau kan nak cari kat mana Blog ID tue.. Camne cara pulak nak buat segmen tue..? Senang jea caranya... Awak cuma 'copy' code kat bawah nie...
http://www.Blogger.com/follow-blog.g?blogID=4215647681317899878
p/s : Blog ID di atas adalah ID jurnal saya, apa yang perlu awak buat, cuma tukarkan Blog ID pilihan awak.. Dan contoh Blog ID yang saya buat seperti di bawah :
Dan untuk mengetahui samada awak dah follow blog tersebut ataupun masih belum follow awak akan dapat tau mengenai status tersebut, seperti contoh di bawah..
Hihihi nak promote sikit, jom join segmen saya yang sedang berlangsung nie.. Klik pada banner kat bawah nie yea...
http://www.Blogger.com/follow-blog.g?blogID=4215647681317899878
p/s : Blog ID di atas adalah ID jurnal saya, apa yang perlu awak buat, cuma tukarkan Blog ID pilihan awak.. Dan contoh Blog ID yang saya buat seperti di bawah :
Dan untuk mengetahui samada awak dah follow blog tersebut ataupun masih belum follow awak akan dapat tau mengenai status tersebut, seperti contoh di bawah..
Hihihi nak promote sikit, jom join segmen saya yang sedang berlangsung nie.. Klik pada banner kat bawah nie yea...
Semoga ilmu ini dapat membantu awak suma...Tapi nak pesan satu lagi, jangan lupa singgah di blog yang kita dah follow tue yea.. Tak aktif dalam beri komen pun sekurang-kurangnya kita menjadi pembaca senyap ataupun dalam bahasa Inggeris 'silent reader'...
Subscribe to:
Posts (Atom)





Social Icons