Assalamualaikum,
Yeaayyyy.... Alhamdulillah dapat cuti lama, beruntung la pada rakan-rakan yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, hehehe... Hari wilayah pada tahun nie jatuh pad hari Ahad, kemudian diganti pada hari Isnin dan seterusnya hari Selasa pulak adalah cuti umum hari Thaipusam... hehehe straight day dapat cuti dari hari Sabtu... So apa planning awak suma? Mesti banyak planning yang kita boleh buat pada hari cuti yang agak panjang jugak kan, mesti ada yang bercuti ke mana-mana atau paling koman pun balik ke kampung masing-masing... Saya pun takdelah planning nak gie mana-mana tapi planning berkemungkinan nak menolong adik saya untuk mengemas rumah baru dia, di mana suami dia baru dapat kerja sebagai bilal di sebuah masjid di Puncak Alam.. Pihak masjid menyediakan sebuah rumah (macam kuarters la) dan sebuah motorsikal untuk kegunaan beliau mengulang alik dari masjid ke rumah... Tapi jika dia tak bertugas sebagai bilal, dia akan duduk bekerja di pejabat.. Tapi memandangkan adik saya tak dapat pindah lagi dari sekolah lama dia di Keramat so kena berpisah sekejap, tapi takdelah berpisah jauh pun, kiranya hujung minggu sekali dia akan balik di Puncak Alam...Buat sementara nie, adik saya tue perlu menyewa bilik di area Keramat, berdekatan dengan sekolah yang dia mengajar... Dan mereka berpindah pun pada minggu lepas jadi rumah baru yang sekarang nie belum dikemas dan dikeluarkan barang daripada kotak...
Jaa, mata nee...
Alhamdulillah... tahniah kepada rakan-rakan yang dicalonkan ke gred S22...
Tuesday, January 13, 2015
Pejam celik rupa-rupanya dah setahun peristiwa pahit tue berlalu, dan Alhamdulillah saya semakin dapat menyesuaikan diri dengan suma dugaan nie... Sebab saya rasa ada orang lain yang mengalami dugaan yang lebih dahsyat lagi daripada saya.. Jika orang yang mengalami dugaan dahsyat dapat menyesuaikan diri mereka, jadi mengapa tak diri sendiri kan... hehehe amendalah saya dok merepek nie... Okey, jaa mata nee...
Assalamualaikum,
Awak suma penah tak bertungku? Biasanya rawatan bertungku nie lebih sinonim dengan wanita yang melalui proses melahirkan anak, tapi awak suma tau tak yang trend bertungku bukan lagi terhad untuk tujuan tersebut... Bertungku nie bagus untuk kita orang perempuan kerana ianya bukan saja dapat membantu membaik pulih kesihatan dalaman malah ianya dapat membantu dalam proses melangsingkan badan tapi kena konsisten lah kalu nak bertungku, hehehehe..
Amalan bertungku nie dikatakan dapat menghilangkan keletihan, mengurangkan sakit-sakit badan serta memberi kelegaan pada urat yang tegang dan sengal.. Ia juga dapat membantu membuang toksin, menghilangkan stres, melancarkan perjalanan darah dan memecah lemak di samping membuang angin yang terkumpul dalam badan...
Well, saya ada terbaca satu tips macamana kita buat sendiri tungku bunjut... Jom kita tengok camne cara buat dan awak suma bleh lah praktis di rumah....
Bahan-bahan :-
Kain bentuk empat segi
Lada hitam
Biji sawi
Jintan
Halba
Tali
Cara membuatnya :-
Campurkan kesemua herba ini dan goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan-bahan tersebut di dalam kain. Ikat seperti bunjut. Panaskan bunjut di dalam ketuhar gelombang mikro atau periuk elektrik selama 5 hingga 10 minit. Tuam bahagian tubuh yang sakit menggunakan tungku tersebut...

Nah, nampak senang aje bukan...awak suma bolehlah mencuba di rumah.. Sekali sekala kita kena manjakan diri kita dengan rawatan tradisional nie jugak agar ianya tak ditelan dek zaman... Ambooiii bahasa...hehehehe... Selamat mencuba...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons