Assalamualaikum wbt..
Yang ini untuk bakal ummie yang akan melahirkan anak tidak lama lagi... Tahniah saya ucapkan pada kalian semua... Semoga anak yang dikandung akan menjadi anak yang soleh dan solehah kelak dan jagalah amanah Allah dengan sebaik-baiknya...
Assalamualaikum,
Minna-san, genki desu ka?
Bila agaknya kami semua hendak pindah ke bangunan baru?? Sekarang ini mood untuk berpindah semakin membuak-buak sehingga untuk membuat kerja sudah tawar rasanya..
Sebenarnya office aku ini akan berpindah ke bangunan baru di bahagian belakang office sekarang ini.. Bangunan baru ini betul-betul terletak bersebelahan dengan Balai Polis Putrajaya dan Hospital Putrajaya...
Hari ini lain sedikit daripada hari Jumaat yang biasa kami pergi kerana hari ini adalah hari bacaan Yassin di bangunan baru dan makanan sudah tersedia dihidangkan..hehehe aku ini memang kuat makan tapi setakat sarapan pagi saja, sebab bila sudah masuk tengahari, perutku masih kenyang lagi, so kalau hendak makan, aku cuma membeli air kegemaran aku, iaitu Blueberry tea dan sandwich@apam balik....
Sejak akhir-akhir ini, perutku sentiasa kenyang dan waktu tidur pun selalu diawalkan... Jadi sekarang ini aku sudah jarang untuk tidur tengahari di office kerana 1) mata tidak mengantuk. 2) kerja banyak tapi sudah tawar hati (hehehe). 3) Mood untuk berpindah semakin memuncak...
:-) okey, time to sleep... oyasumi, minna-san....
Tahniah untuk adik Hakim kerana mendapat keputusan SPM yang agak cemerlang... hehehe lepas ini, bolehlah masuk ke mana-mana sahaja universiti atau kolej atau politeknik...
Kepada adik-adik yang lain yang mengambil keputusan SPM, tahniah dari kakak kerana berjaya dalam pelajaran, kepada yang kurang berjaya, tidak mengapa asalkan kamu semua sudah bersungguh-sungguh dalam pelajaran, sekarang sudah masanya anda semua mengorak langkah untuk pergi lebih jauh lagi...
Apapun yang berlaku, jangan menyesal sekarang kerana kita tidak mengetahui masa depan kita macam mana... The life must go on, so cheer up and be happy always... Jangan biarkan emosi negatif menguasai diri....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons