Assalamualaikum wbt..
Ada sesiapa pernah dengar tentang produk Shikinlicious tak..? hihi nie bukan produk saya yea.. Nama pun sama dengan saya, Shikin.. hihihi..
Sebenarnya produk Shikinlicious nie adalah produk berasaskan makanan sihat, iaitu oatmeal yang dicampur dengan buah-buahan dan jugak aiskrim homemade perisa vanila dan didalam aiskrim nie ada buah-buahan..
Shikinlicious yogout oatmeal adalah makanan sihat yang diperbuat 100% rolled oat yang tiada gula di dalamnya.. Produk nie mempunyai 12 pilihan campuran buah segar dan perisa yang menarik dan apa yang best nya adalah ianya sesuai sangat untuk sesiapa yang ingin kurus secara sihat..
Shikinlicious Overnight Yogurt Oatmeal
Saya sebenarnya dah dua kali beli oatmeal nie dalam jangka masa seminggu, first buy sebab saja nak try kerana Shikinlicious nie selalu sangat lalu kat wall IG saya, hihihi.. Pastu saya pulak memang suka makan oat, cuma malas nak bancuh jea.. and tak terfikir pun oat bila dimakan dengan hirisan buah segar menjadi lebih sedap.. For the first try, saya beli perisa strawberry sparkle, mix fruit fluffy dan sweetcorn darlings, and you know something, it is so super delicious especially mix fruit fluffy... Boleh buat kita terjaga dari mengantuk sebab masam manis buah tue dan bila dicampur dengan oat, memang sedap.. Second buy, saya try pulak perisa chocolate crumble, lychee chewey and mango tango, dan 3 perisa yang saya pernah beli sebelum ini...
Tadi saya dah makan 2 perisa iaitu lychee chewey dan mango tango, rasanya memang sedap especially lychee, sebab manis buah tue dicampur dengan oat, memang kena lah dengan selera saya...
At last, saya dah jumpa oat yang paling sedap, plus oat nie dicampur dengan yogurt, lagilah saya suka makan.. huhuhu pokai duit ummie...
Next time, saya akan cuba beli perisa yang lain pulak seperti Blueberry Twilight, Cookies & Cream, Pineapple Pen, Honeydew Bellerose, Cappuccino Brew, dan Kiwi Kissy.
Shikinlicious Fruity Ice-Cream
Okay, now cerita pasal Shikinlicious Fruity Ice-Cream.. Aiskrim nie dibuat sendiri a.k.a. homemade yang diperkaya dengan strawberry paste dan cia seed a.k.a. selasih.. Dalam aiskrim nie ada 5 jenis buah berada dalam bekas ini, iaitu epal hijau, epal merah, mangga, kiwi dan buah naga..
Hari tue, saya beli tiga bekas, sebab saja nak try, and rasa menyesal pulak beli dua bekas... hihi sebab nya memang sedap gilerr aiskrim dia.. Mula-mula terfikir jugak camne 5 jenis buah tue boleh dimuatkan dalam satu balang, and seriously founder produk nie memang tak kedekut bagi buah... Banyak giler buah di dalam satu jar tue.. Saya dah makan sebekas dan ada sebekas lagi, sebab rasa sayang pulak nak makan.. ahakkss.. boleh tak gitu.. Hubby pun saya bagi rasa separuh, sebab rasa macam kedekut pulak nak share dengan dia, hahahahaha alangkah berdosanya diri ini.. Oooo, yang sebekas lagi saya beri pada anak jiran saya sebab saya memang suka share makanan dengan bebudak tue, sebabnya diorang lah penyeri saya kat rumah nie...
So, pada sesiapa yang suka makan kudap-kudapan kat rumah tue, lebih-lebih lagi pada musim PKPB / PKPP nie, boleh lah cuba beli produk berasaskan makanan sihat nie, dan pada awak yang tak berapa suka nak makan oat tue, boleh lah cuba beli produk nie,..
Facebook | Shikinlicious Oatmeal HQ
Instagram | Shikinlicious_oatmeal.hq
Instagram (Stokis Area Sepang) | Shikinliciousoatmeal.sepang
Whatsapp | +6019 - 400 0142
Shikinlicious, memang delicious and super duper delicious... Rugi tau kalau tak cuba!!!
Assalamualaikum wbt..
Jom join segmen dari sahabat baru saya nie.. Klik pada banner kat atas untuk join...
Best of luck..
Assalamualaikum wbt...
Lawak pulak rasanya.... Sebab...? Dah nak habis tahun 2020 dah, baru sibuk cari kalendar.. hahahaha... Sebenarnya semalam saya berjaya menahan diri daripada godaan 11.11... Mesti ada yang faham maksud saya kan...😂 Saya mencari sebuah kalendar yang boleh dipakai lama, jadi takdelah setiap tahun asyik buang kalendar jea...
Kemudian saya terpaku pada sebuah gambar nie...
Dalam hati nie, duk berkira-kira, nak beli ke taknak beli..
Lepas tue, saya teringat pulak pada card stand yang saya beli kat Mr. DIY.. Kepala duk musing² camne saya nak modified card stand tue.. Sebenarnya saya dah lupa kenapa saya beli card stand nie tapi yang pasti bukan untuk letak gambar... Kemudian, saya pandang balik gambar contoh yang saya tengok tadi..
Tingggg... datang idea..!!! kalu saya buat hampir² sama cenggitu, agak² okey ke takk...? So, petang semalam saya pun duk design bentuk kalendar nie.. Setelah try and error, akhirnya saya jumpa jugak design yang saya inginkan...
Lepas tue, saya try and error sekali lagi untuk dimuatkan ke dalam card stand nie.. In the end, inilah hasilnya.. hihihi yang tahun tue, saya buat sehingga tahun 2030 dan memandangkan keratan tue hanya setahun sekali tukar, so saya letak kat bahagian atas sekali.. Untuk keratan bulan pulak, saya letakkan di bawah tahun tue sebab sebulan sekali tukar kan,...
Yang keratan haribulan dan hari tue, saya letak 'ring' sebelah keratan, hampir sama dengan gambar contoh tue, cumanya saya perlu tarik keluar keratan tue dan tukar tarikh dan hari..
Dan inilah hasilnya.. Canggih tak...? hihihi cuma background card stand tue nanti saya nak tukar, mungkin beli kertas yang bercorak sikit.. atau biar gitu jea warnanya...? Pendapat awak..?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons