Top Commentator bulan Oktober 2023 dan bulan November 2023... TAHNIAH..!!!

Monday, November 20, 2023


Assalamualaikum wbt...
Maafkan saya kerana terlambat untuk umum nama pemenang Top Commentator pada bulan Oktober dan juga November..

Seperti mana janji saya pada entri lepas ...


Saya akan umumkan terlebih dulu carta bulanan bulan Oktober 2023..


Okey, nampaknya carta bulanan tak banyak bergerak daripada bulan lepas.. Ucapan 'Selamat Kembali Dalam Carta' diucapkan kepada Cuya dan Cik Ash. Wah, nampaknya kita ada pemenang yang baru dalam carta.. Siapakah orangnya..?


TAHNIAH diucapkan kepada pemenang carta bulan ini.. Memandangkan pemenang ini berasal daripada Indonesia, jadi hadiah awak akan saya gantikan dengan segmen 'Review blog'... 

Okey, selesai untuk bulan Oktober.. Jom kita ke bulan November...


Siapakah yang bertuah untuk bulan November.. Jom kita tengok carta bulanan..


Wow... Nampaknya ada pergerakan dalam carta bulanan ini.. Oleh itu, saya nak ucapkan 'Selamat Kembali Ke Dalam Carta' kepada Mamapp, Camdandusler, Warisan Petani dan Azian Khalil.. 

Memandangkan ke semua nama-nama dalam carta ini pernah menjadi pemenang bulanan, jadi macam biasa saya akan buat undian.. Jom kita tengok video ini...


Tahniah diucapkan kepada pemenang carta yang bertuah.. Harap awak dapat memberikan details awak seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon kepada saya [Pengeposan.wasap.my] untuk tujuan pengeposan hadiah (takut bertukar alamat)... Untuk pemenang bulan September, hadiah awak akan saya hantar bersekali dengan pemenang bulan ini... 

Seperti kebiasaan, kesemua 10 orang Top Commentator pada bulan ini (dan kesemua nama Top Commentator bulan Oktober 2023) akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 30 November 2023... Awak pun boleh juga singgah ke blog mereka, kenali mereka dan follow mereka kerana mereka semuanya blogger yang hebat belaka.. Memang tak rugi kenal dengan mereka.. Jom kita singgah... 


NA | Fanny_Dcatqueen | Mummy_Ayu | Cik Nor | Mamapp | Rabiahtul Adawiyah | Camdandusler | Warisan Petani | Fairus Mamat | Azian Khalil | Sii Nurul | Kak Mim | Cuya | Cik Ash

Tahniah pada yang bertuah.. Pada yang lain, jangan berputus asa, teruskan komen, mana tau bulan depan nama awak pula yang naik dalam carta bulanan...

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

7 comments

  1. Wow! Tahniah kepada semuaaa! Tahniah kepada yang baru masuk Carta Dan menjadi pemenang..Moga dilimpahkan Rezeki kesemuaanyaaa..Aamin!

    ReplyDelete
  2. tahniah pemenang...comel sgt kalendar nya tu...hihihi...

    ReplyDelete
  3. Aissssh tak menyangka nama saya ikut dimasukkan, Karena saya tahu alamat luar negara susah nak kirim2 barang karena pasti terkena cukai.

    Tapi terimaksih tetap masukkan nama saya dan untuk di review blog nantinya 😍.

    Saya suka baca blog kakak, karena unik, bisa melihat keratan Akbar yang lama2 👍☺️

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..congrats to fanny & all too!!!

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧