Salam
Maal Hijrah...
Salam
ceria di hari Khamis...
Lepas
tue, citer pasal kemalangan superbike yang berlaku di Highway Karak
baru2 nie, memang sedih rasanya, walaupun mangsa kemalangan tidak ada
kena mengena dengan saya...Dengar citer, sikap orang-orang kita yang
tidak memberi signal untuk masuk side jalan yang menyebabkan
kemalangan dan kematian... Yang nie memang betul sebab saya pun
selalu alami perkara sebegini... Sikap segelintir orang-orang kita
yang tak bagi signal memang sesuatu yang menyusahkan orang lain,
disebabkan nak elak daripada dia melanggar kita, tanpa sedar kita pun
akan menyebabkan orang lain akan trbabit sama... Saya pun nyaris2
jugaklah nak alami kemalangan disebabkan nak elak kereta daripada
bertembung akibat secara tiba-tiba dia menukar laluan tanpa beri
signal...
Starlavenderluna
Selamat
hari Rabu dan salam ceria semua...
Well
nie la gambar-gambar yang sempat di snap oleh member opis saya...
Macam2 aktiviti yang kami jalankan antaranya yang famous main
permainan “benggong2”... hehehe bukannya gelaran pada orang tau,
tapi satu permainan di mana kami dikehendaki mempunyai 3 orang rakan
dan kami perlu melakonkan babak di mana bila fasilitator nie berkata,
jadi “fire”, rakan yang tengah perlu melakonkan babak bunyi siren
bomba iaitu “benggong2” manakala dua lagi rakan perlu melakonkan
babak memancut air...kemudian bila fasilitator berkata jadi “bomba”,
rakan yang tengah perlu lakonkan babak makan tembikai, yang dua rakan
lagi perlu lakonkan babak membuang biji tembikai...hihihi tue salah
satu permainan yang kami buat, ada jugak kami buat simulasi lakonan,
buat tarian chicken dance dan macam-macam lagi...
Salam ceria di hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari...
Hope sumanya sihatlah hendaknya... Kejap aje masa berlalu, pejam celik pejam celik hari nie kita dah memasuki hampir pertengahan bulan Oktober, kan.... Keja pun macam biasa aje, ada masa sibuk dan ada masa santai (means takde pelanggan yang masuk ke library)... Saya memang 8 jam bertugas di kaunter perkhidmatan sebabnya saya masih tak mempunyai meja kerja... huhuhu nak buat camne, redha ajelah dengan pemberian jabatan, tapi tue lah susah sikit saya nak buat keja nie sebab tak mempunyai PC sendiri... PC yang saya pakai sekarang adalah PC server sistem dan tak boleh guna internet selalu sebab takut jadi effect pada PC server sistem, naya nak install semula sistem tue, sebab kena telefon vendor dan sebagainya... Laptop saya pulak buat hal pada monitornya, asyik bling-bling aje, tue lah Insha Allah nanti saya nak beli laptop baru, takpun netbook ke di mana harganya lebih murah daripada laptop...
Tapi saya kena guna jugak internet sebab nak mencari dan menyimpan suma pekeliling-pekeliling keluaran JPA, Kem. Kewangan, MAMPU dan sebagainya untuk dijadikan panduan kepada staf kat sini...Yang tue memang salah satu kerja saya, mengadap internet untuk cari bahan maklumat yang berkaitan dengan kerja...Kadangkala kalu rasa rajin, saya akan mengemaskini blog library dan facebook page library...hehehe jangan tak tahu, library saya pun ada facebook page tersendiri tau dan adminnya dah tentu saya dengan bos saya... Tapi tau ajelah kan kalu kita mengadap PC nie selama 8 jam bekerja, mata jadi pedih dan mengantuk...hehehe (promote sikit) sebab tue saya sembur serum mawar kat wajah saya agar menjadi segar semula, dengan keharuman bau mawar tue sendiri akan menaikkan semangat nak bekerja semula... Harganya murah aje awak, cuma RM19.90 jea untuk satu botol bersaiz 70ml... Kalu awak nak, call atau sms ataupun awak whatsapp saya di nombor 019-9884032 untuk pembelian... Yang bagusnya serum nie adalah serum nie boleh diletakkan di dalam peti ais untuk memberi impak yang luar biasa...Saya tak penah jumpa serum wajah yang boleh diletakkan di dalam peti ais, mungkin ada mungkin takde tapi inilah yang sebenarnya berlaku... Memang harum dan sedap bau dia awak, sebab dia guna 100% pati mawar dan yang paling best tue, ianya tak dicampur dengan alkohol...Kadangkala sebelum saya solat, saya spray dulu wajah saya, then baru solat..Yea lah nak mengadap Yang Maha Pencipta kenalah wangi-wangi sebab Allah kan suka pada yang wangi-wangi...
Well, minggu depan saya akan mula berkursus tapi dalam opis nie jea, kursus kaunter berkualiti... Tue jea kursus yang ada, sebab nak dapatkan kuota 7 hari setahun bukan senang, jenuh cari kat INTAN dan PNM tapi tak dapat-dapat....Yealah, nak isi LNPT dan SKT nanti kena ada kursus kalu tak markah akan jadi kurang, tapi okeylah markahnya... Kursusnya dua hari jea dan lepas tue cuti umum Deepavali dan hari Sabtu nie cuti Maal Hijrah... Allahu Rabbi, dah nak masuk tahun baru dah kita kan....So apa azam awak suma pada tahun depan? Insha Allah mudah-mudahan sumanya akan dimakbulkan oleh Allah SWT... Apa yang penting usaha dulu yea, dan Insha Allah, Allah akan makbulkan permintaan kita... Hanya Allah saja yang dapat makbulkan permintaan kita dan jika itulah ketentuanNya, kita perlu redha dan berlapang dada dan bersangka baik sebab setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang kita sendiri tak tahu... Allah adalah sebaik-baik perancang... hihihi ceramah lagi... Saya pun masih lagi dalam alam pembelajaran untuk pencarian ilmu akhirat, mana yang saya tahu, Insha Allah saya akan kongsikan pada awak suma... Mana yang saya silap, itu adalah daripada kekhilafan saya sendiri dan awak pun boleh tegur saya jika ada kesilapan... Sebab tuelah kita suma perlu saling ingat mengingati agar kita suma berada di laluan yang diredhai oleh Allah..
Okeylah, rasanya setakat nie dulu nukilan saya...Insha Allah, jika ada kelapangan, kita jumpa lagi... Fii Amanillah...
Okey,
jumpa lagi di lain entri... Fii Amanillah...
Hehehe
naik pening jugak kan fikir tentang masalah manusia... sebab tue saya
tak berapa suka sangat nak berceloteh tentang masalah manusia nie,
memeningkan kepala aje... Kehidupan mesti diteruskan dan kita sebagai
manusia takkan dapat lari daripada ditimpa kesusahan sebab Allah nak
lihat sejauh mana kita ingat pada Dia....Adakah kita menghadapi
dugaan dan kesusahan ini dengan tenang atau sebaliknya? Saya sendiri
pun mempunyai masalah dan hanya Allah saja tempat saya mengadu
masalah jika saya tiada penyelesaian, dengan cara istikharah... Saya
tak kisah dengan pandangan orang lain sebab mereka tak tahu isi hati
saya yang sebenarnya tapi Allah tahu segala-galanya... Apa yang
berlaku pada saya sekarang adalah ketentuan yang Allah dah tetapkan
untuk saya dan saya sebagai hambaNya, kenalah redha dan berlapang
dada... Sebabnya saya tahu Allah mempunyai rancangan yang cukup hebat
untuk kehidupan saya seterusnya... Hope awak pun camtu jugaklah,
yea... La Tahzan, Insha Allah, Allah sentiasa beri bantuan kepada
kita dengan syarat kita kena mengadu pada Dia dan bukannya
perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah...
Selamat
sejahtera semua..
Yealah,
pada hari Sabtu, kami pegi ke Nilai 3 untuk mencari barang-barang
untuk pertunangan Mak Sue, lepas tue kami ke Alamanda Putrajaya, saja
jalan-jalan makan angin, kemudian si adik pulak nak main bowling, so
kami pun pegi lah main bowling sekejap, tup-tup masa berlalu dengan
cepat sekali...Esoknya tue, saya dan si dia pegi ke kedai pastri dan
kek untuk mencari bahan-bahan buat roti, sebab opah nak merasa roti
buatan sendiri...Secara kebetulan saya memang mempunyai bread maker
tapi jarang guna sebab saya tak tahu yang ada kedai jual
barang-barang pastri kat Salak Tinggi... Apa? Yea ke saya tak
bagitahu nama si dia? Okey, namanya Mohd Shahril Azmeeza Bin Mohd
Shahimi, dia tinggal di Sungkai, Perak dan dialah cinta hati saya
sekarang... Keluarga dia pun sememangnya menerima saya seadanya dan
Insha Allah saya harap keluarga saya pun begitu jugak... Mak dengan
ayah dia pun tak kisah tentang status saya sekarang, apa yang penting
adalah masa sekarang dan bukan masa dulu... Saya pun tak sangka saya
akan bertemu jodoh secepat nie dan saya juga berdoa agar bekas suami
saya pun akan bertemu jodoh yang lebih baik daripada saya... Walaupun
kami dah berpisah tapi doa saya pada dia tetap ada, biarpun mungkin
dia tak mendoakan saya... Takpelah, perkara yang lepas biarlah yang
lepas dan apa yang penting adalah kita mesti teruskan kehidupan
kita...
Salam
ceria di hari Jumaat yang mulia,
- line internet yang kejap-kejap okey, kejap-kejap KO
- Saya pakai PC server jadi saya takleh guna sangat PC nie sebab takut menganggu data-data server library
- Saya takde PC sendiri, ada laptop tapi monitor pulak yang rosak, huhuhu...
Okeylah,
cukup untuk hari nie... Jaa mata nee, minna-san...