Buku pinjaman dipulang selepas 70 tahun

Sunday, July 18, 2021

Assalamualaikum wbt...
Haa, nie ada satu lagi sikap yang baik setelah lama membuat pinjaman daripada perpustakaan... Awak masih ingat lagi tak pada entri nie...?

PULANG BUKU PERPUSTAKAAN SETELAH 63 TAHUN BERLALU

Satu lagi kisah tentang pemulangan buku perpustakaan setelah 70 tahun berlalu..

Buku pinjaman dipulang selepas 70 tahun

Sebuah perpustakaan di Michigan telah menerima semula sebuah buku yang dipinjam oleh seorang wanita pada tahun 1940-an. Mengikut salah sorang kakitangan The Ann Arbor District Of Library berkata, pihaknya menerima buku itu yang bertajuk Social Studies In The Public Schools Of Ann Arbor, Michigan Grades Three To Six. 

Buku ini telah dipinjam oleh seorang wanita yang bernama Mary Rowland Fischer yang bekerja sebagai seorang guru seni. Bagaimanapun dia terlupa nak memulangkan buku tersebut sampailah dia bersara. 

Kemudian, menantu Fischer, iaitu Kari Magill telah menjumpai buku ini dalam simpanan ibu mertuanya dan dia memutuskan untuk memulangkan buku tersebut dengan disertakan sepucuk surat permohonan maaf. Menurut surat itu, dia menyatakan kelewatan tentang pemulangan buku itu dan sebabnya adalah ibu mertuanya terlalu sibuk dengan membuat persiapan hari perkahwinannya sehingga dia terlupa akan kewujudan buku itu. Magill juga meminta pihak perpustakaan dapat mempertimbangkan agar tidak dikenakan denda terhadap mendiang ibu mertuanya itu memandangkan ibu mertuanya telah meninggal dunia pada tahun 1967. 

Perpustakaan itu memaklumkan di dalam laman Facebook bahawa pihaknya tidak akan mengenakan apa-apa sebarang denda di atas kelewatan itu, bahkan mereka berterima kasih kerana Magill telah mengembalikan buku tersebut..

Satu lagi sikap tanggungjawab yang harus kita contohi dan diterapkan oleh anak-anak kita.. Semoga kita semua dapat menjadi insan yang lebih bertanggungjawab.. 

Dah pinjam, sila pulangkan... Dah pinjam, sila bayar balik... hihihi


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



14 comments

  1. Mak aii...punya la lama baru nak pulang..agak- agak ada tak kat Malaysia yang buat perangai macam ni....

    ReplyDelete
  2. Nasib baik buku itu dalam keadaan baik.

    ReplyDelete
  3. wah bagusnya! memang sikap yang perlu dicontohi

    ReplyDelete
  4. Pehhh lama nyaaaa pinjam hahaha. Tapi puji jugak lah tindakan dia sebab masih pulangkan walaupun dah lama dipinjamnyaaaa.

    ReplyDelete
  5. Wkmsalam
    Ada ikbibar daripada kisah tersebut

    ReplyDelete
  6. perghhh berpuluh2 tahun, nsaib buku tu masih wujud dan dijaga rapi dalam simpanan...

    ReplyDelete
  7. lama sgt tu pegang..patut kena denda dah heheee ^_^

    ReplyDelete
  8. betul.. Kadang-kadang terlupa kerana banyak sangat pijam buku.. Dekat rumah pula banyak koleksi buku, dah bercampur-campur.. Lama kelamaan terjumpa kembali.. Haha

    ReplyDelete
  9. Ni kalau kena bayar denda mau beribu ringgit sebab lambat pulangkan

    ReplyDelete
  10. Yes, disebalik cerita ni, moral value tu paling penting. Pinjam pulangkan balik / pinjam bayar balik. Hehehe. Simple rules kan kak kin

    ReplyDelete
  11. nasib lah menantu dia jumpa. Budi bicara dari pihak perpustakaan tu pun patut dijadikan contoh

    ReplyDelete
  12. lamanya buku tu dipinjam. yg penting tetap dipulangkan semula.

    ReplyDelete
  13. tudia, lama betul, tapi bagus menantu dia ada rasa tanggungjwab utk memulangkan buku tu, kalau org lain mmg buat xtau dah..

    ReplyDelete
  14. Wahh lamanya dia pinjam. Tapi menantu dia bagus sebab tolong pulangkan walaupun dah terlalu lama

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧