5 Kesilapan Pilih Power Bank

Tuesday, April 20, 2021



Assalamualaikum wbt...
Pengguna telefon bimbit mungkin akan keliru dengan pelbagai jenama dan jenis power bank mudah alih yang terdapat di pasaran jika tidak biasa dan mempunyai kurang pengetahuan berkenaan bateri. Secara amnya, power bank berbeza-beza antara satu sama lain walaupun kapasiti bateri adalah sama.


Pelbagai variasi power bank semakin kerap dihasilkan pengeluar berikutan ada permintaan yang mahukan lebih kepelbagaian dalam pilihan. Perbezaan tersebut dapat dilihat daripada segi saiz, harga, kualiti sel bateri, gred sel bateri, kesesuaian, sistem keselamatan serta reka bentuk litar keselamatan PCB.

Kemusykilan itu penting

Oleh sebab itu, kebarangkalian untuk pengguna tersilap membeli adalah amat tinggi. Dengan tawaran yang dilihat seakan-akan tidak munasabah, pengguna sepatutlah lebih peka dan kemusykilan berkaitan tawaran patut ada. Setiap perniagaan mahukan keuntungan. Janganlah kita pula menjadi mangsa.

Selain itu, pengetahuan pengguna mestilah lebih terutamanya jika ia melibatkan tawaran yang bernilai tinggi. Berikut ialah beberapa kesilapan umum yang selalu dilakukan oleh pengguna semasa pemilihan dan pembelian power bank. Jadikan panduan supaya kita tidak turut sama terlibat di masa akan datang.


Pilihan berdasarkan kapasiti - Salah satu sebab utama pembelian power bank yang perlu dirujuk kembali adalah kerana ia mudah dibawa ke mana-mana. Jadi, pilihlah yang memudahkan urusan seharian. Lihat kepada kapasiti yang bersesuaian dengan penggunaan seharian kita. Usah beli power bank dengan kapasiti yang besar, serta berat semata-mata ingin kelihatan mewah.

Hiraukan kualiti sel bateri - Sel bateri ialah aspek utama yang perlu kita lihat selain perkara di atas. Sesetengah pengguna memilih power bank kerana jenama yang sedia ada di pasaran atau harga yang murah tetapi tidak menghiraukan berkenaan sel bateri yang digunakan. Kualiti sel bateri merupakan elemen utama yang akan menentukan jangka hayat power bank itu.

Kapasiti besar harga murah - Tawaran sebegini sering kali mengaburi mata pengguna. Sama ada di pasaran terbuka atau pun di pasaran dalam talian. Dengan tawaran kapasiti besar dengan harga murah yang seakan-akan mustahil, pengguna selalunya melihatnya sebagai peluang keemasan tanpa melihat spesifikasi lain. Oleh itu, selidik terlebih dahulu dan kalau boleh, soal penjual kenapa ia terlalu murah daripada kebiasaan.

Tiada ciri keselamatan - Pensijilan UL memastikan power bank tersebut memiliki standard kawalan kualiti dan output yang sebenar akan membuatkan peranti kita selamat. Selain itu, ciri-ciri keselamatan tambahan seperti perlindungan khusus seperti yang diterangkan dalam artikel sebelum ini banyak membantu memastikan pilihan kita berbaloi untuk digunakan dalam tempoh masa yang lama.

Sambungan tiruan - Kadang kala, sesetengah power bank memiliki pelbagai jenis sambungan, dan tidak semuanya asli. Jika kita melihat ini sebagai aspek yang tidak penting, maka kita salah. Sambungan tiruan dan tidak berkualiti boleh mengakibatkan litar pintas. Apa yang sebetulnya, gunakan sambungan peranti original kerana ia lebih selamat dan stabil.

Semoga panduan ini dapat memberi manfaat kepada semua untuk memudahkan urusan pembelian power bank. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



9 comments

  1. sha kalau nak beli powerbank mesti suruh adik belikan hehehe

    ReplyDelete
  2. Kalau di shopee, bersepah yang fake. Takut nak membelinya huhuhu.

    ReplyDelete
  3. Dulu guna jgk powerbank ni. Sekarang tak guna dah . Ada salah guna sampai nak panas phone I 😭. Pergi repair dkt kedai phone. Nasib dh ok phone

    ReplyDelete
  4. Terima kasih perkongsian. Kena perhati dan berhati-hati waktu memilih dan membeli.

    ReplyDelete
  5. dah lama giler tak guna power bank...last masa zaman belajar diploma dulu. sekarang dah lama kan tak jalan jauh...plus bateri phone sekarang memang boleh tahan seharian.

    ReplyDelete
  6. Baru tahu. Belum pernah beli. Ada guna adik punya kecil sahaja percuma daripada Telekom (kalau tidak silap). Memang tidak guna sangat.

    ReplyDelete
  7. No wonderlah kenapa powerbank sy selalu rosak huhu

    ReplyDelete
  8. Kalau beli online selalunya baca review terkini dan beli di kedai yang original je..

    ReplyDelete
  9. Seeloknya beli dekat official store/dealer/distributor... Takut dapat yang fake. Huhuhhuu

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧