Assalamualaikum wbt...
Hanya tinggal beberapa jam saja lagi kita akan melangkah ke tahun seterusnya.. Pelbagai kisah suka dan duka yang berlaku pada tahun 2020..
Awak masih ingat tak dulu², masa kita kecik², kita pernah membayangkan yang tahun 2020 ini adalah tahun yang penuh dengan imaginasi masa depan, seperti kereta terbang dan semua peralatan yang serba canggih.. Okay, mungkin kereta terbang belum dapat direalisasikan, tapi sebenarnya dah banyak perkara yang canggih berlaku dalam kehidupan kita..
Contohnya, seperti pembelian barangan secara online.. Dulu² hanya orang yang have² jea yang membeli barangan secara online.. Tapi disebabkan pandemik COVID-19 yang berlaku pada seluruh dunia, membuatkan kita terpaksa membeli barangan secara online.. Contoh yang kedua adalah pembayaran secara swap card secara menyeluruh.. Dulu² nak swap card kena ada kad kredit, tapi sekarang nie melalui kad debit pun kita boleh swap card, boleh bayar samada pinned number ataupun wave..
Semuanya di hujung jari kita sekarang.. Bukankah ianya dah canggih..?? Banyak lagi perkara yang canggih berlaku dalam kehidupan kita sekarang...
Tahun 2020 nie jugak kita menghadapi cabaran besar dalam kehidupan, yang mengubah hampir 360 darjah dalam kehidupan kita.. Sedia maklum, kita sekarang nie sedang 'berperang' dengan pandemik yang merbahaya ketika ini, iaitu COVID-19 dan kita masih belum menang lagi dalam 'peperangan' ini.. Di samping itu jugak, kita menghadapi kesukaran dalam kehidupan, ada yang diberhentikan kerja, ada yang terpaksa membuat tiga empat pekerjaan sekaligus untuk menampung kehidupan sekarang, jika ada syarikat sendiri, kita terpaksa struggle and survive, dan jika keadaan tak mengizinkan, ada yang terpaksa 'gulung tikar' kerana tak mampu nak survive lagi.. Semua dugaan ini adalah kerana melalui izin-Nya.. Walaupun Allah SWT yang mampu mengubah kehidupan kita, tapi kita sendiri perlu berusaha juga dan sentiasa bertawakkal dan berserah kepada Allah SWT..
Kita yang merancang, TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA...
Pada rakan-rakan seperjuangan yang menghadapi pertukaran tempat kerja secara besar-besaran, saya nak ucapkan selamat maju jaya di tempat baru dan bekerjalah kerana Allah.. Macam kat office saya pun berlaku pertukaran staf di sini dan ketua unit saya merupakan salah seorang yang bertukar... Pada 4hb Januari depan, dia akan bertugas di Jabatan Kemajuan Masyarakat, Presint 4 dan saya akan menerima ketua unit yang baru, yang sebelum ini bertugas di tempat ketua unit saya ditempatkan nanti.. Kiranya, mereka switch tempat kerja..
Saya pun berkemungkinan akan ditukarkan... Ke mana..??
Belum tahu lagi.. Hanya menunggu e-mel daripada HQ saja..
Wait and see..
Sebenarnya sedih jugaklah nak berpisah dengan ketua unit sekarang nie, maklumlah dah 10 tahun kami bertugas sama-sama.. Orang kata, susah senang kami memang berdua jea, sampaikan satu office nie gelarkan kami belangkas, mana² pergi, kami memang pergi berdua.. hihihi..
Tapi adat dalam kehidupan, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, tiada yang kekal melainkan Allah SWT..
Kepada Puan Jamilah, saya doakan semoga Puan terus sukses dalam bidang yang diceburi, terus maju dalam bidang kepustakawanan, jangan sedih², walaupun kita jauh daripada tempat kerja, Insha Allah kita akan selalu jumpa kat area rumah.. Walaupun Puan dah tak terlibat dalam penulisan a.k.a. novel, tapi saya harap Puan jangan patah semangat untuk terus menulis..
ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜Memang sedih sangat².. Tapi demi tugas dan demi berkhidmat untuk masyarakat, kita kena tabah...
Pada rakan-rakan yang lain yang dah bertukar, selamat maju jaya di tempat kerja yang baru.. Pada rakan-rakan yang masih menunggu e-mel pertukaran, sabarlah dan sama-samalah kita tabah dalam penantian ini..
Selamat Tahun Baru 2021 saya ucapkan pada awak semua.. Semoga di tahun 2021 ini, kita akan menjadi lebih matang daripada tahun-tahun lepas, dan semoga kita semua dilindungi daripada pandemik bahaya ini, sekaligus hilang dari radar bumi..
Pada yang nak balik kampung tue, hati² di jalanraya, jika awak bergejala, pergilah ke klinik untuk rawatan swab dan kuarantin diri awak di rumah.. Jika takde keperluan untuk keluar, duduklah di rumah..
Sentiasa amalkan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan..
Sentiasa basuh tangan, pakai hand sanitizer, pakai pelindung muka apabila keluar dari rumah, dan jarakkan penjarakan sosial awak..
Elakkan bersalaman dengan orang, demi memutus rantaian COVID-19... Nampak seperti kurang sopan lebih² lagi jika bersalaman dengan ahli keluarga, sanak saudara yang lebih tua, tapi demi menjaga kesihatan kita dan mereka, perlulah buat SOP itu...
Kita jaga kita...
Selamat tahun baru jgk sis. Take care semua. Nervous plan tnggu tahun baru hehe
ReplyDeletePindah? Harap tidak jauh dari rumah. Nanti beritahu pindah ke mana.
ReplyDeleteMacam kita tgk movie back to the futre, 2016 dah ada kereta terbang.. tapi now dah 2020 hehehe
ReplyDeleteHAPPY 2021 :)
happy new year.
ReplyDeletesemoga 2021 memberi lebih colors dalam kehidupan.
Happy New Year 2021 kak..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan dunia akhirat, diberikan keberkatan rezeki dan umur.. InsyaAllah Aaminn
Hehe ni betul.. kita bayangkan dah ada kereta terbang pada tahun 2020. Sebaliknya, pandemik terjadi dan kita harus hidup dengan norma baru. Moga keadaan ini cepat reda.
ReplyDeleteHappy new year kak.
ReplyDeleteSemoga kita menginsafi diri dengan apa yang telah berlaku 2020 yang lepas.
Happy New Year Shikin :)
ReplyDelete