Baru dari Dashing : 1st Deo + Perfume Body Spray

Wednesday, July 10, 2019


Assalamualaikum wbt...
Bila kita nak wangi, memang agak mustahil untuk mencari minyak wangi yang sepadan dengan deodoran yang kita pakai sehari-hari.. Selalunya orang lelaki nie nak mudah jea, nak wangi beli jea deodoran yang wangi-wangi sikit, nak bauannya nampak seperti maskulin dan mereka tak payah nak sembur minyak wangi lagi, hihi contohnya suami saya sendiri...

Tapi kini, ianya tak menjadi mustahil lagi sebab produk Dashing dah keluarkan 1st deodoran + perfume body spray dan ianya adalah produk PERTAMA daripada Dashing yang menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU BOTOL!!!  Dengan agen anti bau dan anti bakteria, Deo + Perfume yang baru nie berkesan untuk memberi perlindungan 24 jam terhadap bauan, dan formulanya adalah 100 peratus deodoran.. Lagi satu apa yang menarik tentang Deo + Perfume nie adalah satu botol yang bersaiz 120ml boleh menyembur sehingga 880 semburan dan boleh bertahan sehingga 146 hari ataupun 5 bulan! Wahh.. 


Deo + Perfume nie ada 4 jenis wangian variasi :

Hattrick - Jaringan kemenangan lelaki Dashing. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

Ultimate Kick - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian ini menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebatkan dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

Speed - Untuk lelaki yang sentiasa bersedia bagi menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky. 

Hitman - Wangian ini direka khusus untuk lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana saja. Didahului dengan aroma kesegaran Cistrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan Pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.. 


Hihihi.. Sedang elok ada 4 botol, bukan saja hubby yang pakai, malah saya pun pakai jugak.. Antara 4 jenis wangian nie, saya lebih sukakan wangian dari Hattrick dan Speed kerana bauannya sangat mengasyikkan.. Tambahan pulak saya memang seorang penggemar wangian Dashing sejak remaja lagi.. Kenapa suka..? Walaupun wangian dia agak maskulin tapi saya amat sukakan wangiannya, nampak macam macho.. hihihi.. 


Hubby pulak memang sukakan kesemua haruman, malah kejap-kejap bertukar wangian, pagi dia pakai wangian Hattrick, tengahari pulak wangian Speed, petang dia pakai wangian Ultimate Kick dan malam pulak Hitman menjadi pilihannya.. Hihi tamak.. 

Berapa harganya..? Murah jea, botol yang bersaiz 120ml nie harganya cuma RM12.20 dan ianya boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platfom belian atas talian. Untuk keterangan lanjut mengenai Dashing, awak boleh layari laman Facebook dan Instragram mereka..


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #review



6 comments

  1. jadikan hadiah buat yang tersayang, best nie..
    bau dia pun best..

    ReplyDelete
  2. Suami mmg pakai barang dashing....nnt nk belikan dia

    ReplyDelete
  3. dashing ni nice, shikin.
    murah. affordable.
    asben aida guna. and brand lama ni.
    keep upgrading their product.

    ReplyDelete
  4. bagus dashing come up dengan deodoran perfume macamni, jimat dan mudahkan pengguna especially bila pergi travel

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧