Assalamualaikum wbt...
Salah satu masalah yang para wanita khususnya selepas melahirkan anak adalah mengempiskan perut.. Selain daripada makan pemakanan yang sihat, kita perlu minum air secukupnya dan menjadikan rutin senaman untuk mengempiskan perut sebagai rutin mingguan kita.. Pada yang rasa macam susah sikit nak bersenam tue, saya nak kongsikan dengan awak resipi cara buat pupur atau dalam bahasa senang macam 'masker' untuk mengempiskan perut, cuma rajin dengan tak rajin nak buat jea, hihihi.. Jom kita tengok apa bahan-bahannya..
Bahan-Bahan Utama
1 sudu minyak kelapa dara
1 sudu serbuk halia - keringkan dan kisar
Sedikit perahan limau nipis
Sedikit air asam jawa
Cara Penyediaan
Campurkan kesemua bahan bersama sehingga menjadi pes pekat. Kemudian awak sapukan pupur ini di perut sebelum tidur. Balut perut yang dah disapu dengan pupur ini dengan pembalut plastik ataupun bengkung. Cuci pada keesokan harinya. Lakukan dua hingga tiga kali seminggu untuk melihat kesan yang lebih baik. Bahan campuran ini boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan seterusnya.
Selamat mencuba..
First time tahu pasal pupur ni
ReplyDeletethank for sharing.hihi rabia baru tahu pasal pupur ni
ReplyDeleteMenariknyaa resepi ni.. Perlu cuba ni.. Asyik makan food review perut kedepan sudah.. Heheh
ReplyDeleteThanks for sharing.. Baru tahu ada jugak pupur untuk kempiskan perut .
ReplyDeleteterbaek ni :)
ReplyDeletewah.. menarik.. nak buat tu yg tak rajin.. hehehe..
ReplyDeletemenarik resipi ni...mcm best je buat kn
ReplyDelete