Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna : Jepun Mari

Tuesday, November 06, 2018

www.shikinrazali.com


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kita dah masuk bulan November dah.. Tinggal sebulan lagi kita akan tinggalkan tahun 2018, dan pasti ada suka dan duka di tahun ini..

Jadi, siapakah yang bertuah untuk direview pada minggu ini..? Jom kita kenal-kenal..


Blog Jepun Mari...  Nama sebenar di sebalik nama pena ini adalah Suzie Khairuddin yang berasal daripada, Gombak Kuala Lumpur, bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempunyai dua orang cahayamata.. Sis Suzie nie mula menulis blog sejak tahun 2014 lagi, kiranya otai jugaklah..

Saya kenal dengan sis Suzie dah lama, rasanya sejak tahun 2016 kot, kami sama-sama jumpa di laman segmen ataupun giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger yang lain.. Apa yang menarik dalam blog sis Suzie nie adalah dia ada banyak buat review tempat-tempat yang menarik, dan rasanya nama blog dia niepun sebenarnya adalah keinginan dia nak ke Jepun.. hihi kalau salah maafla..  Saya memang suka baca blog sis Suzie nie sebab memang ada banyak tempat yang menarik yang telah dikunjungi oleh beliau... Selain itu, ada jugak entri mengenai masakan, review makanan, review hotel dan sebagainya, jadi kiranya blog sis Suzie nie tempat rujukan untuk sesiapa yang kaki jalan..

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah Burger Bakar Kaw Kaw Wangsa Maju, DIY Tikar Buluh Lama, Keropok Kulit Lembu Kampung Baru, Tauhu Bergedil Viral Style Mis Suzie dan banyak lagi entri yang menarik untuk dibaca.. Orang kata, tak rugi...



Kepada Sis Suzie, terima kasih saya ucapkan kerana masih lagi menjadi rakan saya dan masih lagi membaca jurnal saya.. Saya nak mintak maaf kerana tak dropby komen dalam blog sis, tapi saya sentiasa bacanya secara mod senyap, hihihi.. Saya doakan awak sekeluarga akan dirahmati dan diberkati oleh Allah, Insha Allah satu hari nanti kita akan berjumpa.. Mungkin jugak hubby saya kenal dengan hubby sis kerana hubby saya pun sekampung dengan hubby sis, orang Sungkai... Dia ada dua buah rumah, satu di Sungai Klah dan satu lagi di Trolak Utara, mak mertua saya duduk di Taman Permai Jaya, Sungkai.. 



Jom kita singgah dan jengah ke blog Jepun Mari dan salam perkenalan pada semua.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



8 comments

  1. Nak follow jugalah, kot2 rezeki juga ke Jepun Amiin

    ReplyDelete
  2. hai shikin.. malu pulak kita. hahaa.. samalah sy pun silent reader..kdg2 malu nak tingglkan jejek blog sy yg tak seberapa ni di starlavenderluna.. hahaa

    Anyway.. thanks buat review ni di starlarvenderluna.. kita pnjangkan sahabat di alam maya ni. jom kita ke Jepun sama2 HAHAHA

    ps:kebetulan sy ada di Sungkai ni chill sampai esok.hahaa

    ReplyDelete
  3. tak pernah singgah blog singgah ni..

    ReplyDelete
  4. jepun mari aka suzie selalu juga singgah blog mama

    ReplyDelete
  5. Cantik nama pena dia kan, unik ..

    ReplyDelete
  6. Nama blog dia unik.. hehehe.. Jepun Mari..

    ReplyDelete
  7. uniknya nama blog dia..heheh menarik2

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧