Kuala
Lumpur, 25 Oktober 2018 – Setiap ibu sudah pastinya gembira melihat anak-anak mereka
membesar dengan sihat. Namun, semakin anak-anak meningkat umur para ibu
bertambah risau apabila anak-anak mereka mula menerokai dunia sekitar dan
berdepan dengan risiko pendedahan kepada pelbagai jenis kuman.
Mendengar keluhan para ibu, maka Dettol, sebagai jenama
perlindungan kuman No.1 di dunia** kini melancarkan semula seluruh rangkaian
produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi semua keluarga di Malaysia
daripada 100 jenis kuman berbahaya. Dettol ‘ProFresh’ dirumuskan untuk memberi
‘perlindungan daripada bau badan selama 12 jam’ bagi memastikan kesegaran
sepanjang hari, walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Dettol
‘ProSkin’ menyediakan ‘kelembapan selama 8 jam’ untuk mengekalkan perlindungan
kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran
yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran
dengan penyaman udara yang berterusan.
Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol telah
menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para
ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing. Jenama yang komited untuk
menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui
penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini .
Komitmen ini meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi
kesejahteraan pengguna. Tidak hairanlah jenama ini mendapat kepercayaan daripada
para ibu di seluruh dunia bagi membantu keluarga mereka mengekalkan kebersihan
diri dan seterusnya kesihatan mereka.
Dettol merupakan jenama perlindungan kuman No. 1 di Malaysia
sejak sekian lama. Dalam usaha jenama untuk mencari penyelesaian yang sesuai
bagi melindungi keluarga Malaysia daripada kuman, Dettol telah mengenal pasti
keperluan yang berbeza bagi produk pembersihan diri. Dua keperluan utama yang dikenal
pasti adalah ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’.
“Kita mandi untuk membersihkan badan. Selain daripada
keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam
yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga. Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka
selalunya bergantung kepada dua keperluan: ‘perlindungan bau’ yang selalunya
dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan
sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang
mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Ini merupakan satu
cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan
kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit. Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan
untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi
kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman
penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’
memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama
lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti
sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus
Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.
Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi menjelaskan bahawa para ibu
pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan
dan kesihatan kulit keluarga.
"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka
aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada
masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak
kelihatan yang boleh melekat pada badan mereka. Bau
badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan
aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah. Produk pembersihan
diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga. Oleh
sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah
diuji secara dermatologi amatlah penting" kata Dr. Steven.
Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai
tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan.
“Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit
bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya
menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada
peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk
pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar
sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya
lagi.
Kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka
daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat!
Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan;
Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare. Produk ini dijual di
pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46
untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula
900ml.
*34.1% (1.97 juta) isi rumah rakyat
Malaysia di seluruh Semenanjung telah membeli sebarang produk Pembersihan Diri
Dettol (Cecair+ Sabun Buku + Pencuci Tangan) sepanjang 12 bulan lepas. Sumber:
Kantar Worldpanel Malaysia
**Berdasarkan berdasarkan maklumat
yang dilaporkan oleh Nielsen menerusi Perkhidmatan Scan Track, Market Track dan
Retail Index bagi pasaran kategori Perlindungan Kuman (mengikut takrif Reckitt
Benckiser) bagi tempoh 52 minggu berakhir Mac 2017 bagi semua pasaran barangan
runcit
Tentang
Dettol
Dettol
telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan
merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan
keluarga yang dipercayai. Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan
kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan
keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga. Jenama ini
telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan
para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi
melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi
kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan
jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang
hari.
#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #DettolMalaysia #DettolProFresh
Best guna Dettol, rasa segar kan..
ReplyDeleteTerasa nak.cuba semua
ReplyDeletenanti nak try dettol ni, nampak menarik.
ReplyDelete