5 kesilapan besar mengatur kewangan

Wednesday, November 28, 2018

*Sumber gambar dari Google Images
*Sumber gambar dari Google Images

Assalamualaikum wbt,
Dalam merancang kewangan, kita bukan saja melihat apa yang kita perlu lakukan dengan wang gaji yang kita terima setiap bulan. Kadangkala kesilapan yang kita lakukan tanpa sedar atau tak, telah kita lakukan setiap bulan. Kesilapan yang dilakukan berulang kali boleh membawa masalah kewangan dalam kehidupan kita.

Jom kita selidik apakah kesalahan dan kesilapan kita dalam merancang dan mengurus kewangan..

Mudah terpengaruh - "Masalah Kewangan. Pembiayaan sehingga RM120,000. Blacklist layak memohon, bayaran fleksibel, faedah yang rendah tanpa penjamin. Lulus segera." Mesti ada segelintir daripada kita mudah terpengaruh dengan iklan sebegini. Untuk mereka yang 'sesak' dihimpit masalah kewangan, iklan sebegini dianggap sebagai pemudah cara ataupun penyelesai masalah kadar segera, hujung ceritanya, andai tak diuruskan dengan betul ianya akan menjadi beban kewangan. Jadi kita kena fikir sedalam-dalamnya sebelum lakukan kesilapan ini.

'Wang plastik' - Kad kredit atau 'wang plastik' dianggap sebagai satu keperluan gaya hidup moden pada hari nie. Ada juga yang berpendapat atas faktor keselamatan, kad kredit menjadi pilihan buat masa sekarang. Mudah dan fleksibel dengan hanya sekeping kad boleh dibayar dan beli semuanya. Tapi bila kita tak gunanya dengan secara bijak dan berhemah, dari sesuatu yang sepatutnya menjadi mudah sebaliknya boleh mengundang seribu satu masalah di kemudian hari.

Tabiat suka berhutang - Anggapan masyarakat kita cenderung membuat pinjaman tak kiralah pinjaman peribadi atau sebaliknya memang ada kebenaran. Ada di kalangan mereka ini berhutang disebabkan perkara yang tak diperlukan seperti pergi bercuti, menyambut satu-satu perayaan dan lebih mengejutkan lagi, berhutang semata-mata nak tukar sport rim kereta. Hutang yang tak perlu ini menunjukkan kegagalan kita dalam menguruskan kewangan. Jadi lama-kelamaan ianya akan menjadi tabiat yang akan menyusahkan hidup kita sendiri dan kita perlu mengakhiri kesilapan ini dengan berfikir, alangkah senangnya hidup tanpa dibebani dengan hutang yang banyak.

Takde tabungan - Kita dikatakan tak mempunyai tabungan apabila terpaksa berhutang ketika kecemasan, tak kiralah disebabkan kereta mengalami kerosakan, ataupun kita perlu balik ke kampung secara tiba-tiba, dan sebagainya. Apabila kita terpaksa berhutang disebabkan perkara itu, ini bermakna kita sebenarnya memang takde tabungan kecemasan dan kita perlu ubah gaya hidup kewangan kita. Jadi mulai hari nie, menabunglah untuk kegunaan masa depan.

Hanya fikirkan bayaran bulanan - Satu lagi kesilapan kita adalah bila kita berhutang dan hanya memikirkan mengenai bayaran bulanan saja tanpa mengira kadar faedah yang perlu dibayar dalam tempoh hayat pinjaman itu dilakukan. Biasanya ini terjadi kepada orang muda yang baru nak mula buat pinjaman. Mereka lebih rela membayar dalam jangka hayat panjang demi mendapatkan bayaran bulanan yang rendah tanpa mengira ruginya mereka disebabkan kadar faedah yang tinggi. Jadi kita kena bersikap bijak agar kita tak buat kesilapan dalam pengurusan kewangan.

Semoga ianya memberi manfaat kepada kita. 

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



9 comments

  1. Kena berjimat cermat n berbelanja dgn bijak agar ada simpanan semasa kecemasan. Thanks, Shikin! 😀

    ReplyDelete
  2. Betul sangat...Allahu..moga kuat semangat dan istiqhomah mengurus kewangan.

    ReplyDelete
  3. Rabia sekarang dah ada tabung untuk menabung dah. 2 Tabung tau ada.

    Tabung untuk simpan duit rm5
    tabung duit syiling

    Well,rabia kan masih study.So kena jimat lah..

    ReplyDelete
  4. harap2 dpt lah kawal kewangan dan tak boros.. huhuu

    ReplyDelete
  5. mama insaf baca ni.. kena menabung la ni

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang bagus.. insaf rasanya.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. good sharing sis :) semoga bermanfaat

    ReplyDelete
  8. Kena fikirkan waktu kecemasan bila berkaitan duit ni.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧