Assalamualaikum wbt...
Semalam saya ada terbaca kat post FB tentang infografik seseorang dengan menggunakan prompt daripada Chatgpt... Rasa macam menarik jugak post tue jadi saya pun cubalah buat tapi prompt nya saya ubah sedikit, dengan menggunakan gambar AI yang saya branding kan.. hihihi saya buat dua jenis infografik dan inilah hasilnya..
Untuk ayat prompt, saya cuma gunakan secara ringkas saja,
" Buatkan satu infografik versi anime tentang blog saya, [tuliskan nama blog awak] "
Jadi, camne..? Anime tue memang nampak serupa benar dengan saya.. ahakkss
Assalamualaikum wbt..
Wah, Giveaway daripada Cuya telah kembali lagi.. Jom awak semua, kita sama-sama meriahkan suasana Giveaway daripada Cuya...
Syarat pun senang sangat nak ikut, hadiah pun memang menarik sangat, rugi tau kalau awak tak join...
Macam biasa, awak klik pada banner di atas dan ianya akan terus bersambung ke entri Giveaway Cuya... Comey sungguh banner Cuya nie, nampak ceria dan yang pasti ada kelapa pasti ada Kerajaan Kelapa..
Oh ya.. Sampul raya nie semuanya nampak menarik, jadi saya jenis tak kisah untuk pilih mana-mana sampul raya, kalau ada rezeki untuk menang GA nie.. hihi.. Cuya, akak serahkan pada awak untuk pilihkan, mana-mana pun tak kisah sebab akak minat semua anime tue.. ahakss boleh tak camtu..?
Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt,
Makin berhabuk jurnal nie.. Sebelum tue, saya nak mohon ampun dan maaf kerana lambat bayar tunggakan janji.. Awak masih ingat lagi tak yang saya nak umumkan nama pengomen tegar bertuah untuk tahun 2024 dan tahun 2025..?
Alhamdulillah, sekarang janji ini akan dilaksanakan.. Untuk nama Pengomen Tegar Bertuah Bagi Tahun 2024 jatuh kepada ....
Tahniah diucapkan pada yang bertuah...
Okey, jom kita ke tahun 2025.. Ucapan tahniah diucapkan kepada ...
Tahniah diucapkan pada yang bertuah...
Kenapa saya cabut nama yang sama...? Ini adalah berdasarkan bilangan komen pada tahun tersebut, dan ternyata Puan Fanny Nila mencatat komen yang paling tinggi pada tahun tersebut..
Tahniah diucapkan pada Puan Fanny Nila.. Insha Allah di lain tahun nama awak semua pula yang akan tercatat dalam jurnal saya nie.. Terima kasih saya ucapkan pada awak semua kerana tak putus-putus membaca jurnal saya nie..
Insha Allah, nanti saya akan umumkan nama pemenang Top Commentator untuk bulan Februari sehingga Mei 2026.. Nantikan pengumuman dari saya yea..
Subscribe to:
Posts (Atom)

.png)
.png)



.png)
Social Icons