Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, dengan masa yang saya ada nie, saya akan umumkan carta bulanan Top Commentator Jurnal Shikin Razali untuk bulan Mei 2025..
Tahniah diucapkan pada nama-nama yang tersenarai dalam carta bulanan pada bulan nie... Wah, kebanyakan daripada awak kekal dalam senarai tapi dalam masa yang sama ada yang terkeluar daripada senarai..
Okay, jom kita baca senarai nama pemenang bulanan yang akan menerima hadiah saguhati...
Tahniah diucapkan pada nama-nama yang terpilih.. Insha Allah, nanti saya akan mengepos hadiah awak nanti.. Oh ya.. Jangan lupa hantar details awak seperti nama, alamat pengeposan dan nombor telefon ke emel saya starlavender.luna@gmail.com
Seperti biasa, saya akan masukkan senarai bloglist untuk bulan nie.. Jom kita sama-sama singgah, follow dan kenal dengan rakan-rakan kita nie...
FANNY NILA (DCATQUEEN.COM) | CIK CAPPUCCINO LATTE | CUYA | SEMBANG SORANG | NA | ADNIL LINDA | FAIRUS | TOT | AIEN RUSLI | SITI SUHAILA MAT HUSIN
Pada yang terkeluar daripada carta bulanan, Insha Allah mungkin nama awak pula yang akan naik pada bulan depan... Sekali lagi, tahniah pada nama-nama yang tersenarai pada bulan ini...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Tahukah anda? Cap mohor bukan sekadar simbol kekuasaan, tetapi juga bukti warisan intelektual dan seni bangsa Melayu yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.
Ayuh sertai Wacana Manuskrip Melayu Bil.2/2025 untuk menyelami rahsia keagungan cap mohor manuskrip Melayu.
Tarikh : 20 Mei 2025 (Selasa)
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Penceramah: YBhg. Dato' Dr. Annabel Teh Gallop, Ketua Kurator, Bahagian Asia Tenggara, The British Library, London.
Secara Dalam Talian & PNM You Tube Channel: https://www.youtube.com/live/Kn5a6bFuazwSemua dijemput menyertai program ini secara dalam talian.
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Saya cuma share daripada rakan sejawat di Kementerian Komunikasi, mereka ada membuat satu pertandingan dan mereka bekerjasama dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Apa yang menariknya adalah hadiahnya dan hadiah utama adalah sebanyak RM800 cuma tak pasti sama ada hadiahnya berbentuk hadiah barangan ataupun wang tunai...
Hadiah utama
RM800
Hadiah kedua
RM700
Hadiah ketiga
RM500
Hadiah saguhati
RM300 x 3
✨Syarat Utama✨
✴️ Warganegara Malaysia berusia 15 tahun dan ke atas
✴️ Buku diulas dalam Bahasa Melayu SEPENUHNYA
✴️ Durasi video tidak lebih 3 minit, penuh kreativiti dan tiada unsur plagiat atau melanggar isu-isu senstitif
✴️ Penyertaan PERCUMA dan terhad kepada SATU penyertaan sahaja
✴️ Keputusan juri adalah muktamad
Camne nak join..?
Awak perlu klik pautan nie...
Atau awak boleh scan QR Code yang tertera pada poster di atas tue...
Tarikh pertandingan ini bermula pada 15hb Mei sehingga 30hb Jun 2025..
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan pihak urus setia pertandingan melalui e-mel psm1@komunikasi.gov.my atau talian telefon 0389117886.
Jomlah join... Mana tau awak boleh menang hadiah utama.. Banyak tue nilai hadiahnya...
Semarakkan Bahasa Jiwa Bangsa, Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
Subscribe to:
Posts (Atom)




Social Icons