Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Puas hati bila masak sendiri..

Tuesday, December 26, 2017

Assalamualaikum wbt...
Selamat pagi..! Semoga hari nie memberi keceriaan dan kegembiraan dalam kehidupan kita dan semoga Allah merahmati dan memberkati apa jua kebaikan yang kita lakukan.. Wahh, kejap jea kan masa berlalu, dah nak berakhirnya tahun 2017 dan akan tiba pulak tahun baru yang tinggal beberapa hari lagi.. Ini bermakna jugak beberapa hari lagi kita akan menjadi seorang yang sibuk dengan kehidupan..

Walaupun begitu, kita kena seimbangkan dunia dan akhirat agar kita selalu menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah pada kita..

Okey, kita tinggal dulu syarahan pagi-pagi nie.. So, dalam masa cuti tiga hari nie tak banyak aktiviti yang saya lakukan, melainkan sama macam awak, balik kampung.. Bezanya kampung saya terletak di penghujung Kuala Lumpur, iaitu Kampung Kemensah.. hihihi ala kampung jugak kan.. Gasakla.. Tapi sebelum kami balik ke kampung, pada pagi Sabtu tue, kami sempatlah shopping sedikit barang-barang basah untuk masak sebab ada request dari si bongsu nie.. Dia suruh kakak dia masak laksa ala-ala laksa Terengganu.. Bila dah beli semua barangan basah, tetiba dia cakap nak beli tilam sebab selalu sakit belakang bila tido di atas toto yang tebal.. Okey, demi sayangkan sorang adik, kami pun ke Nilai 3 untuk mencari sebuah tilam bujang.. Cari punya cari, terjumpalah sebuah kedai yang agak baru dibuka di Nilai 3 dan kebetulan kedai tue membuat promosi untuk barangan perabot dan ianya termasuklah tilam bujang yang kami nak beli nie.. Harga asal tilam span nie dalam RM200 lebih tapi dia offer untuk hari tue, hanya RM100 dengan jaminan 3 tahun.. Wahh, apa lagi, kami pun sambarlah tilam bujang nie, yang secara kebetulan boleh dilipat dan masuk dalam bonet kereta.. Malam karang akan ada kerja sampingan pada abang iparnya iaitu kena angkat tilam nie.. hihi..


Lepas Maghrib, kami pun bertolak ke Kampung Kemensah sebab selalunya MRR2 nie selalu jemmed dan sesak tapi disebabkan cuti 3 hari, pada hari tersebut, perjalanan kami lancar aje tanpa sebarang kesesakan yang teruk.. Akhirnya kami sampai di rumah adik keempat pada jam 9 malam kerana kami singgah sekejap di Wangsa Maju untuk menghantar tilam si bongsu nie.. Memandangkan adik keempat antar mesej mengatakan dia belum masak, kami singgah ke kedai untuk membeli makanan.. kami order makanan dan sementara menunggu makanan siap, saya pun order air untuk minum, sebenarnya saya ada mintak air sarsi, tapi.... huhuhu




Inilah air yang saya dapat, air biji selasih semata-mata.. huhuhu.. First time kot saya dapat minuman camnie, dan rasanya resipi air biji selasih nie, first time kot saya dengar.. Hanya air gula dan biji selasih, that's all.. Pelik kan..


Napa saya tak mintak ganti air lain..? Sebenarnya saya nie jenis tak suka nak menyusahkan orang lain, sebabnya bukan salah orang yang buat air tue, ianya salah komunikasi antara yang ambik order.. Saya pun minumlah air biji selasih tue sambil tergelak-gelak dengan si bongsu.. Bila makanan yang di order dah siap, kami pun bayar dan terus beredar untuk ke rumah adik keempat.. Sampai aje di rumah, saya terus merebus ikan yang telah disiang pada petang tadi untuk persiapan buat kuah laksa, jadi senang pada hari esoknya tue, saya terus masak jea..


Esoknya, bermulalah tugas pagi saya untuk memasak.. Nasib baik dua beradik tue masak, ada yang asingkan ikan, dan ada pulak yang potong ulam-ulaman..

http://starlavenderluna.blogspot.com

Haa.. Dalam periuk nie ada 2 paket spageti.. Napa spageti dan bukan laksa kering..? Sebenarnya kami tak berapa gemar nak guna laksa kering sebab bagi kami ianya tak berapa sesuai dengan selera tekak.. Dulu ummie kami penah gunakan spageti, katanya kita buat ala-ala laksa Johor tapi nie versi Terengganu punya.. 

http://starlavenderluna.blogspot.com

Dalam kuali nie pulak, kuah laksa sedang mendidih... Awak nak tahu, kali nie saya guna banyak ikan, ada dalam lebih kurang 11 ekor ikan selayang yang saya guna, baru pekat dan sedap dimakan, apa kata orang putih, marvellous, mama mia... hihihi

Tung tang tung tang kat dapur akhirnya siap jugak walaupun tak sesedap masakan ummie kami.. 

http://starlavenderluna.blogspot.com

http://starlavenderluna.blogspot.com

Alhamdulillah, kenyang perut.. Nak tahu resipi saya..? Awak boleh ke 

🍜SINI🍜

Tradisi vs moden.. okey ke tak..? Sebenarnya kalu di Terengganu, kami memang beli aje laksa beras yang memang jual kat pasar basah.. Harganya dalam RM12 sekilo kot, betul ke tak Wallahualam.. Dah lama tak beli kat pasar nie.. 


read more

10 hutan terindah di dunia

Friday, December 22, 2017

Assalamualaikum wbt..
Salam pagi Jumaat yang penuh keberkatan dan kenikmatan.. Pelajaran hari nie (rasa berperasan macam cikgu sikit) adalah info mengenai hutan.. Awak tau hampir 10 peratus dari pemukaan bumi kita yang tercinta nie adalah terdiri daripada hutan. Hutan menjadi satu ejen yang penting kepada dunia untuk menyalurkan bekalan oksigen, air dan menjadi habitat kepada flora dan fauna... 

Umum kita tahu, suasana hutan nie penuh kehijauan, pokok-pokok membesar dengan sihat dan ketinggiannya hingga berpuluh meter dan boleh dikatakan menjadi payung untuk memayungi permukaan. Tapi senarai yang saya nak citerkan nie adalah hutan yang paling indah kat dalam dunia... Sapa cakap hutan tak cantik..? Jom kita baca..


Hutan Crooked, Poland - Poland terkenal dengan memiliki hutan yang unik kerana ianya terdiri daripada pokok-pokok pain bengkok dengan cara yang sama. Hutan berkenaan dah wujud sejak tahun 1030 lagi dan terdapat kira-kira 400 jenis pokok aneh. Hutan nie telah dijadikan sebagai tempat untuk tarikan pelancong.. 

Image result for amazon forest

Hutan Amazon, Amerika Selatan - Hutan Amazon adalah sebuah hutan lembap berdaun lebar dan meliputi tujuh juta kilometer persegi dengan 1.4 bilion ekar ditutupi dengan hutan. Ia juga dimiliki oleh sembilan buah negara termasuk Brazil, Peru, Colombia dan Venezuela. Hutan Amazon jugak boleh dikatakan sama keadaan dengan hutan di negara kita iaitu beriklim khatulistiwa..

Image result for jiuzhaigou valley

Lembah Jiuzhaigou, China - Lembah ini dikenali sebagai lembah sembilan desa dan sangat popular kerana hutannya yang menarik serta air terjunnya yang menakjubkan. Pokok-pokok yang tumbuh di dalam hutan ini mempunayai ketinggian sekitar 4,500 meter dari aras laut, mak oiii.. tinggi tue...


Hutan Hujan The Great Bear, Kanada - Nama hutan nie diberi kerana hutan nie menjadi rumah kepada banyak spesis haiwan seperti beruang grizzly, beruang hitam, puma, ikan salmon dan serigala. Manakala pokok di hutan nie ada yang menjangkau usia 1,000 tahun dan mempunyai ketinggian setinggi 90 meter.. 

Related image

Hutan Negara Coconino, Amerika Syarikat - Ianya terletak di Arizona, hutan nie adalah hutan yang tinggi dengan pokok-pokok yang tumbuh di sepanjang pergunungan hingga mencecah ketinggian 12,000 kaki. Bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, tempat nie pastinya banyak perkara yang dapat diterokai. 

Image result for the black forest

The Black Forest, Jerman - Hutan nie terletak di barat daya Jerman dan turut dikenali dengan panggilan Schwarzwald kerana ketebalan hutan yang menghalang sinaran matahari untuk menembusinya.. Macam dalam filem Sleepy Hollow kan.. 

Image result for tongass national forest

Hutan Negara Tongass - Luas hutan nie adalah kira-kira 17 juta hektar dan ianya adalah hutan negara yang terbesar di Amerika Syarikat. Beberapa suku orang asli Alaska telah tinggal di Tongass dan lebih daripada 75,000 orang bergantung kepada hutan nie untuk mencari rezeki.. Cantik betul kawasan hutan nie...

Image result for hallerbos forest

Hutan Hallerbos, Belgium - Hutan nie terletak di kawasan Halle, sebuah daerah yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Kota Brussel. Apa yang menarik mengenai hutan ini adalah hamparan bunga bakung hyacinth yang berwarna ungu bila tiba musimnya, dan hutan nie mempunyai sungai kecil yang mengalir dengan airnya yang sangat jernih.. Sekali tengok macam bunga lavender, kan..

Image result for sagano forest

Hutan Sagano, Jepun - Terletak di daerah Arashiyama, hutan nie mempunyai laluan pejalan kaki bagi pengunjung untuk menikmati keindahan ribuan pokok buluh yang berada di kiri dan kanan. Selain itu, bunyi daun buluh kerana ditiup angin memberi ketenangan kepada pengunjungnya. Hutan Sagano nie telah dijadikan sebagai kawasan yang dilindungi oleh Kerajaan Jepun, khazanah negara yang tak ternilai harganya..


Hutan Daintree, Australia - Ianya terletak di Queensland dan merupakan hutan hujan tropika. Ia dikatakan sebagai hutan tertua di dunia dan berdasarkan kajian yang dibuat, hutan nie telah berusia 110 juta tahun...!!! Hutan nie turut menjadi habitat bagi platipus dan menjadi kawasan yang sering dikunjungi oleh pelancong..


Subhanallah... Memang cantik kan ciptaan Allah..

read more

Yeay...dah sampai dah hadiahnya..

Monday, December 18, 2017


Assalamualaikum wbt..
Awak ingat tak pada entri saya yang lepas, pasal menang GA dari blogger Sis Gee..? Kalu tak baca lagi, apa kata awak KLIK sini...

Dan, kini.. Inilah hadiahnya..


Okey, nak cakap bahasa Tranu sikit.. Time kasih banyok la pada Kak Gee sebab wie hadioh comey lote nie.. Dok payoh la ambe nok beli planner agi sebak nya ade doh hadioh nie.. Hadioh Kak Gee Insha Allah dalang minggung nie saye poh...

hahahahaha.. Korang faham ke apa yang saya cakap tue..? anyway, thanks again dan pada sahabat saya yang saya janjikan tue, Kak Gee, Raydah, Najah dan Farhana, Insha Allah hadiah korang akan saya poskan pada minggu nie.. 

Haa.. Jom kita terjah blog Sis Gee nie, yang sentiasa peramah dengan suma orang dan sentiasa tersenyum... Walaupun tak penah bersua wajah, tapi tetap nampak senyuman dari kak Gee..

#Bloggerpantaitimur
#teambpt

read more
new entries old entries
View mobile version
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    Panggilan dijawab orang lain | Keratan akhbar Harian Metro 12 September 2025
  • SRLavender's Library
    10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita - Greg Behrendt & Liz Tuccillo
  • Jom Kita Masak-Masak
    Kebab ikan
  • Starlavenderluna's Bloglist

My Digital Shop

  • SRLavender Shop

Archive

  • ▼  2025 (48)
    • ▼  September (1)
      • Catatan 24 Julai 2025 – Kenangan terakhir
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2024 (80)
    • ►  December (6)
    • ►  November (15)
    • ►  October (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (14)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2023 (111)
    • ►  December (14)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist June - July 2025

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: BUBUR PERAK @ TITI GANTUNG ,PERAK :.
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Gulai ikan tongkol
  • Amie's Little Kitchen
    Sarapan di Warung Nasi Lemak Guru Besar
  • LIFE WITH LOVE
    Wordless Wednesday: Makan Tiramisu Matcha Rumah Kopi 38
  • Camdandusler
    MINI COOKIE TARİFİ
  • Traveling – D'Cat Queen
    IN MEMORIAM, KALISTHA LESTARI, BAYI GAJAH KECIL TESSO NILO
  • ~ Blog Diari Famili Kami ~
    Classmate Batch 06@ Kawan-Kawan Ali Iqbal
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Rezeki Percuma
  • Epilog Abah
    Rab, 030925: Terimakasih Sahabat Malaysia
  • Ciktie Dot Com | Menulis Untuk Berkongsi
    Jiwa guna line internet Umobile
  • Di Sebalik Uniform
    Membantu Urusan Jenazah di Pagi Hari
  • Blogbabyshambles.. ♥
    Pengalaman Dua Minggu Pertama Bekerja
  • Hikayat Budak Pening
    Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya
Show 10 Show All

Top Commentators

© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.