Showing posts with label Jom Sertai. Show all posts
Showing posts with label Jom Sertai. Show all posts
𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐕𝐢𝐝𝐞𝐨 𝐍𝐚𝐫𝐚𝐭𝐢𝐟: "𝐂𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐚𝐜𝐚𝐚𝐧" 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐎𝐊𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔.
Tuesday, September 08, 2026
Assalamualaikum wbt...
𝐀𝐝𝐚 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐜𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠? 𝐉𝐨𝐦 𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢!
Perpustakaan Negara Malaysia membawakan 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐕𝐢𝐝𝐞𝐨 𝐍𝐚𝐫𝐚𝐭𝐢𝐟: "𝐂𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐢 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐚𝐜𝐚𝐚𝐧" 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐎𝐊𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟔.
Khas untuk Komuniti OKU berumur 18 tahun ke atas, ini peluang anda untuk tonjolkan bakat penceritaan dan bawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM1,000
HADIAH PERTANDINGAN:
Tempat Pertama: RM 1,000.00 dan Sijil Penyertaan
Tempat Kedua: RM 800.00 dan Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga: RM 700.00 dan Sijil Penyertaan
Tempat Ke-4: RM 500.00 dan Sijil Penyertaan
Tempat Ke-5: RM 400.00 dan Sijil Penyertaan
Tarikh Penyertaan: 15 Ogos 2026 hingga 25 September 2026
Cara Sertai: Imbas Kod QR di poster untuk syarat pertandingan & pautan penghantaran video
Tekan butang simpan & kongsikan hantaran ni kepada rakan-rakan anda yang berpotensi!
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #ProgramSehariBersamaOKU2026 #PerpustakaanNegaraMalaysia #KomunitiOKU #Inspirasi #KeterangkumanSosial #MalaysiaMADANI
Assalamualaikum wbt...
Sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Perpustakaan Negara Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai Pertandingan TikTok Mencipta Sajak Kemerdekaan 2026 yang bertemakan "Kemerdekaan dan Patriotisme".
🎤 Tunjukkan kreativiti awak semua melalui sajak ciptaan sendiri dan rakamkan persembahan dalam bentuk video TikTok. Berikut adalah kategori umur untuk masuk pertandingan ini..
📌 Kategori
👧 Kanak-kanak (7–12 tahun)
🧑 Dewasa (13 tahun ke atas)
Dan berikut adalah tarikh penyertaan pertandingan...
📅 Tarikh Penyertaan
🟢 Dibuka: 1 Ogos 2026
🔴 Ditutup: 31 Ogos 2026
🏆 Hadiah menarik menanti kepada semua para pemenang!
Cara nak sertai..?
📲 Imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan syarat-syarat pertandingan dan menghantar penyertaan.
Terma dan syarat pertandingan adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh penganjur. Keputusan panel juri adalah muktamad.
Ayuh semarakkan semangat kemerdekaan dengan bakat dan kreativiti anda!
Assalamualaikum wbt..
Rasanya macam dah lama saya tak join segmen daripada rakan blogger.. Jom kita beramai-ramai join segmen daripada blogger Roziah@Cie yang sedang buat pencarian bloglist..
Tarikh mula segmen adalah bermula semalam iaitu 6 Julai 2026 jam 7.00 pagi sehinggalah 12 Julai 2026 jam 11.59 malam... So ada masa untuk join segmen nie...
Syaratnya pun senang sangat, jadi rugi tau kalau awak tak join.. Mana tau rezeki untuk masuk dalam bloglist beliau...
Macam biasa, kalau awak nak join, klik saja banner di atas nie dan awak akan terus di bawa ke link segmen...
Bismillah... Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt,
Saya tertarik pada satu segmen nie, rasanya macam musim tanya ChatGPT kot... Hihi..
Apapun inilah satu kata Chatgpt mengenai jurnal saya...
Hihi yang tak tahan tue, ChatGPT describe saya nie vibe blogger lama sekolah... adehhh... Saya nie old school sangat ke..? ahakkssss
Nak join segmen nie..? Sempat lagi nie... Awak boleh klik link di bawah nie...
Apa kata ChatGPT tentang blog awak..?
Assalamualaikum wbt..
Tadi semasa blogwalking rumah Sis LZ, saya terbaca satu entri tentang segmen.. Memandangkan tahun nie saya rasa tak banyak entri mengenai segmen / giveaway, jadi saya pun terdetik nak join jugak...
Segmen nie cukup mudah sekali syaratnya dan tarikh segmen pun saya rasa agak panjang jugak, jadi awak yang belum join tue, boleh lah singgah dan join sekali, sama-sama kita meriahkan suasana..
Sejujurnya inilah kali pertama saya bersua dengan tuan rumah nie, jadi tak salah kalau saya nak tambah kenalan kan..
Macam biasa, awak klik pada banner di atas dan ianya akan disambung ke link segmen nie, dan ikutilah syarat yang ditetapkan..
Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt..
Wah, Giveaway daripada Cuya telah kembali lagi.. Jom awak semua, kita sama-sama meriahkan suasana Giveaway daripada Cuya...
Syarat pun senang sangat nak ikut, hadiah pun memang menarik sangat, rugi tau kalau awak tak join...
Macam biasa, awak klik pada banner di atas dan ianya akan terus bersambung ke entri Giveaway Cuya... Comey sungguh banner Cuya nie, nampak ceria dan yang pasti ada kelapa pasti ada Kerajaan Kelapa..
Oh ya.. Sampul raya nie semuanya nampak menarik, jadi saya jenis tak kisah untuk pilih mana-mana sampul raya, kalau ada rezeki untuk menang GA nie.. hihi.. Cuya, akak serahkan pada awak untuk pilihkan, mana-mana pun tak kisah sebab akak minat semua anime tue.. ahakss boleh tak camtu..?
Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt..
Awak... Saya ada terjumpa satu segmen yang menarik untuk dikongsikan dan terasa rugi pulak bila tak kongsikan... Segmen nie dinamakan SEGMEN APA CHATGPT KATA TENTANG BLOG SAYA..
Menarik kan.. Jom la kita ramai-ramai join segmen nie.. Penganjur segmen nie tak menetapkan pula bila tarikh akhir segmen nie, tapi cubalah join...
Oh ya... Yang nie pendapat CHATGPT mengenai jurnal saya...
Camne nak join..? Seperti biasa, awak perlu klik pada banner di atas nie dan ianya akan di backlink pada entri asal penganjur segmen...
Mudah kan... Jom la join...
Assalamualaikum wbt...
Saya cuma share daripada rakan sejawat di Kementerian Komunikasi, mereka ada membuat satu pertandingan dan mereka bekerjasama dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Apa yang menariknya adalah hadiahnya dan hadiah utama adalah sebanyak RM800 cuma tak pasti sama ada hadiahnya berbentuk hadiah barangan ataupun wang tunai...
Hadiah utama
RM800
Hadiah kedua
RM700
Hadiah ketiga
RM500
Hadiah saguhati
RM300 x 3
✨Syarat Utama✨
✴️ Warganegara Malaysia berusia 15 tahun dan ke atas
✴️ Buku diulas dalam Bahasa Melayu SEPENUHNYA
✴️ Durasi video tidak lebih 3 minit, penuh kreativiti dan tiada unsur plagiat atau melanggar isu-isu senstitif
✴️ Penyertaan PERCUMA dan terhad kepada SATU penyertaan sahaja
✴️ Keputusan juri adalah muktamad
Camne nak join..?
Awak perlu klik pautan nie...
Atau awak boleh scan QR Code yang tertera pada poster di atas tue...
Tarikh pertandingan ini bermula pada 15hb Mei sehingga 30hb Jun 2025..
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan pihak urus setia pertandingan melalui e-mel psm1@komunikasi.gov.my atau talian telefon 0389117886.
Jomlah join... Mana tau awak boleh menang hadiah utama.. Banyak tue nilai hadiahnya...
Semarakkan Bahasa Jiwa Bangsa, Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
Assalamualaikum wbt...
Jom uji pengetahuan kita tentang perkhidmatan u-Pustaka. Tak tahu mengenai perkhidmatan nie..?
Layari portal u-Pustaka di www.u-pustaka.gov.my untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan u-Pustaka.
Nak menang hadiah berbentuk WANG TUNAI tak...? Rugi tau kalau tak join sebab hadiah wang tunai nie akan dapat sehingga RM500.00... huihhh sapa yang nak bagi kan...
Senang jea nak join... Awak kena jawab soalan yang diberikan dan soalan nie boleh dapat di link ini..
Atau awak imbas kod QR pada poster di atas...
Jom sertai sekarang...!
Tarikh penyertaan pertandingan telah dibuka bermula 1hb Mei sehingga 31 Mei 2025..
Join jangan tak join tau....
#u-Pustaka #UtamakanPengetahuanIngatlahu-Pustaka #JomBacaSecaraPercuma24jamSehari #shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Rasanya tahun nie saya tak banyak sangat join giveaway / segmen daripada rakan-rakan blog yang lain...
Jom kita join giveaway daripada rakan baru kita nie, yang julung kali diadakan.. Hadiah yang ditawarkan pun menarik tapi yang paling penting, kita dapat berkenalan dengan rakan blogger yang baru dan lama.. Yealah, sekarang nie, rasanya dah ramai yang tak aktif dalam dunia blog kan...
Ehh melalut pulak..
Giveaway nie sedang berlangsung sehingga 28 April 2025, jadi awak semua masih ada masa untuk join.. Jom...
Macam biasa, nak join giveaway nie, awak kena klik pada banner di atas untuk pergi ke link giveaway nie, dan ikutilah syarat-syarat yang ditetapkan...
Best of luck, folks..
Assalamualaikum wbt..
Sekali lagi Permaisuri Cuya buat giveaway.. hihi jom kita sama-sama join giveaway daripada Kerajaan Kelapa Permaisuri Cuya...
Macam biasa awak klik pada banner untuk join giveaway nie.. Syarat yang diberikan juga cukup mudah untuk diikuti...
Giveaway nie bermula pada 15 Februari sehingga 3 Mac 2025.. Jadi ada masa lagi untuk join...
Best luck folks...
Assalamualaikum wbt...
Giveaway yang pertama untuk tahun ini.. Nama samaran yang hampir sama tapi mempunyai makna yang berbeza, SR atau lebih dikenali sebagai Syazni Rahim yang suka berkongsi rezeki pada rakan-rakan blogger..
Jom kita join sama-sama dan meriahkan suasana...
Giveaway nie bermula pada 24 Januari dan berakhir pada 15 Februari 2025.. Jadi, ada masa lagi untuk join...
Macam biasa, untuk join giveaway nie, awak perlu klik pada banner di atas nie dan ianya akan 'backlink' pada entri asal...
Syarat yang diberikan pun cukup mudah.. Jom la join...
Best of luck folks...
Assalamualaikum wbt,
Giveaway yang kedua untuk bulan nie... Kali nie, daripada rakan blogger yang telah lama saya kenal... Sebelum nie dia kurang aktif tapi kini dia kembali aktif...
Giveaway nie telah bermula pada 12hb sehingga 31hb Disember 2024..
Syarat yang diberi pun amat mudah.. Jom kita join ramai-ramai...
Macam biasa, nak join awak perlu klik pada banner di atas dan ianya akan backlink pada entri giveaway beliau...
Best of luck..
Assalamualaikum wbt...
Giveaway yang pertama untuk bulan nie... Jom kita sama-sama memeriahkan suasana giveaway daripada rakan kita nie...
Kenapa saya suka baca blog Fairus..?
Blog yang penuh dengan informasi sejarah dan kebudayaan satu-satu bangsa yang kita sendiri tak tahu atau kurang tahu mengenainya.. Kalau dulu kita kena pergi muzium untuk mencari satu-satu sejarah ataupun kena pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat sejarah.. Tapi kini, semua maklumat sejarah kita boleh dapat daripada blog-blog dan salah satunya daripada blog Fairus nie sendiri...
Giveaway nie akan berlangsung bermula daripada hari nie 18hb sehingga 31 Disember 2024..
Camne nak join..? Awak kena klik pada banner di atas dan ianya akan backlink pada entri giveaway beliau...
Jom join ramai-ramai...
Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt..
Wahhhh, rasanya agak lama jugak saya tak join giveaway daripada rakan-rakan blog..
Jadi, hari nie saya nak ajak awak semua untuk join giveaway daripada rakan saya Mummy Ayu. Giveaway nie berlangsung selama 10 hari saja iaitu bermula pada
01/11/2024 sehingga 11/11/2024
Oh ya... Nie ada kad special untuk Mummy Ayu bersempena dengan bulan kelahirannya...
Macam mana nak join giveaway..? Awak perlu klik pada banner di atas nie dan ianya akan di backlink pada entri asal giveaway nie.. Syarat untuk join giveaway nie sangat senang dan sesiapa saja boleh join..
Jom, kita sama-sama mendoakan serta meraikan rakan kita nie..
Best of luck, folks..
Assalamualaikum wbt...
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menjemput sekolah-sekolah menengah sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor untuk menyertai Pertandingan Inovasi sempena program Jom Baca Bersama 10 Minit 2024.
Imbas kod QR atau klik pautan https://docs.google.com/.../1fERxOehTh0ZC-tsH1QoA_C6.../edit untuk maklumat lanjut.
Kementerian Perpaduan Negara
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
#perpustakaannegaramalaysia #malaysiamembaca #bangsamembacabangsaberjaya #jombacabersama10minit #bacasamasama #bacaapahariini #1hari1buku #AAD #KembaraPerpaduan #IniMalaysiaKita #SamaSamaKita #KitaBersama #MalaysiaMadani #IniWarisanKita #booktok #booktokmalaysia #PerpaduanDalamKepelbagaian #amy #ksupadu
Assalamualaikum wbt..
Hihihi giveaway yang kedua saya join.. Kali nie sahabat saya Syazni Rahim buat giveaway yang pertama untuk tahun nie.. Rugi tau kalau awak tak join...
Sebab apa saya kata rugi..? Sebab syarat yang diberi cukup-cukup mudah untuk diikuti.. Macam biasa, awak klik pada banner kat atas nie dan ianya akan terus masuk ke link giveaway.. Jom kita beramai-ramai join giveaway, mana tahu menang hadiah kan... Tapi apa yang penting sebenarnya adalah ikatan ukhuwah sesama kita...
Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt...
Wah, Cuya ada buat giveaway la.. Jom kita beramai-ramai join giveaway yang dianjurkan oleh adik comey kita nie..
Syarat diberikan cukup mudah untuk diikuti...
Macam biasa, nak join giveaway nie awak perlu klik pada banner kat atas nie dan ianya akan terus masuk ke link giveaway nie..
Best of luck, folks..
Assalamualaikum wbt..
Jom kita ramai-ramai join giveaway yang dianjurkan oleh Puan Cie kita nie..
Syarat yang diberikan cukup mudah untuk diikuti.. Macam biasa, untuk join giveaway nie awak perlu klik pada banner kat atas nie dan link giveaway akan terus ke blog beliau..
Hadiah menarik menanti awak semua... Jadi masih ada masa lagi untuk join giveaway nie.. Rugi tau kalau awak tak join...
Best of luck, folks..
Assalamualaikum wbt..
Saya nak ajak awak semua untuk join segmen daripada rakan saya, Rodiah Amir atau lebih dikenali sebagai Diah...
Syarat yang diberikan amat mudah sekali.. Segmen ini berlangsung sehingga 25 Disember 2023.. Jadi masih ada masa lagi untuk join..
Nak join segmen nie, macam biasa awak klik pada banner di atas dan ianya terus masuk ke dalam link segmen nie..
Diah, link blog awak nie saya dah masukkan ke dalam blog saya yang nie SRLavender Bloglist pada kolum Fluffy Feather..
Best of luck, folks..
Subscribe to:
Posts (Atom)
.png)
.png)
.png)




Social Icons