Monday, January 15, 2018

Segmen Blogger - Jom Google Plus



Assalamualaikum wbt..

Tadi, masa jadi silent reader dalam blog HasrulHassan.com, Blogger Hasrul Hassan ada buat 'Segmen Blogger Jom Google Plus'  dengan menyertakan syarat yang mudah.. Tujuan beliau buat segmen nie adalah beliau nak tengok sejauh mana fungsi +1 boleh membantu sesebuah blog untuk jadi rank terbaik dalam enjin carian Google dan beliau nak latih blogger yang lain untuk tulis sesebuah entri blog dengan teknik SEO (walaupun saya kurang memahaminya, hihihi).. Apapun Blogger Hasrul Hassan mintak kita semua ceritakan apa yang kita selalu tulis dalam entri blog kita..

Macam jurnal saya nie, ianya lebih pada genre lifestyle dan personal.. Saya lebih banyak berkongsikan tentang informasi santai, petua-petua dari alam semula jadi dan jugak berkongsi tentang kerja-kerja part time saya, iaitu urut terapi buang angin bagi wanita.. Memandangkan saya bekerja di dalam bidang kepustakawanan, ada informasi yang berguna dan mungkin ada di antaranya rakan-rakan tak mengetahui seseuatu maklumat, jadi saya akan kongsikan di dalam jurnal ini..  Jika berkesempatan, saya suka menyertai segmen atau giveaway daripada rakan-rakan blogger, atas satu sebab, saya nak mengukuhkan ikatan silaturahhim antara blogger dan bukan hadiah yang saya kejarkan.. Adakalanya saya kongsikan tutorial yang mana saya tahu untuk dikongsikan pada rakan-rakan yang baru saja masuk ke dunia blog, sebab ilmu kan boleh dikongsi oleh sesiapapun... 

Jadi jemputlah singgah di jurnal saya yang kerdil nie dan jom join 'Segmen Blogger Jom Google Plus' bersama Blogger Hasrul Hassan dan sama-sama kita meriahkan segmen anjuran beliau.. 

Tarikh Tutup Penyertaan : 15 Januari 2018 (Isnin) jam 2.00 petang

Best of luck dan selamat bersegmen semua..

P/S : Jangan lupa tekan G+ kat bawah nie yea.. 




6 comments:

  1. nak join jugak lah! Good luck sis :D

    ReplyDelete
  2. dah lama aida tak bersegmen / giveaway.
    mood blogging pun baru aje sampai hi hi hi hi...

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers