Assalamualaikum wbt..
Bila kita bercuti, pasti kita akan menginap sama ada hotel bertaraf 5 bintang ataupun paling tidak 1 bintang atau lebih dikenali sebagai hotel bajet.. Ataupun bagi yang berkeluarga besar, rasa macam tidur di homestay pun satu kemestian bila kita pergi bercuti... Untuk sesetengah orang, ada di kalangan kita nie bila dah tidur kat hotel, memang tak sah jika kita tak bawak balik barangan percuma sebagai tanda kenang-kenangan dan semestinya takde sesiapa pun yang marah jika kita ambik barangan percuma tue..
Nak tau apa barangan yang selalu kita ambik..? Jom..
Credits : Sumber gambar ini adalah daripada Miss Google
Kelengkapan dandanan diri - Terlupa nak bawak syampu rambut, ubat gigi,shower cap ataupun sabun badan? Awak tak perlu risau kerana barangan seperti ini selalunya memang akan disediakan pihak hotel untuk keselesaan kita malah boleh mintak extra lagi jika tak mencukupi. Ianya disediakan dalam bentuk yang kecik dan mudah dibawak ke mana-mana dan ini membuatkan tetamu hotel mudah mengambilnya untuk kegunaan lain.
Buku panduan perjalanan, peta - Setiap sudut lobi hotel banyak disediakan buku panduan perjalanan ataupun peta untuk kemudahan pengunjung. Kadangkala pengunjung tidak terlalu memerlukan buku panduan berkenaan tapi selalu diambil kerana terdapat banyak gambar yang menarik serta saiznya yang comel.
Botol air mineral - Kebanyakan botol air mineral di hotel mempunyai label hotel tersebut. Meskipun hanya sebotol air mineral, memang ada di kalangan kita yang akan ambil untuk dijadikan kenangan.. Bukan disebabkan airnya kerana kesemua air mineral rasanya sama aje, apa yang penting adalah label pada botol air tue, terhad sangat-sangat..
Sarapan pagi - Bila dah menyewa bilik hotel, kita pasti akan dapat kupon sarapan pagi secara percuma dengan syarat pastikan sarapan pagi tue memang dah termasuk semasa awak menempah hotel... So, bila dah duduk kat hotel yang ada sarapan tue, awak turunlah makan sebabnya rugi tau kalau tak makan kerana ianya disediakan secara percuma. Apa yang paling best tue, awak boleh menambah makanan berkali-kali tanpa bayar satu sen pun.. Rugi kan kalu tak makan..?
WiFi - Walaupun WiFi bukanlah dikategorikan sebagai satu barangan, tapi ianya satu perkhidmatan percuma. Sekarang nie, kalu kita nak menempah hotel, pasti kita akan melihat kemudahan ini samada disediakan ataupun tak, sebabnya kemudahan nie menjadi satu keperluan masa kini. Biasanya pihak hotel tak kenakan sebarang caj untuk perkhidmatan WiFi.. Mesti seronok masa bercuti nie, ada WiFi yang boleh diakses..
Akhbar - Biarpun kita tak baca lagi surat khabar lantaran pada zaman sekarang, kemudahan akhbar boleh diperoleh melalui secara talian, tapi akhbar yang dihantar di depan pintu bilik kita tue adalah percuma. Sekurang-kurangnya awak boleh simpan surat khabar tue untuk digunakan lain-lain perkara seperti membungkus barang..
Kopi, Teh Dan Gula - Jika kita menginap melebihi sehari semalam, pasti room service akan menggantikan cadar dan tuala, akan top-up kelengkapan dandanan dan jugak air minuman.. Kebanyakan hotel pasti akan sediakan satu set lengkap untuk buat minuman seperti kopi dan teh.. Jadi memandangkan barangan ini percuma, pasti kita akan mengambilnya untuk kegunaan kita di rumah..
So, awak ada ambik yang mana..? Hihi baik awak ngaku..
#teambloggerpantaitimur

Assalamualaikum wbt..
Dah bersawang jurnal saya nie, jadi mintak maaf saya tak dapat nak berkongsi apa-apa tips dengan awak suma, lantaran opis saya nak buat pengauditan kali kedua untuk 5S di dalam kawasan.. Jadi banyak benda yang perlu dibuat..
Tapi dalam masa yang sama, saya ada curi-curi buat silent blogwalking dalam blog awak dan ramai antara kita yang bertukar baju..
And guess what..
I'm also change it...

Sebelum nie, wajah jurnal saya macam yang nie..
Ini adalah header yang lama...
Content yang lama...
Cara label yang lama...
And now, may I presenting to you, my new look of journal..
Dengan header yang baru...
Susunan menu...
Susunan Top Commentator, Special Bloglist dan Let's Talk disatukan..
So, camne..
Anyway, SEO masih lagi dalam 82 peratus.. huhuhu..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, terima kasih tak terhingga saya ucapkan pada awak semua kerana sudi membaca dan meninggalkan nota-nota kecil yang begitu manis sekali dalam jurnal saya yang kerdil nie.. Okey, tanpa membuang masa, saya nak umumkan Top Commentor untuk September-Oktober 2017..
Tahniah diucapkan pada 10 orang yang tersenarai...
Tahniah pada kak Nurzakiah Hanum dan Mamapp kerana memasuki semula carta saya dan macam biasa, saya akan berikan saguhati pada yang bertuah, kali nie saya nak berikan pada 2orang yang baru masuk dalam senarai saya, dan mereka adalah : -
Nota : Maaf, saya pinjam header awak-awak yea.. Thanks...
![]() |
| Najah Mustapa |
![]() |
| Farhana Jafri |
Kepada sahabat yang tersenarai kat carta tue, sila whatsapp pada saya (019-9884032) butiran awak untuk tuntutan hadiah seperti nama penuh, alamat penuh dan no. telefon.. Insha Allah, nanti saya akan poskan hadiah awak suma..
Pada sahabat yang tak tersenarai tue, jangan kecewa yea sebab mungkin lepas nie nama awak pulak yang bertuah untuk duduk dalam carta saya.. Pada sahabat yang ada dalam list tue, saya buatkan bloglist khas untuk awak sehingga 30 November 2017..
Tahniah sekali lagi dan terima kasih tak terhingga kerana sudi tinggalkan nota dalam jurnal saya nie, dan Insha Allah saya akan terus berusaha untuk menulis (errkk..menulis ke menaip..??) dalam jurnal nie...
Tahniah pada semua...!
Subscribe to:
Posts (Atom)

















Social Icons