Bahagian 2


Assalamualaikum wbt.. Kita kembali lagi dengan page sipnosis buku / novel bahagian 2 nie... Hihi sebenarnya bahagian 1 tue dah sampai pada limitnya dan saya tak dapat nak menulis panjang sipnosis buku, jadi terpaksa berpecah pada bahagian.. So inilah bahagian ke-2 untuk sipnosis buku / novel... 


Tajuk : Makan Gaji Tapi Kaya - Shamsuddin Kadir
Terbitan : PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Sipnosis 
Bekerja makan gaji bermaksud bekerja dengan dibayar gaji yang tetap setiap bulan. Bekerja makan gaji memang selesa dan kurang berisiko berbanding seorang usahawan. Namun, Timbul juga keinginan yang meluap-luap oleh si pekerja makan gaji bagi mengumpulkan harta tambahan untuk anak-anak mereka. Mahu tambah pendapatan dan harta, tanpa berhenti kerja makan gaji? Berkawanlah dengan buku ini. Makan Gaji tetapi Kaya (Edisi Kemas Kini) akan membantu kita bagi mengenali beberapa teknik:

- Bagaimana menjana pendapatan aktif 
- Bagaimana menjana pendapatan pasif
- Bagaimana mengurus wang keluar masuk 
- Bagaimana melabur wang dalam pelaburan hartanah 

Tajuk : Hero - Zarina Yasin
Terbitan : NS Star Sdn Bhd
Sipnosis 
Kematian arwah Zaki memberi tamparan hebat bukan sahaja kepada Khalid, malah kepada seluruh pasukannya. Keseronokan menjalankan tugas dalam pasukan seolah-olah direntap apabila melihat Zaki tumpas di hadapan mata. Umpama mimpi ngeri yang menakutkan, Khalid seolah-olah trauma dengan kejadian tersebut. Pemergian sahabat baiknya ini telah mengubah perwatakan Khalid. Daripada seorang lelaki yang periang dan suka mengusik, karektornya berubah menjadi serius dan terlalu berhati-hati dalam setiap tindakan. Dia tidak mahu peristiwa yang sama berulang. Tanpa sedar, dia seumpama menjadi pengawal kepada orang- orang di sekelilingnya. Kehadiran Wana untuk menggantikan tempat arwah Zaki juga kurang disenangi pada awalnya. Khalid berasakan Wana tidak layak untuk bergandingan dengannya kerana sifat semulajadi Wana yang agak feminin. Sebenarnya, dia kurang selesa berpasangan tugas dengan wanita. Tunangan Khalid, Mastura, banyak bersabar dan sentiasa memberikan sokongan meskipun lelaki itu lebih fokus terhadap kerjayanya. Kemarahan Khalid semakin memuncak apabila mengetahui kematian Zaki adalah berpunca daripada khianat dan api dendam. Antara amanah dengan pembelaan terhadap kematian arwah Zaki, mampukah Khalid mengawal dirinya tatkala berhadapan dengan situasi tersebut? 


Tajuk : Izinkan Kumiliki Hatimu - Ameera Ameer 
Terbitan : SR Publications 
Sipnosis 
Di saat Irina terluka dengan kecurangan Ferdy, Zairil hadir memberi salam cinta. Hati yang dulu kosong, mula dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Namun, perasaan hasad dengki Mira kepada sepupunya yang tidak pernah padam telah menghancurkan segalanya. Irina pergi membawa diri hanya kerana tidak mahu melukai hati insan-insan yang disayangi dan kerana terlalu mencintai, dia terpaksa mengorbankan cinta yang dia ada. Cincin yang dibeli untuk melamar Irina dan menjadikan wanita itu suri hidupnya masih kekal tiada bertuan. Namun, Zairil pasrah andai ini yang ditakdirkan dan jika inilah ketentuanNya.. Namun Zairil tekad, jika benar Irina sememangnya diciptakan dari tulang rusuk kirinya, walau badai datang melanda, Irina tetap di hati… Biar seribu tahun pun lagi, cinta Irina akan tetap dinanti. 


Tajuk : 7 Warna Cinta - Fida Rohani
Terbitan : Buku Prima
Sipnosis 
Cinta yang Kamilia lalui jauh berbeza dengan apa yang diimpikan. Dia diuji dengan derita dan kekecewaan. Hatinya menangis tidak berlagu bila Dani menghilang tanpa kata dan janji. Kerana kecewa, dia serik untuk bercinta lagi. Namun demi kasihkan ibunya, Kamilia rela menjadi isteri Zamri. Dia cuba membuka pintu cinta seluas-luasnya. Tapi, lelaki itu terlalu cemburu atas alasan kerana sayang. Dia rimas bila hidupnya bagai remote control. Akhirnya, mereka berpisah. Walau hati terluka, Kamilia terus mencari cinta sejati. Takdir yang tersurat, dia jatuh cinta dan berkahwin dengan Nik Arif. Perkahwinan tanpa restu itu menyebabkan hidupnya lebih menderita kerana suami yang tidak mampu berlaku adil. Sekali lagi dia melangkah pergi. Saat terkapai-kapai mencari bahagia, Kamilia bertemu semula dengan Dani. Mereka kembali mengikat janji. Sayangnya... ketika langit diterangi tujuh warna cinta, tiba-tiba petir menyambar. Cinta Kamilia dengan Dani gugur satu per satu. 


Tajuk : Cinta Sambal Belacan - Junie Octovian
Terbitan : Buku Prima
Sipnosis 
Pelbagai taktik yang dilakukan Tengku Azri untuk membuli Lily Athira yang telah diambil Puan Adila menjadi anak angkat apabila ibunya, Mak Esah meninggal dunia akibat darah tinggi. Bagi menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu, Tengku Azri sanggup merujuk majalah resipi dan meminta gadis itu memasak menu pilihannya termasuklah membuat pelbagai jenis sambal belacan walaupun dia sendiri tidak pandai memakannya. Puan Adila yang sudah jatuh hati dengan gadis lepasan SPM itu berkeras mahukan gadis itu sebagai menantu. Tengku Azri yang memang tidak pernah melawan cakap mamanya menerima sahaja walaupun di sebalik itu ada perjanjian. Namun akhirnya perjanjian yang dibuat itu memakan diri. Dapatkah Tengku Azri memikatnya kembali?

“Tok umi tu dari dulu dah sibuk nak jodohkan Lily dengan pak su, tapi mama tak layan kehendaknya sebab mama nak Lily jadi isteri Ayie. Tapi kalau Ayie rasa dia tak sesuai dengan selera Ayie, mama tak boleh nak paksa. Kalau Ayie pilih Azzah tu, eloklah lepas kahwin nanti Ayie tinggal dengan keluarga dia.” - Puan Adila

"Nampaknya gadis itu sudah pun melepasi tahap bulinya. Apa yang diarah semua dia tahu membuatnya. Apa lagi hendak dilakukan untuk menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu?" - Tengku Azri

"Sepanjang dia mengurus anak bujang Puan Adila, Tengku Azri diperhati hanya suka membulinya dengan kerja-kerja rumah. Kalau dibulinya aku setelah berkahwin nanti macam mana?" - Lily Athira

Tajuk : Pesakit 701 - Khairul Zaman Khobin
Terbitan : Dear Novels
Sipnosis 
Aswad baru sahaja keluar dari Hospital Mental. Namun, dia masih belum sembuh sepenuhnya. Dia berazam untuk mengikut kehendak syaitan untuk menghidupkan ayahnya daripada kematian. Aina, guru yang sudah memilih jalan gelap sudah jatuh cinta dengan Arja, seorang guru muda. Cinta berbeza umur bukan penghalang. Namun, adakah Aina mampu untuk menyimpan kisah gelapnya daripada sesiapa? Syaitan tidak pernah berhenti untuk menyesatkan manusia. Dan apa kaitannya Aswad dan Aina? Ini cerita tentang dia!

Tajuk : Cermin - Hasrudi Jawawi
Terbitan : Dear Novels
Sipnosis 
Cermin berbingkai kayu berukir motif flora itu ada di dalam bilik baru Dewi, menarik perhatiannya. Di antara bilik-bilik yang ada di dalam banglo usang yang dibeli oleh ibunya itu, hanya bilik terakhir sahaja Dewi anggap cantik dan sesuai dengan jiwanya. Semenjak Dewi dan ibunya berpindah ke banglo usang di pinggir bukit itu, pelbagai kejadian misteri mula berlaku dalam hidup Dewi. Sesiapa yang menyebabkan hatinya tergores, insan itu akan menemui ajal. Awalnya, Dewi hanya menganggap apa yang berlaku hanyalah kebetulan. Tetapi, selepas perkara yang sama berlaku berulang kali, adakah ia masih boleh dianggap kebetulan?Apa yang ditakuti oleh Sem akhirnya terjadi. Siti, kawan baiknya sendiri menjadi mangsa sakit hati Dewi. Namun, Dewi juga teman baiknya. Sem dan Siti sama-sama sayangkan persahabatan mereka dengan Dewi. Lalu, Sem meminta tolong Hasrul yang mahir dalan hal-hal dunia mistik. Selepas Hasrul mengkaji latar belakang banglo yang didiami oleh Dewi, rupanya banglo itu banyak menyimpan sejarah mistik. Cermin di dalam bilik Dewi adalah cermin Sri Muka yang mana jika dipuja, ia bisa menunaikan segala pemintaan si pemujanya dan akan mengundang padah pada si pemuja jika tidak menuruti kehendak cermin itu. Adakah Dewi telah memuja cermin Sri Muka itu? Jika ya, apakah cermin itu mampu dimusnahkah demi menghapuskan sumpahan cermin itu? Dan Andy, lelaki yang menyayangi Dewi namun menggores luka di hati itu, ke manakah hilangnya? Adakah kehilangan Andy disebabkan sumpahan cermin Sri Muka atau akibat putus cinta?

Tajuk : Cik Diari Hati - Hanny Esandra
Terbitan : Dear Novels
Sipnosis 
Hari pertama pendaftaran di Kolej Seni Antarabangsa, Azzalea sudah buat satu kesilapan.
“Sorry, bang!”

“Apa abang, abang? Saya nak awak basuh kasut saya yang awak pijak ni.”

Berbulu sahaja mata Azzalea dengan sikap Shafwan, Ketua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Suka-suka hati buli, suka-suka hati bagi denda tak munasabah dan ada sahaja yang tak kena di mata lelaki itu.

“Sidai kat ampaian ya! Memang bagus tindakan awak tu! Awak ingat kasut saya tu macam baju-baju kecik awak nak sidai merata-rata tempat macam tu?”

Geramnya Azzalea dengan mulut puaka si mamat sewel, Shafwan itu. Dalam marah-marah, terbit pula rasa sayang. Segala rasa Azzalea luahkan dalam Cik Diari Hati itu yang bila diari itu tercicir, resah dia jadinya. Shafwan tersenyum simpul bila dia jumpa dan baca Cik Diari Hati milik Azzalea. Namun, ada juga yang tidak senang dengan hubungan mereka. Rihana mula mengatur rencana. Tak kisah apa pun yang datang, hubungan mereka tetap begitu. Shafwan dan Azzalea yang dulu ibarat anjing dan kucing, kini ibarat kumbang dan bunga.


Tajuk : Jangan Ganggu Lenaku - Haiza Najwa
Terbitan : Karangkraf
Sipnosis 
Jemu dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan. Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putusputus dibisikkan di telinganya. Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh siapa?


Tajuk : Sejarah Bermulanya Wira Merah - PKPjB Zurkarnain Bin Mohd Kassim (Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia), Hj. Hamilye Sham Bin Harun ( Institut Integriti Malaysia), Hj. Sulasteri Binti Ab. Hamid (Arkib Negara Malaysia)
Terbitan : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Sipnosis 
Catatan sejarah bermulanya perkhidmatan kebombaan di Malaya dan Kepulauan Borneo semasa zaman penjajahan British hingga era transformasi kini serta pengkisahan tokoh-tokoh dalam membangunkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia sekaligus mengukuhkan integriti perkhidmatan kebombaan yang unggul kepada masyarakat.

Tajuk : Sejak Kita Bertemu - Camellia
Terbitan : Karya Seni
Sipnosis
Sejak ANIS SARINA menerima lamaran DAMIEN, hatinya sudah nekad untuk melupakan masa lalu. Namun, dia tidak pernah menyangka itu tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan. Kesangsian dan perasaan rendah diri menguji cinta Anis terhadap Damien lebih-lebih lagi setelah kandungannya keguguran. Lantaran itu, Damien cuba mengubati hati Anis dengan membawa Anis bercuti di Vila Helena. Sebuah vila di tepi laut yang dihadiahkan oleh ayahnya, Tan Sri Dzairil. Vila yang mempunyai kisah sendiri selama ini dan tersergam indah menggamit penghuninya.

“Kalau Anis tak suka tinggal di situ macam mana?” - ANIS

“Abang akan buat sampai Anis suka.” - DAMIEN

“Anis cuma nak abang janji dekat Anis. Kalau Anis tak suka tinggal di situ, kalau Anis mahu balik ke sini, abang mesti bawa Anis balik bila-bila masa yang Anis nak.” - ANIS

Namun halangannya bukan sahaja setakat itu. Hadir pula seorang gadis cantik yang penuh misteri bernama Maya. Gadis yang tiba-tiba ada di dalam vila mereka dan mengundang rasa cemburu dalam hati Anis. Kemudian keadaan diterukkan lagi dengan kemunculan seorang gadis yang bernama Hanna. Siapa Maya dan siapa Hanna? Namun Damien juga punya keraguan sendiri.

“Anis tak payah berbohong. Tak payah nafikan. Abang tahu, abang tak setanding dia.” - DAMIEN

Antara Anis, Damien, Hanna dan Maya, siapakah yang berkata benar? Mungkinkah cinta hilang nilainya tanpa rasa percaya? Adakah semua itu ada kena-mengena dengan misteri di vila itu? Mungkin benar kata ayah Damien, vila itu bukan lagi mahligai cinta tetapi lubuk segala petaka.

Tajuk : PA Untuk Dia Selamanya - Syamnuriezmil
Terbitan : Penulisan2u
Sipnosis
Penantian itu menyeksakan.. Untuk melupakan, itu juga menyakitkan... Tapi, tidak pasti dalam membuat keputusan, itu lebih perit! Ini semua tentang hati YARA AISYA YAZID. Dia seorang PA yang sangat komited dalam kerjayanya. Bagi Yara, tiada yang lebih seronok di dalam dunia selain mejadi PA kepada Tan Sri Wazir. Namun keseronokan Yara tersekat apabila Tan Sri Wazir jatuh sakit dan melantik anaknya, Hanania sebagai pemangkunya. HANANIA WIDAD WAZIR seorang yang sangat serius sehingga Yara sering merasa tertekan. Sejak itu, hidup Yara disaster. Kerja sebagai PA tidak lagi seindah syurga. Masalahnya, semua orang tidak berpihak kepada dia, namun hanya Onn saja yang memahami situasinya. ONN ANDRE OTHMAN, pengurus kedai kopi yang sering dikunjungi Yara. Selama setahun dia cuba mendekati Yara dan akhirnya, Yara nampak usahanya. Oleh kerana hubungan yang masih baru, dia cukup bimbang kalau hati Yara beralih arah kepada Hanania Widad Wazir.

“Saya booking diri saya untuk awak. What I need from you... is patience.” - Yara

“Saya sudah lama menunggu, kalau hanya untuk sebulan lagi, saya masih boleh menunggu. Lagipun pejam celik, pejam celik, dah sebulan. Saya harap nanti awak bawa balik jawapan untuk saya, jangan tinggalkan harapan.” - Onn

Soal hati, susah untuk dimengertikan. Yara cuba untuk tidak memilih, tetapi... kalau dia dipilih, macam mana? Sewaktu berada di Kalimantan, hatinya sudah mula berbelah bagi. Karakter Hanania Widad, mula meragut hati. Habis, macam mana dengan Onn? Susah untuk mematahkan hati orang. Baik patahkan tulang sebab tulang ada 206 batang dalam badan, tapi hati dalam badan cuma hanya satu.

“I already make my decision. I choose you.” - Hanania

Kalaulah pilihan itu hanya sesenang memilih kopi dan teh. Mana satu yang akan dipilih?


Tajuk : #Hurt - Rehan Makhtar
Terbitan : Penulisan2u
Sipnosis
TIGA tahun. Bukan waktu yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya. Tapi, sekali lagi ujian menyapa. Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa berdosa.

“Baru berapa kali jumpa Encik Raqib, saya mengaku memang saya tak terhadap. Say...a tak tahu apa salah saya.” - Aatiq

“Sampai aku mati, akan sentiasa ada lain kali antara kita. Dan, kalau kau nak tahu apa salah kau pada aku, kau pandang mata aku.” - Raqib

Tangan Aatiq berlumuran darah. Berkali-kali dibilas, kesan itu tak mahu hilang. Sedaya-upaya dia menutup kebenaran, kenapa hatinya kian terluka? Tiga tahun Raqib menanti bersama rasa benci kerana pada dia, Aatiq adalah pesalah pada dia dan keluarganya. Tapi, kenapa kini perasaan lain yang muncul? Raqib lelah bersaing dengan cinta pertama Aatiq yang muncul tanpa disangka.

“Kedai kau, tapi kenapa aku kena bayar gaji kau?” - Aatiq
“Sebab, kau nanti jadi Mrs. Shafiq.” - Shafiq

Kata abah, Raqib sepatut ada dengan Aatiqnya. Tapi, kesakitan Raqib dan Aatiq kali ini bukan lagi sakit yang biasa bila Raqib tak mampu menahan Aatiqnya pergi.

“Maafkan saya kerana melukakan awak, Aatiq…” – Raqib

“Dan, saya pun terluka sebab dah buat awak terluka…” – Aatiq


“Fiq, aku serahkan dia untuk kau jaga, untuk kau cinta dan sayangi dia bila aku tak berdaya dan tak layak pun untuk sayangi dia…” - Raqib

Kerana hati yang #LUKA, Raqib ke kiri dan Aatiq ke kanan. Di mana titik pertemuan mereka, hanya takdir menentukan.



Tajuk : Menantu VS Mertua - Dyadila
Terbitan : Kaki Novel
Sipnosis
Disebabkan satu peristiwa yang tak disengajakan, Izz Rayyan Iskandar telah menjadi hero di hati Qeesya Ameena. Jatuh cinta pandang pertama membuatkan Qeesya menjadi angau, sehinggakan dia membuat keputusan untuk melamar lelaki itu. Dalam usaha memikat hati dan cinta suaminya, dia terpaksa berdepan dengan Puan Sri Afifah. Bagi Puan Sri Afifah yang datang ke rumahnya bukan menantu tapi, hantu. 

“Qeesya Ameena kau ada dua misi. Satu, projek memikat Izz Rayyan Iskandar. Dua, projek memikat hati Puan Sri Afifah a.k.a Queen of the Lions.”

Sejauh mana hubungan Qeesya dan Rayyan dapat bertahan? Dan adakah mampu Qeesya melembutkan hati mak mentuanya yang keras ibarat batu-bata itu?

“Sumpah, aku menantu bukan hantu!” 



Tajuk : Sungguh! Aku Gilakan Kau - Izz Alejandra
Terbitan : Penulisan2u
Sipnosis
CINTA? Bagi Adrianna cinta tak membawa apa-apa makna. Sikit pun dia tak pernah ada hati nak bercinta. Hubungan dengan mana-mana lelaki tak pernah kekal lama. Bagi Adrianna, cukup hanya ada Danial sebagai kawan baiknya. Danial yang senantiasa ada setiap masa untuknya, Danial yang cool, suka mengusik, dan juga perasan kacak!

“Danial! Nasib baik awak ni...” - Adrianna

“Handsome? Terima kasih. Dah lama tahu.” - Danial

“Perasan gila… Dalam mimpi pun awak takkan dengar.” - Adrianna

“Eh? Awak selalu mimpikan saya ke, Rene? Awak mimpi apa, ek?” - Danial

KAHWIN? Huh! Dia bukannya tak laku tapi dia yang tak mahu. Demi memenuhi impian emak, dia merancang sesuatu di luar dugaan. Rancangan yang tak pernah dibuat dek orang! Tapi apa yang dirancang tak seperti yang dia mahukan. Akhirnya rancangan yang diciptanya sendiri telah membuatkan perasaannya berantakan.

Akhirnya rancangannya membuahkan hasil seperti yang diinginkan. Namun, perasaan lain pula wujud menyebabkan hatinya goyah untuk meneruskan nekadnya. Peristiwa demi peristiwa yang dialami menyebabkan dia semakin kuat dengan perasaan itu.

“Janji dengan saya awak takkan jatuh cinta dengan saya?” - Adrianna

“Then awak jangan buat saya jatuh hati dengan awak. Tapi kalau awak yang jatuh hati dengan saya pulak nanti?” – Danial

Bolehkah Adrianna mempertahankan kata-kata angkuhnya untuk tidak jatuh cinta kepada Danial? Apa pula akan terjadi kepada hubungan persahabatan mereka berdua?


Image result for ops dia buah hatiku
Tajuk : Ops! Dia Buah Hatiku - Hanani Bahadin
Terbitan : Buku Prima 
Sipnosis
Muhammad Akif Raihan, seorang pemuda yang tidak pernah mengenali Rana Fathiah a.k.a Thia. Namun, dia sering menjadi mangsa keganasan gadis berlesung pipit itu. Sesungguhnya dia berasa aneh dengan sikap Thia yang begitu sukar untuk diduga. Rana Fathiah, seorang gadis belasan tahun yang hidup tanpa adik-beradik dan dibesarkan oleh ibunya seorang diri. Sepanjang hayatnya, Thia tidak pernah berkawan dengan hamba ALLAH yang berlainan jantina daripadanya. Hal ini menjadikan Thia begitu sensitif apabila berbicara tentang isu lelaki, cinta atau apa saja isu yang sama waktu dengannya. Kemunculan Rizqi, Hafiz dan Yaya membuat hidup Thia semakin kusut. Satu per satu musibah menimpanya. Dan dia tertanya-tanya, adakah Raihan menyimpan perasaan terhadapnya juga? Jika benarlah mereka saling menyimpan dan menyulam perasaan cinta dan kasih, mengapa begitu sukar untuk mereka mengecap bahagia?




Image result for aku bukan perampas


Tajuk : Aku Bukan Perampas - Amylie Haizani
Terbitan : Buku Prima
Sipnosis
Mahligai cinta Nur Jannah runtuh apabila dikhianati suami tersayang. Aiman Ezri yang mengatakan cinta, kembali menyulam kasih bersama Zurina. Rizman Fakhruddin, entah bagaimana hadir membawa bahagia, mengajar Nur Jannah untuk terus bertahan. Hadirnya Sahara, teman baik Zurina mencipta sengketa. Sahara kembali mengemis kasih Rizman Fakhruddin, lelaki yang pernah dia kecewakan dulu. Namun semuanya menemui jalan buntu setelah cinta bekas kekasihnya kini juga untuk Nur Jannah. Dasar perampas kekasih orang! Itulah kata-kata Zurina dan Sahara kepada Nur Jannah apabila dua lelaki yang mereka cintai, mencintai gadis yang sama. Perlukah cinta Rizman Fakhruddin diterima dengan rela hati sedangkan Nur Jannah sudah menjadi milik orang? Mengapa Aiman Ezri tega untuk terus bersama jika cinta itu sememangnya telah tiada?
Image result for sepasang kurung pink

Tajuk : Sepasang Kurung Pink - Nureen Mirza
Terbitan : Alaf 21
Sipnosis
Mama kata, Diza Irdina cantik. Boleh dijadikan calon isteri. Cantik manalah perempuan itu? Muka pucat lesi. Pakai pula tudung. Kerja pun setakat guru sekolah. Hisy! Mana padan dengan dia. Namun, puas dielak... jodoh Syahrin tetap dengan Diza. Misi sakit hati Syahrin pun bermula. Dia mahu membuli isterinya.  Tetapi, Diza pun ada harga diri. Takkan selama-lamanya dia hendak biarkan Syahrin membulinya? Kalau orang tidak sudi, dia sedia angkat kaki.  Sejak Diza pergi, hidup Syahrin jadi kosong dan sepi. Egonya turun naik bila Diza berbaik-baik dengan Remy. Tak boleh jadi! Dia mesti pikat isterinya kembali. Andai Diza tidak sudi, biarlah warna merah jambu yang dibencinya itu menjadi pengubat rindunya. 
Image result for izinkan kumiliki hatimu

Tajuk : Izinkan Kumiliki Hatimu - Ameera Ameer
Terbitan : SR Publications
Sipnosis
Di saat Irina terluka dengan kecurangan Ferdy, Zairil hadir memberi salam cinta. Hati yang dulu kosong, mula dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Namun, perasaan hasad dengki Mira kepada sepupunya yang tidak pernah padam telah menghancurkan segalanya. Apa pun yang terjadi, dia tidak rela melihat Irina bahagia lebih-lebih lagi dengan lelaki sebaik Zairil.

“Rina, aku pernah beritahu kau kan, lelaki seperti Zairil tak pernah ada tempat di dalam hati aku. Aku buat semua tu sebab aku tak nak kau dapat lelaki yang baik seperti Zairil. Aku nak lelaki seperti Ferdy yang menjadi suami kau sebab aku nak tengok kau menderita seumur hidup!” 

Di kala bahagia mula menunjukkan sinarnya, tiba-tiba derita datang menjengah tanpa di pinta. Irina pergi membawa diri hanya kerana tidak mahu melukai hati insan-insan yang disayangi dan kerana terlalu mencintai, dia terpaksa mengorbankan cinta yang dia ada.

“Kalau hari ini adalah hari terakhir dia dapat melihat senyuman itu maka dia akan lakukan apa saja untuk melihat bibir itu untuk terus tersenyum... kalau hari ini adalah hari terakhir dia dapat mendengar tawa dari bibir lelaki itu… maka dia akan bercerita apa saja supaya bibir itu akan terus tertawa… biarlah senyum dan tawa itu tersimpan kemas dalam ingatannya…”

Pemergian Irina secara tiba-tiba membuatkan hati Zairil terpalit seribu kedukaan. Cincin yang dibeli untuk melamar Irina dan menjadikan wanita itu suri hidupnya masih kekal tiada bertuan. Namun, Zairil pasrah andai ini yang ditakdirkan dan jika inilah ketentuanNya..

“Macam mana aku nak bahagia Riz kalau orang yang mampu memberi kebahagiaan kepada aku sudah pergi jauh meninggalkan aku.”
Namun Zairil tekad, jika benar Irina sememangnya diciptakan dari tulang rusuk kirinya, walau badai datang melanda, Irina tetap di hati… Biar seribu tahun pun lagi, cinta Irina akan tetap dinanti.
 
Image result for novel teman lelaki upahan

Tajuk : Teman Lelaki Upahan - Azura Rasiddin
Terbitan : Karya Seni
Sipnosis
“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA

“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL

“Syarat? Syarat apa?”


Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.

Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.

Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.

“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you… Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”

Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?

Image result for buku tafsir mimpi menurut al-quran


Tajuk : Tafsir Mimpi Menurut Al-Quran - Syeikh Abdul Sidek, Muhammad 'Azat, Muhammad Aris
Terbitan : Al-Hidayah
Sipnosis
Menjadi suatu kebiasaan bahawa ada di kalangan manusia yang begitu cenderung menjejaki persoalan alam ghaib. Di dalam buku ini mengupas tentang 'mimpi' , salah satu daripada seribu satu persoalan alam ghaib yang ingin diketahui. Kupasan dan huraian tentang persoalan mimpi yang dibicarakan dalam buku ini diterangkan dalam bentuk yang ringkas namun padat. Rangkuman perbahasan dan huraiannya adalah dilandaskan kepada Al-Quran dan keterangan hadis-hadis sahih. Dengan membaca buku ini sedikit sebanyaj dapat membantu kita dalam memahami selok belok mimpi, dari mana datangnya, hakikat mimpi, adab mimpi dan sebagainya. Tetapi yang paling penting bagi kita adalah berdoa kepada Allah untuk menghindarkan daripada musibah dan meminta kepada-Nya kebaikan dalam kehidupan ini. Di samping itu, bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh-Nya.
Image result for buku saiful nang kisah orang menang

Tajuk : Saiful Nang ; Kisah Orang Menang - Saiful Nang
Terbitan : Puteh Press
Sipnosis 
Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih tercari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya daripada anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak." Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauh diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular dalam kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah maha adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda.
Image result for buku sebelum aku bernikah

Tajuk : Sebelum Aku Bernikah - Hilal Asyraf
Terbitan : PTS Millennia Sdn Bhd
Sipnosis
Sebelum Aku Bernikah, Telah aku lamar seorang perempuan, Aku kira engkau adalah dia, Aku berharap engkau adalah dia, Boleh jadi bukan, Boleh jadi ya, Kerana engkau sahaja aku cinta, Bukan tunangku, Bukan yang nanti menjadi isteriku, Melainkan dia adalah engkau, Maka nyata Allah telah mengawalkan syurgaku.
Image result for buku ajaibnya memasak are ikan

Tajuk : Ajaibnya Memasak Are☑ Ikan - Zaine Hj. Puteh
Terbitan : Karangkraf
Sipnosis
Ibarat 'gajet pelbagai guna' pemanggang ajaib sudah menjadi trend terkini kepada mereka yang gemar memasak. Walaupun disebut pemanggang, sebenarnya fungsinya tidaklah terhad untuk memanggang sahaja. Pelbagaikan cara penggunaannya seperti merebus, membakar, mengukus dan menggoreng. Ternyata pemanggang ajaib ini menjadikan aktiviti memasak anda lebih menarik, ringkas dan mudah. Buku ini menghimpunkan 70 resipi yang menggunakan pemanggang ajaib. Antaranya ayam bakar berempah, piza, mufin blueberi, apam balik, popcorn mentega, nasi claypot, lamb chop dan sebagainya. Apa tunggu lagi? Pelajarilah pelbagai resipi menarik di dalam buku ini.

Image result for buku oh mudahnya buat baju kurung

Tajuk : Oh, Mudahnya Buat Baju Kurung - Yasalma
Terbitan : Karangkraf
Sipnosis 
Ingat tak.. emak atau nenek kita buat baju masa dulu-dulu? Mereka buat baju kurung tidak menggunakan pola atau pembaris pun. Semua main 'agak-agak' saja. Ada juga yang ukur menggunakan jengkal jari menggantikan pita ukur. Sebenarnya menjahit baju kurung ini sangat mudah sekiranya kita faham langkah-langkah asasnya. Dengan bahan-bahan yang ringkas, kita juga mampu menghasilkan baju kurung yang cantik dan kemas. Buku Oh, Mudahnya Buat Baju Kurung ini memang sesuai untuk dijadikan panduan oleh para gadis bagi memulakan langkah pertama menjahit baju kurung sendiri.
Image result for buku mama saya lapar

Tajuk : Mama, Saya Lapar... - Wardina Safiyyah
Terbitan : Alaf 21
Sipnosis
Sebuah buku khusus buat ibu bapa yang memberi tumpuan kepada aspek pemakanan sihat untuk anak-anak. Wardina berkongsi pengalaman, cerita, nasihat dari pakar dan resepi. Banyak permasaalahan dan persoalan mengenai karenah anak-anak dan cara mengatasinya akan terjawab di dalam buku ini. Antara topik yang dimuatkan, termasuklah bagaimana hendak melayani ragam dan karenah si kecil, taktik menggalakkan mereka mencintai sayuran dan buahan, masalah penyusuan susu ibu, apa yang perlu dilakukan tatkala anak sakit dan bermacam lagi.
Image result for buku hebatnya kuasa istikharah

Tajuk : Hebatnya Kuasa Istikharah - Imam Musbikin
Terbitan : PTS Millennia Sdn Bhd
Sipnosis
Apakah yang kita fahami berkaitan dengan solat istikharah? Adakah solat istikharah hanya berkisar kepada persoalan memilih jodoh? Adakah solat ini bermaksud penyerahan secara total kepada Allah, tanpa berbekalkan ikhtiar? Hebatnya Kuasa Istikharah ini merungkai segala kekeliruan, salah tanggap dan persoalan yang melingkari konsep solat istikharah. Buku ini membantu dalam memberi kefahaman yang tepat dan jelas menerusi dimensi yang lebih menyeluruh, sekaligus memimpin kita memanfaatkan solat istikharah dengan efektif. Buku ini juga mengadun aspek ikhtiar manusia dalam membuat keputusan dan memilih tindakan berdasarkan ketetapan Ilahi. Semoga kita kekal optimis dan sentiasa percaya kepada hikmah atas segala kejadian.

Image result for buku solat emergency

Tajuk : Solat Emergency ; Rukhsah Solat Dan Wuduk Ketika Musibah - Fauzi Abd. Hamid
Terbitan : Telaga Biru Sdn Bhd
Sipnosis
Wajib bagi kita memelihara ibadat solat dan menjaganya dengan sempurna. Islam telah menunjukkan cara dan kaedah untuk menunaikan solat ketika musafir, peperangan, ketika sakit, tatkala belayar, di dalam kapal terbang, di atas tunggangan dan sebagainya. Tetapi kerap kali yang berlaku adalah pengabaian solat apabila ditimpa sakit. Pesakit merasakan mereka tidak perlu bersolat kerana sakit dan pelbagai lagi tanggapan yang ternyata salah dan perlu diperbetulkan. Buku ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan rujukan masyarakat.
Image result for buku doa & tip keluarga bahagia

Tajuk : Doa & Tip Keluarga Bahagia - Norlela Ibrahim
Terbitan : Karya Bestari
Sipnosis
KEBAHAGIAAN sesebuah rumah tangga itu tidak datang bergolek. Ciptalah melalui cinta yang sejati untuk merasai bagaimana manisnya keharmonian itu. Amalkan sikap saling memberi dan menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan kerana tiada satu makhluk pun yang diciptakan serba sempurna. Mohonlah kepada-NYA agar kehidupan kita sentiasa dipayungi dengan nikmat sakinah, mawaddah dan rahmah. Ceriakanlah diri agar tidak mudah melatah dengan mainan hidup di dunia yang fana ini. Andai sesekali diuji, anggaplah bahawa cabaran itu adalah untuk memantapkan lagi iman kita. Jadikanlah hati kita hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang berzikir dan akal yang berfikir. Buku ini amat sesuai sebagai pedoman agar hidup kita sentiasa diiringi doa, harapan dan kasih sayang. Lihatlah... betapa indahnya perjalanan kehidupan bulan yang sentiasa bertolak ansur dengan matahari. Pabila waktu malam sudah sampai penghujungnya, bulan seolah-olah memberi laluan untuk matahari keluar dari persembunyian. Begitulah perancangan dan ketetapan ALLAH yang sangat teratur dan penuh makna tersirat. Moga kita dapat mencontohinya; tenang membina kebahagiaan di dunia dalam landasan TUHAN, di akhirat pula mendapat ganjaran yang dijanjikan. Insya-ALLAH.
Image result for buku 30kg dalam 80 hari

Tajuk : 30kg Dalam 80 Hari - Sufian Sulaiman
Terbitan : Alaf 21
Sipnosis
Anda gemuk? Pernahkah anda terfikir anda mampu mengubahnya? Dengan kos yang mininum, sesiapa sahaja boleh melakukannya asalkan tiada perkataan 'putus asa' dalam kamus hidup. Anda pasti berasa berbaloi tatkala melihat hasilnya nanti. Buku ini merupakan pengalaman sebenar seorang jurulatih kecergasan dalam membantu seorang gadis yang mahu menurunkan berat badannya. Hasil teknik, kaedah, strategi dan tip yang diberikan berat badan gadis itu turun sebanyak 37kg. Impian untuk tampil dengan bentuk badan yang lebih menarik dan sihat kini boleh direalisasikan dengan kehadiran buku ini. Bukan sekadar cakap kosong, setiap tip yang diberi dibuktikan dan hasilnya cukup luar biasa.

1 comment:

  1. Sha teringin sangat nak beli Pesakit 701 tu..
    Tapi belum ada rezeki.. Best tak Shikin?

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

G+ Followers