Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Mastura Nasarudin

5:33 PM


Assalamualaikum wbt..
Alahai, sori sangat sebab dah lari daripada tarikh asal, hihihi.. Maklumlah baru balik daripda bercuti Tahun Baru Cina, dan biasalah bila dah balik kampung nie, susah nak menaip.. Tapi segmen nie tetap gagahi jugak untuk disiapkan.. So kali nie, siapakah yang bertuah untuk direview..? Jom kita kenal-kenal.. 




Blog From View Of My Eyes... Nama di sebalik nama pena ini adalah Mastura Nasarudin tapi lebih dikenali sebagai Mas, berumur dalam lingkungan 20-an, berasal daripada Pahang dan merupakan pelajar dalam jurusan Basic Cardiac Life Support (BCLS), di samping itu dia merupakan seorang blogger separuh masa..

Kalau awak nak tau, Mas merupakan salah sorang rakan blogger saya yang terawal sekali dalam menjalinkan ikatan persahabatan dengan saya, jumpa di dalam segmen dan giveaway anjuran dari rakan blogger yang lain.. Apa yang menarik dalam blog Mas ini adalah dia sangat gemar menulis pelbagai info kemasyarakatan dan keagamaan dan saya selalu singgah dan baca hasil nukilan Mas.. Walaupun Mas agak sibuk dengan jadual yang padat sebagai seorang pelajar, tapi dia masih mempunyai masa untuk menulis nukilan keagaamaan yang boleh dijadikan panduan kepada kita.. Yealah, bak kata orang, kena dengar jugak nasihat daripada orang lain, yang mempunyai pengalaman hidup yang berbeza-beza dan mungkin kita akan menghadapi pengalaman yang sama seperti seseorang itu.. 

Antara entri yang dihasilkan oleh Mas adalah :-

Awasi Telefon Anak-Anak Anda!
Kita Kahwin Kerana Apa?
Tips Membeli Online Daripada KPDNHEP
Kenapa Aku Suka Tulis Blog?


Kepada Mas, terima kasih akak ucapkan kepada awak kerana masih lagi sudi menjadi rakan blogger akak walaupun kita belum pernah bersua wajah.. Akak akan sentiasa support awak daripada jauh dan doa akak sentiasa mengiringi perjalanan hidup awak.. Semoga awak terus sukses dalam pelajaran dan menjadi insan yang berbakti kepada masyarakat dan agama... Semoga apa jua yang awak doakan dan usahakan Insha Allah akan dimakbulkan dan jangan sesekali bersangka buruk pada Allah.. Insha Allah satu hari nanti kita akan bertemu dan semoga Allah merahmati, memberkati dan melindungi awak sekeluarga.. Maafkan akak kerana lama tak tinggalkan komen dalam blog awak tapi akak selalu baca blog awak tue, untuk dijadikan inspirasi dalam kehidupan akak.. Terima kasih kerana memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua pembaca blog awak dan semoga ilmu yang awak sampaikan itu akan dibalas dengan kebaikan, Insha Allah..



Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog From View Of My Eyes dan salam perkenalan pada semua.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



You Might Also Like

9 lovely notes

  1. jalan https://belogsjm.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. terasa diri dihargai bila blog kita dihargai sahabat blogger..

    ReplyDelete
  3. uishh terharunya kak shikin..alamak malu kita..x de share apa sgt..moga share yg sikit2 tu bermanfaat..insyaAllah sy cuba perbaiki share apa yg terbaik..lama jugak x berblogging nie..rindunya..lama x singgah komen2 dh..asyik terkandas je..huhuuu..p/s: nk betulkn info akk sket..bcls tu actually stand for bachelor of clinical laboratory science ..heee..alhamdulillah leps dh..tnggu konvo je lg

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators